Assalamualaikum..
Harini dah masuk hari ke 20 kita berpuasa. Masha Allah. Cepatnya masa berlalu.
Setakat ni, terawih buat kat rumah je. Encik husben tiap-tiap hari ke surau teraweh kat sana. I is jeles.Hihi..Tapi takpela.Sebab kalau nak bawak Ammar sekali pergi surau jawabnya, dia merengekla nanti. Sebab Ammar ummi ni malam memang waktu tidur dia.Dah siang main sakan.Malam-malam, penatla jadinya.hehe..
Minggu lepas, Ammar kena warded 3 hari di KPJ Kajang. Bacteria Infection. Poor Ammar.. Dia demam, muntah-muntah dengan cirit-birit. Sampai cengkung mata anak ummi. Sobs. Kesian anak ummi, beberapa kali dijuji dengan sakit-sakit.
Tapi bila difikir-fikir balik, Allah uji ummi ni sikit sangat nak dibanding dengan orang lain. Ada parent yang diuji lebih lagi. Ummi selalu ingat petikan ayat Quran ni "Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi batas kemampuan kita" See. Allah tau ummi kuat. Sebab tu Allah uji ummi. Dia nak dengar ummi merintih, berdoa pada Dia. Kalau kita tak diuji, kita lupa pada Dia =')
Sekarang ni, tiap kali berbuka ke bersahur ke ammar mesti teman abi dengan ummi. Keletah ammar buat ummi lupa pada penat. Senyum je tengok si kecik ummi ni. Ammar dah 8 bulan, raya ni ammar genap 9 bulan.Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment