Tuesday, February 26, 2013

Diari Cikgu Atikah (cacamarba)

Cacamarba entri  kali ni.
haha..


Ni masa relief kelas 2 Mawar. Bila nak bergambar je, 3 ketul ni terus menyelit masuk.Kelakar je. Hehehe..

Ada sorang budak lelaki kelas ni selambe je cakap.
Budak: "Cikgu, gigi cikgu tajam la.Macam Dracula"
Aku : "Gigi cikgu tajam, sebab senang nak gigit budak nakal macam kamu"
Budak : Muka cuak. "Gigit orang...?"
Aku : "Cikgu main-main je la.. " (Sambil gelak-gelak).
Budak : Tapi cikgu..gigi cikgu tajam, tapi cantik..." (ceh, nak cover line la tu.hahaha..)

Minggu lepas aku kena bertugas. Selagi sekolah belum betul-betul kosong memang tak boleh balik lagi la jawabnya..Penat toksah cakap. Tapi demi nak pastikan semua budak-budak tu balik dengan selamat, kena la berkorban masa dan tenaga kan.

jadi pengawas jap.teehee..

Bosan-bosan, panggil seorang budak tolong ambikkan gambar.hihihi..

posing sikit




No comments:

Post a Comment