Saturday, February 2, 2013

Diari Cikgu Atikah (Day 1)

"Selamat sejahtera murid-murid.."

"Selamat sejahtera cikgu...."

Al-kisah bermula lah perjalanan seorang guru muda.

Aku betul-betul tak sangka. Pada hemat aku, mustahil aku akan bergelar seorang pendidik. Memandangkan jurusan yang aku ambil di Universiti pun telah jauh menyimpang dengan pendidikan. Tapi betul lah kan. Kalau rezeki tu Allah dah tetapkan, tak ada siapa pun yang dapat mengubahnya. Aku bersyukur sangat dengan rezeki yang Dia kurniakan. Dalam masa yang sama, dua tawaran datang sekaligus.Yang satu tu cikgu tetap di salah sebuah sekolah swasta di ibu kota. Sementelahan, yang satu lagi cikgu ganti di Bangi. Aku terperangkap di tengah-tengah. Siapa yang nak lepaskan jawatan tetap kan? Tapi nama aku dah terikat dengan PPD Kajang. Jadi, hidup mesti diteruskan..


Hari pertama aku mengajar:

1 Melati


Budak-budak tahun satu Melati ni boleh tahan nakalnya.Ada seorang budak ni, Masya Allah..setengah jam pertama aku mengajar, dia geleng kepala je sambil cakap "tak nak".Buku pun dia tak nak keluarkan. Memang menguji kesabaran.Haha..



1 Alamanda




Ni kelas pertama kat sekolah ni,Tapi sama je tahap kenakalan dorang ni. Cumanya dorang ni cepat tangkap apa yang aku ajar.hehe..

Budak-budak baya umur macam ni tahap penumpuan dorang kejap je. So aku kena pandai-pandai curi tumpuan dorang sementara dorang masikh boleh fokus.Macam-macam keletah tau.Ada yang tengah aku mengajar boleh pulak dah menyapu sampah...acaner tu??hahaha..

1 Teratai



Ada seorang murid ni, budak lelaki, amatlah nakalnya..Tengah aku mengajar, dia boleh baling kapur kat muka aku?! Aku tak tau nak bagi respon apa masa tu. Nak marah, tak sampai hati, comel sangat. Nak tergelak pun ada..Hai la..hahaha..


Bersambung....

No comments:

Post a Comment