Assalamualaikum..
Harini hari pertama bekerja selepas hampir 2 minggu lebih bercuti.
Saya dan suami baru je balik daripada menunaikan umrah pada 8/2/2017-20/2/2017.
MashaAllah. pengalaman yang sukar dilupakan. Jadi, saya suka nak share momen-momen indah di sana. Supaya, masa-masa akan datang bila teringat suasana pergi umrah, saya boleh buka blog dan baca =)
Anak saya, Ammar saya hantar pada mak dan abah hari Sabtu, 4/2/2017 di Bentong. Masa tu, mak memang nak balik Bentong, Sebab nak hantar adik masuk mrsm Bentong Isnin, 6/2/2017. Jadinya, ahad tu saya balik dengan suami ke rumah kami di Semenyih.
Ammar memang tak ada masalah dijaga mak dan abah. Sebab sebelum ni pernah hantar dia untuk 2 hari. Dia, alhamdulillah ok sangat. Tak tanya pun ummi abi dia. Tapi, sebabkan saya nak pergi jauh, pergi umrah kan. Memang tak dinafikan agak berdebar juga. Saya tawakkal kepada Allah dan berdoa pada Allah banyak-banyak. Doa minta Ammar mudah diurus dan dijaga oleh mak dan abah.
Dua hari sebelum pergi umrah, 7/2/2017, saya dah mula cuti. Jadi, saya ambil peluang untuk persiapkan diri. Saya pergi jogging, packing barang yang nak dibawa.
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. 8/2/2017, Flight kami pukul 11.45 malam. Jadinya, pukul 6.30 petang kami dah bertolak ke KLIA. Solat maghrib di sana.Masa haritu, ramai juga yang menghantar kami kat airport. Terima kasih semua =)
Selagi tak jejak kaki ke Tanah Suci, hati saya berdebar-debar je. Dah makan pun perut rasa tak sedap lagi.
Kami naik flight Turkish Airlines. Puas hati, untuk penerbangan jarak jauh seat dia memang selesa. 11 jam perjalanan nak ke Istanbul. Kami transit di sana 6 jam. Lama kan..Saya sampai tertidur kat kerusi airport tu. Kami makan kat Popeyes masa kat airport haritu. 38 lira kitorang kena. Boleh tahan la mahalnya.hehe..
Daripada airport Istanbul ke airport Madinah, ambil masa dalam 3 jam.Flight nak ke Madinah tu, Turkish Airlines siap pasang doa naik kenderaan lagi. Lepas tu, siap dorang bagi beg kecik yang dalamnya ada sejadah,stokin,uncang kasut dengan tasbih digital,Best kan.
Sampai pun di Airport King Abdul Aziz, Madinah. Hati tu rasa terharu dengan seronok sangat. Kami solat dulu di Masjid dekat dengan airport tu sebelum naik bas menuju ke hotel.
Masa naik bas, mutawwif kami pun baca doa bila menghampiri Tanah Haram, hati saya terus berdebar-debar..Allah, Allah..aku dah nak masuk ke Tanah Haram. Bila nampak je tiang Masjid Nabawi daripada jauh, hati terus rasa sayu dan gembira yang tak terkira. Macam tak percaya diri ni dah jejak bumi Madinah.
Hari pertama di Madinah (Khamis: 9/2/2017)
Malam tu, badan saya dah flat. Mana taknya, hampir 20 jam baru sampai kat Madinah. Hati tu teringin sangat nak pergi Masjid Nabawi. Tapi apakan daya, keadaan tak mengizinkan. Jadinya, suami saya yang pergi dulu Masjid Nabawi malam tu.
|
Sampai pun di hotel =) |
Hari kedua di Madinah ( Jumaat: 10/2/2017)
Subuh tu, saya bangun awal daripada suami. Semangat nak pergi Masjid Nabawi. The feeling was indescribable when my eyes laid upon Masjid Nabawi. Rasa nak mengalir air mata. Saya masih ingat ketenangan masa Subuh di sana.
Tengahari tu, kami dibawa untuk ziarah dalam Masjid Nabawi. Kami di bawa ke Raudhah. Iaitu Tamn Syurga di muka bumi ni. Raudhah ni, ialah kawasan di antara mimbar dan makan Rasulullah yang mana doa kita sangat mustajab. Maka nya, memang ramai yang takkan lepaskan peluang untuk solat dan berdoa di sini.
Saya memang tak sangka boleh solat dua kali di dalam Raudhah. Alhamdulillah.. betul orang kata. Kalau kita ada keazaman yang tinggi, nak solat, inshaAllah diizinkan untuk solat kat dalam ni.
Hari kedua di Madinah ( Sabtu: 10/2/2017 :Ziarah Luar)
Destinasi pertama kami lawati ialah Masjid Quba'.Iaitu masjid pertama yang nabi bina Ada hadis sahih yang mengatakan jika kita ambil wudu' di rumah, dan solat di Masjid Quba' pahalanya menyamai dengan pahala umrah. Jadi, kami dah siap-siap berwudu' daripada hotel.
Destinasi kedua yang kami pergi Jabal Tsur. Selepas tu, kami ke Jabal Uhud, dan Ladang Kurma. Kat sini, saya perasan ramai peniaganya Indonesian.Tapi saya dan suami tak beli kurma pun kat sini. Kami beli di Pasar Kurma. Kurma ajwanya, 1 kilo, 35 riyal. Tapi yang saiz kecik.
Ahad ( 11/2/2017) Madinah-Mekah
Lepas zuhur, kami dah bersiap-siap dengan pakaian ihram daripada hotel. Perjalanan daripada Madinah ke Mekah mengambil masa 6 jam. Kami berhenti solat maghrib di Wadi Kudaid. Kat sini, Andalusia dah siap-siap makanan. Sedap nasi Arab yang kami makan kat sini.
|
Tempat solat open |
Memandangkan suraunya yang kecil, tak dapat menampung jumlah jemaah yang ramai.Kami solat outdoor je.
Sesampai je di Mekah, kami diberi masa sejam untuk bawak luggage ke bilik. Kami dapat tingkat 2 di hotel Malak Ajyad, Mekah. Biliknya tak sebesar hotel Mawaddal Al- Noor, di Madinah. Jarak hotel pun agak jauh daripada Masjidil Haram. Tapi saya tak kisah sangat. Sebab kebanyakkan masa dihabiskan di masjid.
Kali pertama melihat kaabah, Allahuakbar! Bergenang air mata..Macam tak percaya Allah jemput ke rumahNya.
Umrah pertama berjalan lancar, Alhamdulillah..
Isnin ( 12/2/2017)
Harini free and easy. The whole day kami ambil masa macam mana nak kenal pintu-pintu nak masuk Masjidil Haram.
Selasa ( 13/2/2017)
Umrah kedua kami.
Kami bermiqat di Jaaranah.
Untuk yang kedua saya dah prepare. Saya pakai corset Premium Beautiful siap-siap. Alhamdulillah, langsung saya tak sakit pinggang masa tawaf dan saie. Saya sapu siap-siap yoko-yoko di betis.
Rabu ( 14/2/2017)
Aktiviti pertama kami ialah ke Jabal Rahmah. Tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa.
Sebelum tu, kami dibawa melalui kawasan Arafah, Mina dan Muzdalifah.
Umrah sunat yang ketiga. Kedua-dua umrah sunat ni saya buat umrah badal. InshaAllah, pahalanya dapat pada kita dan pada arwah. InshaAllah..
Kami bermiqat di Tanaim.
Khamis ( 15/2/2017)
Paginya, kami dibawa melawati Masjid Hudaibiah.Ada yang nak buat umrah sunat, boleh berniat ihram di sini.
Memang seronok sangat di Tanah Suci. Kita hanya fikir nak buat ibadah je. Malam tu, kami ada ekspedisi mendaki Jabal Nur.
I was wondering at that time, yang orang dok kata naik roller coaster tu. Rupa-rupanya, sebelum sampai ke kaki Jabal Nur, kita akan dibawa menaiki satu van ni. Pakcik Arab tu bawak, MashaAllah, berdesup! Macam nak terkeluar jantung dibuatnya.
|
The roller coaster |
Masa mula-mulanak panjat Jabal Nur tu, macam ragu-ragu jugak." Boleh ke aku buat ni. Tingginyaa.." Tapi tengok ramai je makcik-makcik yang lebih berusia boleh naik. Takkan kita yang muda ni tak boleh kan.hihi..
Lagipun, suami saya keep on bagi semangat. Boleh-boleh kata dia. Akhirnya, sampai juga saya ke puncak Jabal Nur.Alhamdulillah..
Sejuk sangat kat atas tu.sampai terbatuk-batuk saya.Nak naik ke atas tu, memang mencabar. Sebab lerengnya curam. Tapi sebab ada orang-orang Arab yang memang menetap di Jabal Nur tu dah tolong turap simen buat tangga, memudahkan kita nak naik atas tu. Seeloknya, bawaklah duit lebih sikit untuk kita sedekahkan pada mereka.
Jumaat ( 16/2/2017)
Solat Jumaat di Masjidil Haram. Seronok sangat. Sebab saya berpeluang solat Jumaat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.
Sebelum solat Jumaat tu, kami keluar awal. Breakfast di Felda D'Saji, Safwa Towers.Saja nak merasa makan di restoran orang Malaysia di Tanah Arab.
Sabtu (17/2/2017)
Hari terakhir kami di Mekah. Sebak hati ni bila buat tawaf widak ataupun tawaf selamat tinggal. Rasa sayang nak meninggalkan Kaabah dan bumi Mekah.