Wednesday, December 22, 2021

Menjelang kelahiran puteriku.

 Alhamdulillah, alhamdulillah..

InshaAllah dalam beberapa minggu je lagi, Ammar dan Akif bakal dapat adik perempuan. Aku dan suami memang bersyukur sangat Allah makbulkan doa kami agar kelahiran yang ketiga ni dapatlah kami cahaya mata perempuan pula.

Pertama kali sacn gender semasa kandunganku mencecah 20 minggu di Metro Klinik. Doktor Indianya bagus sangat. Soft spoken dan lama dia scan.Berulang kali dia ucap tahniah sebab aku beritahu dia aku dah ada 2 hero.

Kali kedua scan di My Sonoworld di Ampang. Kali ni aku buat detail scan. Sekali lagi doktor memberitahu aku, aku bakal mendapat bayi perempuan. Alangkah gembiranya rasa hati. Terus bersemangat nak shopping baju baby girl.


Antara goodies yang aku dapat dari Metro Klinik

Bila beritahu anak-anak, Along kata " Alaa.. nak adik boy" Ummi senyum je la. Tapi ni dah lama-lama dia macam seronok pula nak dapat adik girl. Tengok cara dia geram dengan sepupu dia, Aisyah. InshaAllah, keluarga kita akan lebih meriah dengan pertambahan ahli baru nanti.

Shopping barang baby di Manjaku Bangi

Thank you dear

Sambung shopping di Tateh Bangi pula

Dah dekat 4 tahun tak shopping barang baby kan. Jadi memang terkejutla dengan total spending kami hari tu. Di Manjaku Bangi, habis dalam RM380. Di Tateh pula kami spend dalam RM320. Memang barang-barang baby mahal.mahal. Itupun, baju newborn banyak dah aku shopping online. Ada juga yang mak dan kawan-kawan hadiahkan.

Ni la semua barang yang kami beli tu

Cooler bag yang handsome suami belikan. Thank you sayang.

Hasil tangkapan online

Doakan kelahiran kali ni dipermudahkan ya. Bersalin normal, ada suami di sisi semasa di labour room, sekejap je dalam labour room, proses berpantang semua berjalan lancar.Aamiin..aamiin..

Tuesday, December 21, 2021

Sambutan ulangtahun perkahwinan yang ke-8 di Duck Cafe

 Tanggal 1 Disember 2021 baru-baru ni, genap usia perkahwinanku bersama suami yang ke-8 tahun. Pelbagai suka duka kami lalui bersama. Ada masanya pasang, ada masanya surut. 

Tahun ni, aku mengidam nak sambut anniversary kami di Duck Cafe. Lama dok survey cafe tu. Terima kasih encik suami turutkan permintaan kite ni.Tak kisah pun kite yang belanja makan kafe ni.Sebab dalam perkahwinan tu sendiri kan kena ada give and take.hehe..

Paling tak sangka, suami hadiahkan aku sejambak bunga. Ni sejambak bunga pertama yang si dia hadiahkan. Mau tak terharu dan menangis dibuatnya =')


Memang kagum betul dengan interior Duck Cafe ni. Padanan warna unggu dan putih memang menaikkan lagi aura cafe ni. Paling best, cafe ni sekelilingnya ada butik dan spa. Memang port lepak best untuk kaum hawa la kan.hihi..

Couldn't be happier! Happy wife, happy family. Agitcheww..

Bab price range makanan kat sini pula, tak mahal sangat dan dan tak murah sangat. Reasonable.

Kami order roti-roti je since dah makan kenyang-kenyang dari rumah.

Love you hubsy!

Total price: RM50++

Aku pun belikan hadiah anniversary untuk encik suami. Memandangkan kami dah target nak slim dan fit bersama tahun depan ( 2022), aku belikan smart watch pada suami. Kalau ada bajet lebih, teringin nak hadiahkan brand yang lebih ternama macam Huawei/ I-Watch. Tapi bajet tak cukup besar kan, aku belikan smart watch jenama Realme sahaja.


 

Moga perkahwinan yang kita bina sentiasa dalam rahmat Allah. Aku kata pada suami, hadiah utamanya awal tahun depan.InshaAllah zuriat ketiga kami.



Tuesday, March 9, 2021

Along Ammar dah Darjah 1!

 Diam tak diam, anak sulung aku dah berusia 7 tahun. Kejap je masa berlalu. Tahun ni, Along bermula dengan kelas PdPR di rumah. 1 Mac 2021 baru dia mula bersekolah.

Ammar ni dia dari bulan Januari haritu cakap tak sabar nak ke sekolah.Mungkin bosan dah duduk di rumah. Lama kan PKP.  Jadinya, dia dah rindu nak jumpa kawan-kawan, rindu nak bersekolah macam biasa.

Alhamdulillah abinya ambil cuti untuk uruskan along pada hari pertama persekolahan. Aku pula part menyediakan sarapan pagi. Setakat minggu kedua bersekolah ni, aku memang siapkan bekal tiap-tiap hari untuk Along.



Menteri Pendidikan yang memperkenalkan sistem baru, budak sekolah dibenarkan pakai kasut hitam ke sekolah memang pada aku memberikan sumbangan besar. Budak-budak biasalah kan. Kalau pakai kasut sekolah warna putih, memang macam belacan jadinya. 

Gambar ni diambil sehari sebelum sekolah. Sebabkan umminya tak dapat nak tengok hari pertama Along bersekolah ( aku bertolak ke sekolah pukul 6.40 pagi),makanya wajib try complete baju sekolah awal-awal.hehe..



Seronok ummi tengok anak ummi. Segak bergaya. Moga Along terus bersemangat untuk ke sekolah. Belajar rajin-rajin. Ummi doakan anak-anak ummi sihat walafiat, dihindarkan sebarang perkara yang tak elok. 

Setiausaha SPM 2020

     Di saat artikel ini ditulis, SPM 2020 masih lagi berlangsung untuk paper addmaths. Aku mula mengambil alih jawatan ni dari September tahun lepas. Masa tu, masuk-masuk aku terus kena handle Trial SPM 2020. 


    Aku rasakan jawatan ini terlalu berat untuk aku. Tapi, apakan daya. Bagi mengekalkan survivalku di sekolah, aku terima juga walau berat rasanya untuk aku galas.




Mula sangat sibuk pada Januari 2021. Aku dilantik menjadi guru kelas bagi 5 Khawarizmi iaitu kelas yang mengambil SPM. Walaupun pelajar yang mengambil SPM tak ramai, 22 orang sahaja dan 3 orang calon Sekolah Darul Hikmah, tetap mencabar bagi aku. Sebabnya? Kali pertama handle kan.


Hampir tiap-tiap minggu aku terlibat dengan taklimat pengurusan SPM. Sebulan sebelum SPM bermula, banyak benda yang aku perlu sediakan.

1. Jadual Guru Saksi

2. Jadual Guru Bertugas

3. Jadual Pembahagian Makanan

4. Pelan Dewan Peperiksaan

5. File untuk Ketua Pengawas

6. Tanda arah untuk ke Dewan Peperiksaan

7. Label bilik-bilik

8. Print out label meja

9. Print out slip exam untuk beri pada pelajar

10. Beri taklimat SPM kepada calon

11. Minta pelajar sign borang akuan

12. Sediakan nombor Pejabat Kesihatan Daerah ( PKD) untuk dihubungi

13. Sediakan jadual nombor mak ayah calon untuk dihubungi

14. Riso borang deklarasi kesihatan

15. Riso borang hospital

16. Riso borang akuan jika vcalon tak bawa IC




Seminggu sebelum SPM bermula tu memang kemuncak pada stressnya. Tiap-tiap hari ada taklimat, Malam pun ada taklimat oleh En Zaironi dari PPD. Aku join semuanya sebab tak mahu terlepas info-info penting. Sehari sebelum SPM, aku jadi resah-gelisah, jantung berdebar-debar.Punya nervousnya! Sabtu dan Ahad aku datang ke sekolah untuk susun meja, siapkan bilik-bilik peperiksaan dan tampal penanda arah. Ya Allah, memang dugaan hebat buat aku. Sampaikan aku menangis malam sebelum SPM mula. Tewas dek kepenatan.


Dah masuk minggu ke-3 SPM,aku doakan semuanya berjalan lancar hingga ke garisan penamat. Aku tau,Allah takkan menguji hambaNya melebihi apa yang kita boleh tanggung.




Aku tulis cerita ni sebab SPM tahun 2021 ni akan ada 2 kali. Hujung tahun ni, aku terpaksa hadap lagi semua ni. Moga Allah beri aku kekuatan dan ketabahan nak mengharungi semua ni.

Rabbi Yassir Wala Tuassir.