Wednesday, January 6, 2016

He can walk

Salam..

Ammar dah setahun dua bulan=)
Ammar start boleh berjalan umur setahun sebulan. Seronoknya, indecsribable!
Merata dah berjalan. Confident sangat, sampai tangan ummi pun tak nak pegang dah time berjalan.hehe..Ummi baru celebrate birthday yang ke 28 a few days back.
4/1/2016.

Tengok ammar berjalan belakang ummi tu.hehe

terharu sangat
Masa balik rumah opah, opah buat surprrise. Beli kek untuk ummi. Terharu sangat.. Angah dengan adik pun kemain lagi berpakat ye.hehe

Alhamdulillah atas rahmatNya. Masih lagi diberi kesempatan menghirup udara di bumiMu ini.

Monday, November 30, 2015

2 Years Wedding Anniversary

Alhamdulillah, today mark our 2 years wedding anniversary.

There are ups and downs in our life, but I am happy I embark it with you.
Looking forward for many more great years with you.
I love you abang.
Trully. From the bottom part of my heart.



Wednesday, October 28, 2015

My breastfeeding journey

Pejam celik pejam celik. Tak sangka dapat breast feed (bf) ammar sampai setahun. My breastfeeding journey is not always easy. Sejak pregnant lagi ummi dah giat baca, baca dan baca pasal bf ni. Masa mengandungkan ammar 7 bulan umi ajak abi join seminar menyusu. Best jugak seminar tu. Buat dekat atas butik Mumsdreams, Bangi.Banyak info2 berguna yang ummi dapat. Tak sia-sia join.hihi..Mula-mula abi macam skeptikal jugak. Perlu ke dia pergi?Bukan dia yang nak nyusukan ammar katanya. Lepas pergi, sampai sekarang ingat macam mana nak uruskan ebm ( expressed breast milk), tau apa yang boleh tambah production susu dengan macam-macam lagilah.

Perjalanan nak menyusukan ammar memang bukan mudah.Mula-mula bersalinkan ammar kat kpj kajang, ummi macam teragak-agak.Ada ke susu ni? Macam mana proper latch on nak nyusukan ammar ni. Sungguhla tak reti.hehe..Terima kasih pada abi yang belikan ummi breastpump jenama Spectra M1. Dia siap bawakkan sekali ke hospital. Sangat berguna. Masa ammar kena warded sebab kena Jaundice, ummi pun try2 la guna Spectra. Ingat sangat perasaannya first time pam susu, lepas tu menitik setitik dua sampai dapat 2aun. Punyalah happy! Siap cerita kat kawan sebelah katil lagi.kihkih..Masa tu, susu warna kuning lagi. Penuh dengan colostrum (antibodi terawal yang baby perlukan)

Masa dalam pantang, seronok sangat pam susu. Spectra yang abi belikan ni, double pump. sekali pam, penuh dua-dua botol.Fuh, seronok! Tapinya, yela kan first time mummy. Lebih layankan sakit kena jahit kat bawah tu dengan direct bf ammar, stok macam tak buat sangat, Padahal, susu ounyalah banyak. Sampai bengkak-bengkakla breast.

Daripada dalam pantang sampai start kerja, susu memang banyak. Sekali pam, boleh dapat dalam 10-12aun. Bila ammar dah masuk 5-6 bulan, nampak susu dah makin drop. Tapi stil banyak. Sekali pam, boleh dapat 6-8 aun. Tapi tula. Rugi sesangat rasanya tak buat stok banyak-banyak. Stok ummi untuk 1-2 minggu advance je.Ammar masuk 6 bulan, ummi boleh tarik nafas lega sebab berjaya bf ammar sepenuhnya (adala dalam3-4 hari kena topup fm sebab ummi kena warded).

Lepas tu, struggle lagi untuk nak capai setahun. Masuk je ammar 11 bulan, susu ummi drop teruk. Sekali pam, dapat dalam 1-2 aun je!Wuu..*Nangis* Ummi terus contact master ji yang ummi jadikan bahan rujukan bila mana susu ummi drop, iaitu kak ika.Ummi contact jugak nurse KPJ, Mak Yam. Semua sebab nak cari cara nak banyakkan balik susu.

Alhamdulillah, sampaila ammar setahun ummi berjaya bf ammar. Cuma nya sekarang stok kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Memang kena struggle sangat-sangat nak bagi bekalan untuk pengasuh esoknya.Sob Sob. Selagi mana ummi boleh bertahan, ummi bertahan. Tapi ummi bersyukur sangat sebab berjaya capai ke tahap ni. Terima kasih pada semua orang di sekeliling ummi yang sentiasa meyalurkan sokongan dan aura positif pada ummi.

ummi pakai yang double pump

Tuesday, October 27, 2015

Ammar turns 1 =)

Alhamdulillah, hari ahad yang lepas (18 Oktober 2015), genap setahun usia ammar. Sekejap sangat rasa. Macam baru lagi ummi lahirkan kamu.Oh my little baby =)

Majlis hari jadi ammar, memang dah lama ummi plan. Decoration semua Do-it-yourself (DIY). Masa birthday ammar ni, sekali tunaikan nazar.Buat makan2 sekor kambing. Terima kasih banyak opahnya ammar. Belikan kek, masakkan lauk dengan agar-agar. Ummi is terharu =')

Cantik dan sedap sangat kek yang opah beli ni. Nyum2

Birthday card yang ummi design sendiri.
Majlis, alhamdulillah berjalan dengan lancar. Tapi kesian ammar, demam pulak dia haritu. Jadinya dia tak mau senyum and bermain la. Takpela, yang penting masa ummi menaip blog ni ammar dah sihat alhamdulillah.Tak ada batuk-batuk dan selsema dah.

Syukur juga hampir semua yang ummi dengan abi jemput, datang memeriahkan majlis.

Ummi nak share sikit Ammar punya development

3 bulan : Ammar dah pandai meniarap
4-6 bulan: Ammar pandai bergolek. Mula-mula Ammar pandai bergolek belah kanan je. hihi..
7 bulan: Ammar dah pandai merangkak (mengesot dulu)
 9 bulan: Ammar pandai berpaut untuk berdiri, Gigi pertama tumbuh sepenuhnya (belah bawah)
10 bulan :Ammar pandai meniti sambil berjalan
11 bulan : Ammar pandai berpaut sebelah tangan dan kadang-kadang lepas tangan (2 batang gigi.atas
                 dan bawah)
12 bulan:  Dah 3 batang gigi! Ammar pandai bertateh tapi kena pegang tangan ummi sebelah
                and I'm waiting for your first few steps =)

Takpe, no worries, sooner or later he will eventually walk. Ummi menunggu dengan penuh sabar dan seronok tengok perkembangan ammar.

Wednesday, July 22, 2015

A-must-Things to bring during traveling for Balik Kampung for those who have a baby

Salam..
Panjangnya tajuk entry!Teehee..Anyways,back to the agenda.
After coming back from kampung for this Hari Raya, I realized a few things.
Things that I can improve later on when traveling for a long distance with a baby.
I'm talking about baby under 2 years old.

1. Make sure you bring thermos
As for my case, as I was traveling from:

Semenyih-Bentong (2 hours)
Bentong-Parit, Perak (4 1/2 hours)
Pair-Juru (2 1/2 hours)
Arau-Semenyih (10 1/2 hours) *pengsan*

As I didn't bring any frozen porridge from home, I had to cook it at the place that I went.
Masa balik Bentong, takpela kan.As I considered it as my home as well. Lagipun, Ammar's Opah semangat tolong masakkan bubur cucunya. Terima kasih mak! *If you're reading this post* I know you do =)

When I went to Parit (rumah mak nyah) kena pinjam dapur kejap nak masak bubur ammar. Dahla maknyah tengah sibuk nak siapkan juadah raya. I is penyibuk.hehe..Tapi kat rumah maknyah, takla rasa segan.Sebab dah biasa kan.Daripada kecik lagi selalu balik sini.

But, when I reached Juru, I had to tebalkan muka and ask" Boleh tak saya pinjam dapur. Anak saya lapar" Segannya..tapi tak masak bubur karang, kesian kat ammar. Tak lalu la dia nak makan biskut je.

Survey2 kat little.whiz, I've found this thermos:

 Comel kan?The food if we keep in this can lasts up until 5 hours tau!Tak mahal mana pun. RM63 je.Rugi tak usha2 sebelum balik kampung kan*sighs*

2.If you are a breastfeeding mum, bring lots of food for yourself
 Bila kita bf anak ni, laparnya jadi 3kali ganda daripada lapar yang biasa. Tak percaya?Tanyala mana-mana mak yang susukan anaknya.

Sebab tu penting sangat bawak roti ke, coklat ke.Pape je la yang boleh hilangkan rasa lapar sementara nak pergi beraya rumah sedara-mara.Bila dah rasa lapar, angin naik kat kepala. Nanti sakit kepala, tak bestla kan nak beraya.hewhew..



3.Bring a mini clip on fan (battery operated)
Memandangkan cuaca sekarang teramatlah panasnya, kena la bawak kipas comel ni untuk si kecil. Poor Ammar. He was cranky for most of the times.He even refused to crave a smile.Yela, lenjun bajunya basah dek peluh.Mestila tak selesa kan.

Sunday, July 19, 2015

Syawal Pertama Ammar

Salam..
Here I am. Working after 6 days.Tahun ni den dapek cuti sobolum ghayo. Jadinya, raya keempat, dah kena masuk kerja..sighs.haha..

Tahun ni, beraya dengan si kecik. Thank you so much dear hubsy. Kali ni suami saya bagi balik kampung belah saya lagi.Kalau ikutkan, dah turn dia.How thoughtful of him kan.
Perjalanan balik ke rumah opah ammar di bentong, memang takde masalah.Sebab dekat je kan.Bentong-Semenyih.Ammar tidur je dalam kereta..hihi..

Stay sehari di Bentong, esoknya kami bertolak ke Parit, Perak.Perjalanan ke Perak pun alhamdulillah, ok sangat.Sebabnya, ammar tidur dalam car seat dia, daripada Genting Sempah, sampaila Seri Iskandar.Bagus betul anak ummi ni.

Bila sampai je Parit, ada satu perasaan sayu yang tak dapat dibendung bila tengok rumah atok dan opah sunyi sepi takde penghuni.Selalunya, dulu-dulu..sesampai je perkarangan rumah opah, mesti opah yang bukak pintu.Ammar tak sempat jumpa moyang2 dia.Keluarga saya yang sampai dulu rumah mak nyah.Suami saya nak balik awal, sebab nak elak jem hari khamis.Yela kan, sehari sebelum raya..mestila jem kan..tengok-tengok tak jem pun.Hmm..

Disebabkan kitorang sampai awal, saya pun ajakla suami ke kedai paksu nak amik gambar studio. Gambar pre-raya giteww..hihi..Luckily, he agreed. Sporting sungguh suami saya =)

Ni la antara gambar-gambarnya..





Bila bergambar bertiga, masam je muka ammar.Pak Su dengan mak teh jenuh agah. Tak senyum pun dia..Kena ummi dengan abi dia jugak agah, baru nak senyum.kuikui..

Balik Juru pulak, ammar dok cranky pulak dalam kereta. Perjalanan daripada Parit ke Juru makan masa dalam 2 jam setengah. Ammar tidur setengah jam je dalam kereta.Selebihnya dia melasak. Dah penat, dia merengek*kesatpeluh* Memang mencabar travel jauh-jauh dengan baby ni. Kena bersedia mentally and physically nak habaq mai.

Kat Juru, ammar tak banyak tidur sangat.Mungkin sebab cuaca panas sangat.Dia tak selesa. Berpeluh-peluh.Lepas tu, dia dok ralik tengok ramai-ramai orang kan.Balik hotel je, memang melepetla.hee..

Hari last kitorang, hubby last-last minit decide nak singgah Kedah. Katanya, dah alang-alang di Penang. Sempatla ke kenduri akad sepupu di Arau.Ammar pun dapatla jumpa moyang dia dan mak and pak menakan nya..hehe..

Congrats Miera!

Ammar with his cousin Ammar Daie
Perjalanan balik ke Semenyih daripada Arau-Semenyih lagi la mencabar. Pukul 3 petang bertolak, pukul 1.30 pagi baru sampai.*Pengsan*

Tapi alhamdulillah sangat-sangat..Ammar tak banyak meragam dalam kereta.Dia banyak tidur je.
To conclude, sambutan raya kali ni, ada pahit manisnya.

Saya dah mula rindukan Ramadhan..Sobs..Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.Amin..



Monday, July 6, 2015

Ramadhan with Ammar

Assalamualaikum..
Harini dah masuk hari ke 20 kita berpuasa. Masha Allah. Cepatnya masa berlalu.
Setakat ni, terawih buat kat rumah je. Encik husben tiap-tiap hari ke surau teraweh kat sana. I is jeles.Hihi..Tapi takpela.Sebab kalau nak bawak Ammar sekali pergi surau jawabnya, dia merengekla nanti. Sebab Ammar ummi ni malam memang waktu tidur dia.Dah siang main sakan.Malam-malam, penatla jadinya.hehe..

Minggu lepas, Ammar kena warded 3 hari di KPJ Kajang. Bacteria Infection. Poor Ammar.. Dia demam, muntah-muntah dengan cirit-birit. Sampai cengkung mata anak ummi. Sobs. Kesian anak ummi, beberapa kali dijuji dengan sakit-sakit.


Tapi bila difikir-fikir balik, Allah uji ummi ni sikit sangat nak dibanding dengan orang lain. Ada parent yang diuji lebih lagi. Ummi selalu ingat petikan ayat Quran ni "Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi batas kemampuan kita" See. Allah tau ummi kuat. Sebab tu Allah uji ummi. Dia nak dengar ummi merintih, berdoa pada Dia. Kalau kita tak diuji, kita lupa pada Dia =')

Sekarang ni, tiap kali berbuka ke bersahur ke ammar mesti teman abi dengan ummi. Keletah ammar buat ummi lupa pada penat. Senyum je tengok si kecik ummi ni. Ammar dah 8 bulan, raya ni ammar genap 9 bulan.Alhamdulillah..