Wah, tajuk.. Kemain kan.
Saya masih lagi teringat kenangan menunaikan umrah awal Februari lalu. Alhamdulillah, Allah sudi menjemput saya dan suami ke Tanah Suci. Menunaikan umrah sebelum menginjak 30 tahun memang ada dalam #wishlist saya. Alhamdulillah, Allah makbulkan.
Memang menjadi impian saya untuk ke Tanah Suci semenjak daripada kecil lagi, Saya selalu menonton rancangan Jejak Rasul, yang disiarkan sepanjang Bulan Ramadhan dan menunggu sehingga habis rancangan. Sebabnya? Ada sesetengah musim Jejak Rasul, menawarkan hadiah utamanya Pakej Menunaikan Umrah untuk dua orang. Cuma perlu menjawab soalan terkumpul sahaja.
Setahun sebelum bertemu cinta hati, iaitu suami saya, saya berkobar-kobar untuk menunaikan umrah bersama nenek, pak cik dan mak cik saya. Oleh kerana, masa tu, kerajaan Arab Saudi dah ketatkan syarat mahram untuk wanita yang nak pergi umrah, hasrat saya nak ke sana terputus di tengah jalan. Saya memang sedih dan agak kecewa masa tu. Tapi, saya tak berputus harap dan terus berdoa.
Syukur ke hadrat illahi, rupa-rupanya Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya. Dia jemput saya pergi umrah bersama suami tercinta.
Behadapan Masjid Quba' |
Masa saya pergi dengan suami, ramai ahli dalam group menyangkakan kami pasangan yang baru berkahwin. Padahal, dah nak masuk 4 tahun usia perkahwinan dan ada anak seorang yang dah nak masuk 3 tahun pun .=)
Mungkin melihatkan keakraban kami. Sentiasa jalan berpegangan tangan apabila pulang ke masjid. The feeling was indescribable.Teringat saya suasana kami berjalan bersama-sama pergi dan balik ke masjid. Kenangan tawaf dan saie bersama suami memang manis.
Di Masjid Hudaibiah |
Di hadapan Kaabah |
Pengalaman mendaki Jabal Nur pun sangat manis untuk dikenang. Suami sentiasa membantu saya untuk mendaki dan sentiasa memberi semangat sehingga kami berjaya sampai ke Puncak Jabal Nur. Tinggi juga tau.
Jadi, jika kalian merancang untuk pergi menunaikan umrah bersama pasangan suami isteri masing-masing, saya memang sangat-sangat menyokong!
Saya bercerita tulus daripada hati.
Doa saya, moga berpeluang menunaikan umrah atau haji pula selepas ini bersama mak, abah, adik beradik dan keluarga mertua yang tercinta.
Langkah untuk menunaikan umrah?
1. Berdoa, berdoa dan terus berdoa.
2. Tetapkan target. Contohnya, tahun berapa kita akan pergi. Bulan berapa.
3. Bayar deposit dengan travel agent. Dengan cara ni, kita akan istiqomah mengumpul duit.
Buat yang dah ada simpanan, lagi bagus.
4. Saving setiap bulan secara istiqomah.
5. Banyakkan dengar ceramah, blog hopping mengenai pengalaman menunaikan umrah supaya
kita akan lagi berkobar-kobar dan terpanggil untuk ke sana.
InshaAllah..
Moga kalian berpeluang mengunjungi rumahNya juga,
Amin..
No comments:
Post a Comment