Sunday, February 26, 2017

Tips Umrah dan Tips Umrah Musim Sejuk

Assalamualaikum..

Saya suka nak berkongsi beberapa tips, yang saya rasakan penting buat persediaan mereka yang pertama kali nak menunaikan umrah.

Semoga, tips dan panduan yang saya share ni, bermanfaat untuk rujukan kita semua =)

1. Bawa pakaian heat-tech/ tebal
    Memandangkan cuaca sangat sejuk di Madinah dan Mekah, terutamanya pada waktu Subuh, saya
    memang sarankan bawalah baju yang tebal-tebal ke sana. Macam saya, saya bawa satu set baju
    dan legging heat-tech yang saya beli di Uniqlo. Alhamdulillah, selesa sangat masa beribadah.
    Saya cuma pakai masa Subuh dan malam sahaja.




2. Bawa ubat-ubatan yang mencukupi
    Beberapa hari sebelum pergi umrah, saya ke klinik berdekatan rumah. Saya minta di klinik tu 'set
    ubat untuk umrah' Jadi, saya diberi ubat demam, batuk, selsema, sakit tekak dan saya minta
    tambahan ubat tahan muntah. Semuanya dalam bentuk tablet kecuali ubat batuk.
    Saya juga bawa tambahan Yoko-Yoko, Yang untuk muscle relief tu. Memang saya pakai di sana.
    Sebab kita memang akan banyak buat aktiviti fizikal macam tawaf dan saie.
 
    Saya juga bawa corset Premium Beautiful saya. Memang sangat-sangat berkesan. Saya langsung
    tak sakit pinggang bila buat umrah pakai corset ni. Selain bagi postur badan yang tegap pada kita,
    corset ni jugak bagi kesan warm pada badan tau. Alhamdulillah, kita ikhtiar, Allah yang
    permudahkan jalan..

3. Tukar duit riyal kecil
    Pastikan hajah dan haji tukar duit riyal kepada 1 riyal, 5 dan 10 riyal banyak-banyak. Bukan apa,
    mudah untuk kita bersedekah nanti. Tapi kalau haji dan hajah berkemampuan, apa salahnya
    menderma dengan kuantiti duit yang besar kan. Tangan yang memberi tu kan lebih baik
    daripada tangan yang menerima.
 
    Kita bolehla bersedekah pada pekerja-pekerja di Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram. Lagi satu,
    kalau haji dan hajah nak naik Jabal Nur, bawaklah duit riyal banyak sikit. Sebab sepanjang nak
    naik tu, memang ramai peminta sedekah. Dorang ni yang tolong buat simen untuk tangga naik ke
    atas tu.

4. Bawa extra luggage
    Bagi yang bawa duit lebih untuk berbelanja ke sana, pastikan bawak satu beg lebih. Bukan apa,
    memudahkan kita nak letak kurma, kacang-kacang dan jubah nanti. Sebab pastinya kita akan beli
    sesuatu sebagai buah tangan apabila pulang ke tanah air nanti.

5.Bawa krim pelembap untuk muka, badan dan lip balm
   Suasana di sana yang sejuk kering ( ni masa saya ke sana) memang akan membuatkan kulit kita
   kering dan pedih. Jadi, sebelum kulit kita bertukar kemerah-merahan, seeloknya kita sapu krim
   pelembap tu setiap kali nak ke masjid.

6. Bawa kasut bertutup (untuk perempuan) dan kasut sukan
    Sepanjang di sana, saya hanya pakai kasut bertutup yang saya beli di Butik Siti Khadijah. Selesa
    sangat. Saya juga bawak sport shoes untuk saya pakai masa mendaki Jabal Nur. Ada juga yang
    naik pakai selipar/ sandal biasa. Cuma saya rasakan lebih selamat kalau pakai proper kasut sukan.
    Demi untuk keselamatan kita.

7. Bawak sejadah
    Kalau ke Masjid Nabawi, saya selalunya bawak sejadah nipis yang saya dapat daripada Turkish
    Airlines. Tapi, masa di Mekah, memang saya pinjam sejadah tebal hotel. Memandangkan
    selalunya port saya solat di Mataf tingkat 2, memang kawasannya kebanyakkan tempatnya
    takde carpet. Sejuk, kalau time subuh kalau solat tak bawa sejadah.

8. Bawak shower cream/sabun dan deodorant
    Saya sararnkan bawa shower cream yang ada function antibacterial macam dettol atau antabax.
    Sekadar contoh. Sebab bila kulit kita kering dek cuaca kat sana, kulit kita akan jadi gatal-gatal.
    Saya sebenarnya bawa sabun yang tak ada bau, sebab nak pakai masa dalam ihram ( kan tak boleh
    wangi-wangi) tapi sabun tu tak boleh hilangkan gatal-gatal. Kat sana, seketul sabun dettol yang
    buku tu dalam 10 riyal tau. Bersamaan RM11-RM12 kita jugak. Mahal kan.

    Pada mulanya, saya tak nak bawa deodorant. Sebab takut terpakai masa dalam ihram. Deodorant
    kan baunya wangi juga. Disebabkan badan saya kerap juga berpeluh walaupun cuaca kat sana
    sejuk, saya terpaksa beli di sana. Mahal.. Sebotol deodorant yang roll on tu dalam berapa puluh
    riyal.

9. Bawa uncang kasut
    Yang ni memang sangat penting. Walaupun kalau kat luar Masjidil Haram tu plastik disediakan,
     better kita bawa uncang kasut sendiri.


No comments:

Post a Comment