Assalamualaikum..
At the beginning, saya macam nak padatkan dalam satu entri je. Tapi macam panjang sangat pula. Maka, terhasil lah Istanbul Kami Datang ( Part II) =)
Selepas ke Spice Market, kami dibawa melawat ke The Blue Mosque. Apa yang tourist guide kami cerita, orang tempatan panggil masjid ni Sultanahmet Mosque. Dorang pun pelik kenapa pelancong panggil Blue Mosque. Bila saya datang sendiri, betul juga. Tak biru sangat pun masjid ni.hehe..
Kalau ke Istanbul, tak lengkap kalau kita tak berkunjung ke The Blue Mosque ni. Sebab ianya macam satu ikon penting Istanbul. Memang ramai sangat yang datang ke masjid ni. Saya sempat solat di sini haritu. Memandangkan saya datang masa musim sejuk, masa nak ambil wuduk, masyaAllah..sejukknya air dia!
It feels so surreal! Saya macam tak percaya dapat jejakkan kaki ke sini. Dulu, mcam berangan-rangan je nak ke Istanbul. Tapi, haritu saya betul-betul berada di sana.
|
Kami bergambar depan Blue Mosque |
Betul orang kata, nothing is impossible. Once you put your mind to the particular thing, you can make it comes true.
Memang terpesona melihatkan seni bina dalam masjid ni. Nampak ciri-ciri ottoman nya. Masjid ni dibuka untuk orang awam masuk sama ada untuk solat atau sekadar melihat-lihat di dalamnya.
Yang datang tak bertudung atau dengan pakaian yang kurang sesuai, mereka kenala pakai kain biru yang disediakan pihak masjid. Untuk tutuk kepala atau bahagian pinggang ke bawah.
|
Dalam Blue Mosque |
Usai solat jamak Zuhur & Asar di sini, kami terus ke destinasi seterusnya. Oh ya. Lupa saya nak share. Kedudukan Blue Mosque ni sangat strategik. Ianya berhampiran dengan tempat-tempat terkenal Istabul yang lain seperti Agya Sofea, Topkapi Palace, Hippodrome dengan ada satu bazaar tu.
Tapi, kami memilih untuk ke Topkapi Palace. En suami yang sebenarnya bersungguh nak bawa saya berjalan ke sana. Katanya, best sangat Topkapi Palace ni. Wajib pergi kalau dah sampai sini.Walhal, suami pernah dah pergi ke Topkapi Palace ni masa dia melancong bersama mak dan ayah mertua saya beberapa tahun lepas. Demi untuk bawak isteri tercintanya, dia pergi sekali lagi,Gituu..hehe..
Entrance fee untuk masuk ke Hagya Sofea atau local people ke sini panggil Aya Sofea ni sama. 40 lira seorang. Bersamaan dengan RM43 duit kita masa kami pergi tu. Agak mahal kan. Tapi dah alang-alang sampai sini, haruslah pergi kan.
|
Stall roti yang kita boleh nampak kat mana-mana je area Istanbul ni |
Hagia Sophea ni sebenarnya ialah masjid, yang binaan dan ukiran di dalamnya ada a mixture of Islamic Arts campur dengan Cristian Arts. Menarik kan. Tapi kami tak sempat masuk ke Hagia Sophea ni.
|
Bergambar depan Hagia Sophea |
I personally like this photo! Sebabnya? Clear je kat belakang saya. Kiri kanan pun tak ada orang lalu.hehe..Masa ni memang sejukk!!Tak sure pulak berapa degree. Berlapis-lapis baju yang saya pakai.
Saya dengan suami tukar duit lira (matawang Turki) tak banyak. Sebelum ke Topkapi Palace kan kami dah melontar Turki kat Spice Bazaar. Kira-kira duit lira, aiseh,,tak cukup pulak. Tapi kami memang ada prepare duit ringgit.
Jadinya, gigih saya pergi tanya ada satu pasangan suami isteri tu. Saya tengok macam orang Malaysia. Terus saya tanya kalau-kalau dorang boleh terima duti ringgit kitorang utnuk kitorang tukarkan kepada lira. Luckily, they said yes! =) Thank you dear strangers. May Allah bless both of you.
|
Duduk sementara tunggu hubby beli tiket nak masuk Topkapi Palace |
|
Yeay, we've finally got the tickets!! Woot woot |
Suami saya orang paling excited sekali nak masuk Topkapi Palace. Sebab dia memang sukakan tempat-tempat sejarah ni. Dia rajin baca buku-buku dan artikel sejarah. Nak pergi umrah, dia siap beli buku Sultan Abdul Hamid II untuk bacaan masa kitorang tunggu kat airport lagi.
|
Dalam Topkapi |
|
With my man =) |
Terpegun dengan seni bina dalam Topkapi Palace ni. Suami saya kata boleh bayang macam mana masa zaman Turki Utmaniyah dulu, kuda-kuda masuk ikut main entrance, ada istana kecik-kecik tempat doang bersidang.
|
Berlatar belakangkan laut marmara |
|
Mintak orang Turki amik kan gambar.hihi |
Ada satu tempat dalam topkapi ni yang namanya Harlem. Tempat ni, kena bayar additional 25 lira. Harlem ni tempat gundik-gundik raja duduk.Tapi kitorang tak masuk pun sini.
Kagum saya dengan senibina Topkapi Palace ni. Penuh dengan ukiran iznik yang famous kat Turki ni.Besar sangat Topkapi ni. Lenguh jugakla kaki berjalan.hehe..
|
Kemain |
Disebabkan masa yang terhad, kitorang jalan agak laju jugakla. Sebab nak round istana ni memang besar. Ada jugak muzium-muzium kecil kat dalam ni. Seronok, dapat tengok pedang Nabi Muhammad, peralatan perang masa zaman beratus abad masihi dulu, ada serban Nabi Ibrahim dan macam-macam lagila. Tapi, nak masuk ke muzium ni, sampai kena beratur. Ramai jugak orang.
|
Bilik meeting dorang. Kelass.. |
|
Corak Iznik menghiasi istana ni |
Memang berbaloi rasanya bayar mahal pun masuk kat sini. Macam-macam benda boleh tengok. Tapi, disebabkan kitorang datang masa end of winter, tak adala bunga tulip dalam ni. Kalau datang masa spring ke, orang kata boleh tengok bunga tulip penuh kat dalam kawasan istana ni, Mesti cantikk..
|
Gigih suami saya beratuq belikan aiskrim.hihi |
Selalu dok berangan makan aiskrim Turki yang dorang dok bagi main-main terbalik tu. Dapat jugak akhirnya merasa.
Rasa dia sedap. Masam-masam manis sikit.hehe.. Tekak time tu dah rasa lain macam, tapi alang-alang dah sampai kan, harusla rasa juga aiskrim ni,
Ada satu bazaar dekat-dekat dengan Blue Mosque ni. Tapi saya tak recommend beli kat sini..Harga dia mahal..Mungkin dorang tau sebab ramai orang kat kawasan ni especially tourist kan, dorang mark up harga tinggi.
|
Ni la bazaar yang saya kata tu |
|
Kawan saya ni beli pinggan hiasan kat dinding |
Kitorang ingatkan kitorang yang paling lambat sampai ke restoran. Sebab kat Tamara Restaurant ni port kumpul kitorang (Group Andalusia). Nasib jumpa geng yang tengah shopping lagi.hehe..
Sesampai je kat restoran tu, kitorang dijamu makan petang/malam. Sebelum bergerak balik ke Airport.
|
With the clans and mutawwif =) |
Lapar punya pasal, makan jugala apa yang dorang hidang. Walaupun tak berapa kena dengan selera tekak,hehe..
Lepas makan tu, saya dan suami ambik masa jalan-jalan kat deret kedai luar restoran kami makan tu.
Belanja en suami topi kulit. Belikan untuk abah sekali =) Lepas tu, kitorang dah kena gerak balik ke Airport.
What a pleasant short visit to Istanbul. Will definitely recommend you guys come here. Pada yang sukakan sejarah dan keunikan senibina dan kepelbagaian culture nya, this is the place!
Tesekkur Ederem!
Sekian, tesekkur ederem ataupun dalam bahasa kita, terima kasih =)
No comments:
Post a Comment