Thursday, March 2, 2017

Istanbul Kami Datang ( Part I) Melancong ke Istanbul 2017

Assalamualaikum..

Istanbul!

Salah satu tempat yang ada dalam #wishlist saya jugak. Banyaknya wishlist.hihi.. Masa decide nak pergi umrah haritu, hubby ada cakap tambah sikit je lagi amount duit, dapat pergi round Istanbul satu hari. Saya pun, apa lagi.Terus pujuk-pujuk hubby nak pergi pakej umrah sekali dengan tour Istanbul satu hari.

Pada mulanya, he refused. Sebabnya, dia kata mana cukup satu hari kalau nak ke Istanbul. Lagi satu, sebab hubby dah pergi Istanbul dalam 5 tahun lepas dengan familynya. Saya pujuk-pujuk si dia, at last dia pun kata yes! hehe..

Bukan apa, saya teringin betul nak ke Blue Mosque, Istanbul tu. Lepas tu, Turki ni memang sangat menjaga segala macam peninggalan sejarahnya. Jadi, macam penutup yang sangat best untuk umrah saya bila berpeluang melawat ke Istanbul.

Daripada Hotel Malak Ajyad di Mekah, kami menaiki bas ke Airport Jeddah. Sayu rasa hati  nak meninggalkan bumi mekah,.

Perjalanan daripada airport Jeddah ke TAV Istabul Ataturk Aiport mengambil masa selama tiga jam. Pukul 6.30 pagi kami sampai kat sana. Settle urusan imegresen semua, kami terus ke surau dalam airport untuk solat subuh.

Di TAV Ataturk Aiport

Don't worry.Surau ada disediakan kat sini =)

Keluar je daripada airport, kami punya tourist guide dah ada menunggu. Nama dia Ilianur. Excited sangat bila naik bas, dan dengar penerangan Si Nur ni. Istanbul terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian Europe dan Asia. Kami dibawa melawati ke kawasan belah Europe. Sejuk masa tu, Best sangat jalan-jalan masa cuaca sejuk =)

Bas yang kitorang naik

Our Tour Guide
Ikut cerita Ilianur, Istanbul ni dulu dikenali dengan nama Constantinople.Dulunya, menjadi pusat pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah. Jadi, tak hairanlah memang banyak masjid di sekitar kota Istanbul ni. Sejarah Islam yang sangat gah di sini menjadi salah satu sebab saya teringin benar menjejakkan kaki ke Istanbul.

Destinasi pertama kami ialah ke Tamara Restaurant yang terletak tak jauh daripada Blue Mosque. Perut pun dah berdondang sayang masa tu. Saya mengharapkan heavy breakfast. Tapi tour guide kitorang dah bagitahu siap-siap. Orang Turki, breakfastnya selalu yang simple-simple je. They are a huge fan of cheese.Let me share with you what was our breakfast on that day.


Hadoi..Patutla kulit dorang gebu dan licin. Makan roti, telur rebus, tomato, timun, buah zaitun dengan olive oil. Healthy habis weh. Kita pulak, breakfast, dah tala mee goreng la, roti canai la.hehe.. Roti kat sini, keras sangat. Boleh tercabut gigi den makan roti dorang ni. Tapi tak taula kalau tak termakan roti dorang yang lembut-lembut.

Muka tak kenyang makan breakfast.hihi..
Selesai je breakfast, kami dibawa menaiki bas ke Spice Market. Sepatutnya dalam jadual, kami pergi ke Grand Bazaar. Memandangkan haritu Grand Bazaar tutup, kami pun dibawa ke Spice Market. Saya menghela nafas lega. Sebab , Spice Market ni barang-barang dia lebih murah berbanding di Grand Bazaar. Spice Market adalah pasar untuk local people si sana. Sementelahan, Grand Bazaar lebih kepada untuk tourist. Jadi barang-barangnya agak mahal.

Tapi wife sepupu saya kata kat Grand Bazaar lagi banyak pilihan tudung. Saya tak boleh nak comment, sebab saya tak pergi ke Grand Bazaar.hehe


I already have the things that I wanted to buy in my mind. Tinggal nak beli je lagi.hehe.. Tapi saya tak adala shopping banyak sangat. Sebab duit lira pun bawa sikit je.hehe..



First kedai yang Ilainur bawa kami ialah ke Hazer Baba. Kedai yang famous jual Turkish Delight. Saya kerap juga dengar orang dok sebut-sebut Turkish Deilght. Kat kedai ni, saya berpeluang merasa tester Turkish Delight. Sedap rupanya! Turkish Delight ni sebenaranya manisan orang Turki. Diperbuat daripada madu dan kacang almond.  Saya paling suka yang dicampur dengan coklat. Ada yang dicampur dengan buah delima.Tapi masam sikit.

Ada kawan saya yang pernah berkunjung ke Istanbul pesan. Kalau nak beli Turkish Delight, better beli di kedai yang bagi kita rasa tester dia. Bukan apa, takut terbeli yang tak berapa sedap kan. Kalau nak beli Turkish Delight di Hazer Baba ni, harganya mahal sikit berbanding kedai-kedai lain. But the taste is undeniable tasty.

Nasihat saya, better beli yang timbang kilo ni. Sebab yang dah siap dalam kotak tu tak sesedap yang timbang punya.

Kemain orang Turki ni nak berwefie dengan kitorang.hehe
Next, kitorang diberi free time untuk jalan-jalan dalam Spice Market ni. Weehuu!! Saya dah target nak beli pinggan hiasan yang gantung kat dinding tu. I was thinking to buy 4 plates actually. 2 for me and another 2 for my mum. Tapi, bila tengok-tengok designnya, macam tertarik pula dengan pinggan yang design besar,,Huhu,,I'm so sorry mak *sighs* Untuk pinggan kecil, harganya hanya dalam 25 lira satu pinggan. Tapi, kalau pandai tawar menawar, boleh dapat satu 20 lira tu. Saya berjaya beli 2 pinggan besar, dengan harga 50 lira satu pinggan.Harga yang dia letak, 65 lira sebenarnya.

Saya juga beli dua helai tudung design Turki. Niat di hati nak beli banyakk..Nak beli untuk mak mertua, adik-beradik, ipar duai..apakan daya, hakak tak bawak duit banyak deknon..*nangis*
Oh lupa nak bagitau harga tudung bawal satin square tu. Sehelai untuk bidang besar 30 lira. Bidang kecil, 25 lira. Tapi, saya berjaya beli dengan 25 lira sahaja untuk sehelai tudung bidang besar * a big pat on my shoulder* =)

Cantik-cantik kannn
Lepas tu, husband ajak cari Tshirt I Love Istanbul. Dia nak beli untuk adik-adik ipar saya. Kami tersalah pergi kedai..Ada kedai yang jual Tshirt yang design dia jauh lebih cantik daripada kedai yang kami beli tu. Tapi, tak dinafikan memang murah kedai tu offer pada kami. 2 helai Tshirt dia bagi 15 lira. Murah kan.. But it turned out kitorang terbeli Tshirt size perempuan untuk adik-beradik lelaki dia. Adehh..

No comments:

Post a Comment