Monday, November 30, 2015

2 Years Wedding Anniversary

Alhamdulillah, today mark our 2 years wedding anniversary.

There are ups and downs in our life, but I am happy I embark it with you.
Looking forward for many more great years with you.
I love you abang.
Trully. From the bottom part of my heart.



Wednesday, October 28, 2015

My breastfeeding journey

Pejam celik pejam celik. Tak sangka dapat breast feed (bf) ammar sampai setahun. My breastfeeding journey is not always easy. Sejak pregnant lagi ummi dah giat baca, baca dan baca pasal bf ni. Masa mengandungkan ammar 7 bulan umi ajak abi join seminar menyusu. Best jugak seminar tu. Buat dekat atas butik Mumsdreams, Bangi.Banyak info2 berguna yang ummi dapat. Tak sia-sia join.hihi..Mula-mula abi macam skeptikal jugak. Perlu ke dia pergi?Bukan dia yang nak nyusukan ammar katanya. Lepas pergi, sampai sekarang ingat macam mana nak uruskan ebm ( expressed breast milk), tau apa yang boleh tambah production susu dengan macam-macam lagilah.

Perjalanan nak menyusukan ammar memang bukan mudah.Mula-mula bersalinkan ammar kat kpj kajang, ummi macam teragak-agak.Ada ke susu ni? Macam mana proper latch on nak nyusukan ammar ni. Sungguhla tak reti.hehe..Terima kasih pada abi yang belikan ummi breastpump jenama Spectra M1. Dia siap bawakkan sekali ke hospital. Sangat berguna. Masa ammar kena warded sebab kena Jaundice, ummi pun try2 la guna Spectra. Ingat sangat perasaannya first time pam susu, lepas tu menitik setitik dua sampai dapat 2aun. Punyalah happy! Siap cerita kat kawan sebelah katil lagi.kihkih..Masa tu, susu warna kuning lagi. Penuh dengan colostrum (antibodi terawal yang baby perlukan)

Masa dalam pantang, seronok sangat pam susu. Spectra yang abi belikan ni, double pump. sekali pam, penuh dua-dua botol.Fuh, seronok! Tapinya, yela kan first time mummy. Lebih layankan sakit kena jahit kat bawah tu dengan direct bf ammar, stok macam tak buat sangat, Padahal, susu ounyalah banyak. Sampai bengkak-bengkakla breast.

Daripada dalam pantang sampai start kerja, susu memang banyak. Sekali pam, boleh dapat dalam 10-12aun. Bila ammar dah masuk 5-6 bulan, nampak susu dah makin drop. Tapi stil banyak. Sekali pam, boleh dapat 6-8 aun. Tapi tula. Rugi sesangat rasanya tak buat stok banyak-banyak. Stok ummi untuk 1-2 minggu advance je.Ammar masuk 6 bulan, ummi boleh tarik nafas lega sebab berjaya bf ammar sepenuhnya (adala dalam3-4 hari kena topup fm sebab ummi kena warded).

Lepas tu, struggle lagi untuk nak capai setahun. Masuk je ammar 11 bulan, susu ummi drop teruk. Sekali pam, dapat dalam 1-2 aun je!Wuu..*Nangis* Ummi terus contact master ji yang ummi jadikan bahan rujukan bila mana susu ummi drop, iaitu kak ika.Ummi contact jugak nurse KPJ, Mak Yam. Semua sebab nak cari cara nak banyakkan balik susu.

Alhamdulillah, sampaila ammar setahun ummi berjaya bf ammar. Cuma nya sekarang stok kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Memang kena struggle sangat-sangat nak bagi bekalan untuk pengasuh esoknya.Sob Sob. Selagi mana ummi boleh bertahan, ummi bertahan. Tapi ummi bersyukur sangat sebab berjaya capai ke tahap ni. Terima kasih pada semua orang di sekeliling ummi yang sentiasa meyalurkan sokongan dan aura positif pada ummi.

ummi pakai yang double pump

Tuesday, October 27, 2015

Ammar turns 1 =)

Alhamdulillah, hari ahad yang lepas (18 Oktober 2015), genap setahun usia ammar. Sekejap sangat rasa. Macam baru lagi ummi lahirkan kamu.Oh my little baby =)

Majlis hari jadi ammar, memang dah lama ummi plan. Decoration semua Do-it-yourself (DIY). Masa birthday ammar ni, sekali tunaikan nazar.Buat makan2 sekor kambing. Terima kasih banyak opahnya ammar. Belikan kek, masakkan lauk dengan agar-agar. Ummi is terharu =')

Cantik dan sedap sangat kek yang opah beli ni. Nyum2

Birthday card yang ummi design sendiri.
Majlis, alhamdulillah berjalan dengan lancar. Tapi kesian ammar, demam pulak dia haritu. Jadinya dia tak mau senyum and bermain la. Takpela, yang penting masa ummi menaip blog ni ammar dah sihat alhamdulillah.Tak ada batuk-batuk dan selsema dah.

Syukur juga hampir semua yang ummi dengan abi jemput, datang memeriahkan majlis.

Ummi nak share sikit Ammar punya development

3 bulan : Ammar dah pandai meniarap
4-6 bulan: Ammar pandai bergolek. Mula-mula Ammar pandai bergolek belah kanan je. hihi..
7 bulan: Ammar dah pandai merangkak (mengesot dulu)
 9 bulan: Ammar pandai berpaut untuk berdiri, Gigi pertama tumbuh sepenuhnya (belah bawah)
10 bulan :Ammar pandai meniti sambil berjalan
11 bulan : Ammar pandai berpaut sebelah tangan dan kadang-kadang lepas tangan (2 batang gigi.atas
                 dan bawah)
12 bulan:  Dah 3 batang gigi! Ammar pandai bertateh tapi kena pegang tangan ummi sebelah
                and I'm waiting for your first few steps =)

Takpe, no worries, sooner or later he will eventually walk. Ummi menunggu dengan penuh sabar dan seronok tengok perkembangan ammar.

Wednesday, July 22, 2015

A-must-Things to bring during traveling for Balik Kampung for those who have a baby

Salam..
Panjangnya tajuk entry!Teehee..Anyways,back to the agenda.
After coming back from kampung for this Hari Raya, I realized a few things.
Things that I can improve later on when traveling for a long distance with a baby.
I'm talking about baby under 2 years old.

1. Make sure you bring thermos
As for my case, as I was traveling from:

Semenyih-Bentong (2 hours)
Bentong-Parit, Perak (4 1/2 hours)
Pair-Juru (2 1/2 hours)
Arau-Semenyih (10 1/2 hours) *pengsan*

As I didn't bring any frozen porridge from home, I had to cook it at the place that I went.
Masa balik Bentong, takpela kan.As I considered it as my home as well. Lagipun, Ammar's Opah semangat tolong masakkan bubur cucunya. Terima kasih mak! *If you're reading this post* I know you do =)

When I went to Parit (rumah mak nyah) kena pinjam dapur kejap nak masak bubur ammar. Dahla maknyah tengah sibuk nak siapkan juadah raya. I is penyibuk.hehe..Tapi kat rumah maknyah, takla rasa segan.Sebab dah biasa kan.Daripada kecik lagi selalu balik sini.

But, when I reached Juru, I had to tebalkan muka and ask" Boleh tak saya pinjam dapur. Anak saya lapar" Segannya..tapi tak masak bubur karang, kesian kat ammar. Tak lalu la dia nak makan biskut je.

Survey2 kat little.whiz, I've found this thermos:

 Comel kan?The food if we keep in this can lasts up until 5 hours tau!Tak mahal mana pun. RM63 je.Rugi tak usha2 sebelum balik kampung kan*sighs*

2.If you are a breastfeeding mum, bring lots of food for yourself
 Bila kita bf anak ni, laparnya jadi 3kali ganda daripada lapar yang biasa. Tak percaya?Tanyala mana-mana mak yang susukan anaknya.

Sebab tu penting sangat bawak roti ke, coklat ke.Pape je la yang boleh hilangkan rasa lapar sementara nak pergi beraya rumah sedara-mara.Bila dah rasa lapar, angin naik kat kepala. Nanti sakit kepala, tak bestla kan nak beraya.hewhew..



3.Bring a mini clip on fan (battery operated)
Memandangkan cuaca sekarang teramatlah panasnya, kena la bawak kipas comel ni untuk si kecil. Poor Ammar. He was cranky for most of the times.He even refused to crave a smile.Yela, lenjun bajunya basah dek peluh.Mestila tak selesa kan.

Sunday, July 19, 2015

Syawal Pertama Ammar

Salam..
Here I am. Working after 6 days.Tahun ni den dapek cuti sobolum ghayo. Jadinya, raya keempat, dah kena masuk kerja..sighs.haha..

Tahun ni, beraya dengan si kecik. Thank you so much dear hubsy. Kali ni suami saya bagi balik kampung belah saya lagi.Kalau ikutkan, dah turn dia.How thoughtful of him kan.
Perjalanan balik ke rumah opah ammar di bentong, memang takde masalah.Sebab dekat je kan.Bentong-Semenyih.Ammar tidur je dalam kereta..hihi..

Stay sehari di Bentong, esoknya kami bertolak ke Parit, Perak.Perjalanan ke Perak pun alhamdulillah, ok sangat.Sebabnya, ammar tidur dalam car seat dia, daripada Genting Sempah, sampaila Seri Iskandar.Bagus betul anak ummi ni.

Bila sampai je Parit, ada satu perasaan sayu yang tak dapat dibendung bila tengok rumah atok dan opah sunyi sepi takde penghuni.Selalunya, dulu-dulu..sesampai je perkarangan rumah opah, mesti opah yang bukak pintu.Ammar tak sempat jumpa moyang2 dia.Keluarga saya yang sampai dulu rumah mak nyah.Suami saya nak balik awal, sebab nak elak jem hari khamis.Yela kan, sehari sebelum raya..mestila jem kan..tengok-tengok tak jem pun.Hmm..

Disebabkan kitorang sampai awal, saya pun ajakla suami ke kedai paksu nak amik gambar studio. Gambar pre-raya giteww..hihi..Luckily, he agreed. Sporting sungguh suami saya =)

Ni la antara gambar-gambarnya..





Bila bergambar bertiga, masam je muka ammar.Pak Su dengan mak teh jenuh agah. Tak senyum pun dia..Kena ummi dengan abi dia jugak agah, baru nak senyum.kuikui..

Balik Juru pulak, ammar dok cranky pulak dalam kereta. Perjalanan daripada Parit ke Juru makan masa dalam 2 jam setengah. Ammar tidur setengah jam je dalam kereta.Selebihnya dia melasak. Dah penat, dia merengek*kesatpeluh* Memang mencabar travel jauh-jauh dengan baby ni. Kena bersedia mentally and physically nak habaq mai.

Kat Juru, ammar tak banyak tidur sangat.Mungkin sebab cuaca panas sangat.Dia tak selesa. Berpeluh-peluh.Lepas tu, dia dok ralik tengok ramai-ramai orang kan.Balik hotel je, memang melepetla.hee..

Hari last kitorang, hubby last-last minit decide nak singgah Kedah. Katanya, dah alang-alang di Penang. Sempatla ke kenduri akad sepupu di Arau.Ammar pun dapatla jumpa moyang dia dan mak and pak menakan nya..hehe..

Congrats Miera!

Ammar with his cousin Ammar Daie
Perjalanan balik ke Semenyih daripada Arau-Semenyih lagi la mencabar. Pukul 3 petang bertolak, pukul 1.30 pagi baru sampai.*Pengsan*

Tapi alhamdulillah sangat-sangat..Ammar tak banyak meragam dalam kereta.Dia banyak tidur je.
To conclude, sambutan raya kali ni, ada pahit manisnya.

Saya dah mula rindukan Ramadhan..Sobs..Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.Amin..



Monday, July 6, 2015

Ramadhan with Ammar

Assalamualaikum..
Harini dah masuk hari ke 20 kita berpuasa. Masha Allah. Cepatnya masa berlalu.
Setakat ni, terawih buat kat rumah je. Encik husben tiap-tiap hari ke surau teraweh kat sana. I is jeles.Hihi..Tapi takpela.Sebab kalau nak bawak Ammar sekali pergi surau jawabnya, dia merengekla nanti. Sebab Ammar ummi ni malam memang waktu tidur dia.Dah siang main sakan.Malam-malam, penatla jadinya.hehe..

Minggu lepas, Ammar kena warded 3 hari di KPJ Kajang. Bacteria Infection. Poor Ammar.. Dia demam, muntah-muntah dengan cirit-birit. Sampai cengkung mata anak ummi. Sobs. Kesian anak ummi, beberapa kali dijuji dengan sakit-sakit.


Tapi bila difikir-fikir balik, Allah uji ummi ni sikit sangat nak dibanding dengan orang lain. Ada parent yang diuji lebih lagi. Ummi selalu ingat petikan ayat Quran ni "Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi batas kemampuan kita" See. Allah tau ummi kuat. Sebab tu Allah uji ummi. Dia nak dengar ummi merintih, berdoa pada Dia. Kalau kita tak diuji, kita lupa pada Dia =')

Sekarang ni, tiap kali berbuka ke bersahur ke ammar mesti teman abi dengan ummi. Keletah ammar buat ummi lupa pada penat. Senyum je tengok si kecik ummi ni. Ammar dah 8 bulan, raya ni ammar genap 9 bulan.Alhamdulillah..




Tuesday, April 14, 2015

active and happy ammar



Alhamdulillah.. ummi happy sangat tengok ammar sekarang. Aktif betul. Asyik bergolek-golek sakan. Menerap dan dah start angkat punggung. Tak lama lagi merangkakla anak ummi ni.hehe..

Minggu lepas ummi dah mula bagi ammar makan. Seronoknya ummi! Ammar mau makan dengan berseleranya! Lagi bertambah semangat ummi nak cuba buat macam-macam puree lagi.hihi..

Mr Hubby semangat nak deko rumah

Lately semangat nak hias rumah mr hubby menjadi-jadi.hihi..
Terima kasih sangat pada mr hubby, rumah tamu kitorang yang dulunya plain and boring terus bertukar wajah. Cengituu..hehe..

Ni la hasilnya:



Dua-dua frame ni kitorang beli kat Kaison, Festival City Setapak. Sangat wort it la rasanya.
Suami saya, datang semangat dia nak menghias, rajin sangat =)

6 months Ammar

Salam..
berhabuk dah belog saya. Lama tak berupdate.hihi
Hari ni ummi bawak Ammar cucuk 6 bulan.
Cian Ammar. Selalu tak menangis pun. Tapi tadi agaknya terkejut kena cucuk lepas bangun tidur, terus menangis kuat.

Ummi excited sangat nak bagi ammar makan. Siap dah prepare jadual bagai. Kelengkapan nak bagi ammar makan, awal2 dah ummi beli.hehe..

Ummi decide nak bagi ammar makan puree buah2 dengan puree sayur


Nervous pun ada ni. Macam mana la expression ammar nanti bila ummi first time suap ammar makan.Mesti priceless.hihi..

Hopefully happy macam ni.haha

Thursday, February 26, 2015

BFF

Asslamualaikum
Hi everybunny!

Baru-baru ni ummi dan abi bawak ammar attend wedding salah sorang kawan baik ummi ( omputeh panggil BFF) Hee..
Makanya, habisla geng-geng kamcing ummi dah kawen..

Yang first sekali kawen: Aminah ( 2012)
                                        Wan Iliana ( August 2013)
                                         Farah Ainaa ( September 2013)
                                         Ummi ( December 2013) Hehe..
                                         Erna ( Jun 2014)
                                         Izzati Latif ( December 2015)
                                         Izzatie Bakri ( January 2016 )
                                         Aziera ( February 2016)



Wednesday, February 25, 2015

4 months Ammar

Salam..
Ammar dah masuk 4 bulan lebih sayang.
31hb Januari haritu ammar, ummi dengan abi attend wedding kawan ummi (izzatie bakri) kat Raub. Esoknya ammar demam panas..
Sedih sangat ummi tengok ammar. Asyik mengerang sakit. Pukul 5 pagi ammar terjaga daripada tidur, ummi pegang kepala ammar, panas sangat. Terus ummi mintak abi tolong belikan cool fever.
Ummi dengan opah ingatkan ammar demam nak beralih bulan. Sebab petang tu, fist time ammar meniarap.Rupa-rupanya..ammar kena demam denggi.

Ummi dengan abi buat keputusan yang tepat mintak ammar admitted hospital. Sebab melalui blood test ammar la baru tau yang ammar kena denggi. Terkejut sangat bila ummi tau ammar kena denggi. Terus je air mata mengalir tak henti-henti.

Ummi yakin Allah tu Maha Menyembuhkan. Tiap-tiap kali lepas waktu solat, ummi doakan ammar. Ummi baca surah al-Waqiah yang baik untuk menyembuhkan. Ummi buat solat hajat. Doa ummi, Allah sembuhkan ammar sepenuhnya, dan bagi ummi peluang jadi ummi terbaik buat ammar.

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa ummi. Ummi tak nak ingat dah keadaan ammar kena ambik darah setiap 4 jam di hospital, kena masuk air, ammar pasif, tidur je..Allah je yang tau betapa sedihnya ummi masa tu. Macam separuh jiwa ummi hilang.

Ummi bersyukur sangat, masa ummi tengah lemah, sedih tu abi, opah sentiasa ada dengan ummi. Sumber kekuatan ummi. Mak ngah pun ada temankan ummi jaga ammar di hospital. Atok, Tok wan dan wan pula selalu melawat ammar dan buat solat hajat untuk ammar.

Ummi akan sentiasa doakan ammar sihat dan membesar menjadi anak yang soleh ye sayang. Ummi sayang sangat pada kamu.


Sunday, January 11, 2015

The new me

Salam..
We meet again. I can't believe now I am having a few roles in my life.
An important one I must say.
I'm a mother and a wife.

Subhanallah..how miraculous it is.
and how time flies. Being a mom is enjoyable yet a bit tiring. No I lie.Daunting task.
It's like a never end contract. You sign it for a lifetime.

Gee..I guess my entry after this will mainly revolve around motherhood and babyhood.hehe..

After 9 months and 8 days of carrying Ammar in my tummy, finally I got to see him on 18 of
October 2014. The pain of giving birth is unbearable. But the beauty of it is to see your bundle of joy in front of you. All your pain is swept away just like that. How magnificent!

This coming 18 of January, Ammar will turn 3. I just can't wait to see him crawling, smiling and having his first tooth.Mesti comel...*melting*

And I am turning into a new me. More patient.
Whenever Ammar cries continuously, I will remind myself, he knows nothing.
He cries either beceause of
hungry
poo poo
pee pee
he is not feeling comfortable (too cold/hot)
or
he just want his ummi to hug him.

Ammar, you are just adorable..
I pray that you will be a soleh and good person =)



Thursday, January 8, 2015

Anak Ummi dan Abi

Ammar dah 2 bulan lebih sekarang. Semangat sangat badan anak ummi ni.Gerramm.. Alhamdulillah, ummi giat buat stok susu nak bagi ammar fully susu ummi. Umi dah seminggu start kerja. Baru tau perasaan ibu-ibu kat luar tu yang hantar anak kat nursery ke babysitter. Rindu...sangat kat anak masa tengah kerja. Asyik kena tengok je gambar Ammar.hehe..

Sekarang ni masa ummi kerja, Cik Ana yang jaga Ammar.Ummi harap sangat slowly nanti Ammar pandai hisap both dekat ummi dengan botol. Kesian Cik Ana kena latih anak ummi ni minum guna botol.Ummi tau, Ammar anak ummi yang baik.In sha Allah semuanya nanti akan bertambah baik.

Ummi percaya Cik Ana akan jaga anak ummi ni dengan baik masa ummi keluar pergi work. Sayang anak ummi ni sangat-sangat...






Being a mother is no easy. You have
less time to sleep
less time to rest
cannot simply go for shopping (crowded place to be precise) sebab takut anak kena jangkit dengan virus ke penyakit yang masha Allah, macam-macam sekarang ni.

and..

you'll need to be a multitasking kind of a person (being a mum and wife)
Ummi needs to do the laundry, clean the house, clean the dishes..the list go on and on..and take care of my precious baby Ammar as well.

TAPI..

It is enjoyable.
Tengok anak ummi ni membesar depan ummi..Tengok Ammar mula boleh senyum bila ummi panggil nama Ammar..Subhanallah..
Berbaloi sangat.
Moga Ammar menjadi harta dunia akhirat ummi dan abi ye