Here I am. Working after 6 days.Tahun ni den dapek cuti sobolum ghayo. Jadinya, raya keempat, dah kena masuk kerja..sighs.haha..
Tahun ni, beraya dengan si kecik. Thank you so much dear hubsy. Kali ni suami saya bagi balik kampung belah saya lagi.Kalau ikutkan, dah turn dia.How thoughtful of him kan.
Perjalanan balik ke rumah opah ammar di bentong, memang takde masalah.Sebab dekat je kan.Bentong-Semenyih.Ammar tidur je dalam kereta..hihi..
Stay sehari di Bentong, esoknya kami bertolak ke Parit, Perak.Perjalanan ke Perak pun alhamdulillah, ok sangat.Sebabnya, ammar tidur dalam car seat dia, daripada Genting Sempah, sampaila Seri Iskandar.Bagus betul anak ummi ni.
Bila sampai je Parit, ada satu perasaan sayu yang tak dapat dibendung bila tengok rumah atok dan opah sunyi sepi takde penghuni.Selalunya, dulu-dulu..sesampai je perkarangan rumah opah, mesti opah yang bukak pintu.Ammar tak sempat jumpa moyang2 dia.Keluarga saya yang sampai dulu rumah mak nyah.Suami saya nak balik awal, sebab nak elak jem hari khamis.Yela kan, sehari sebelum raya..mestila jem kan..tengok-tengok tak jem pun.Hmm..
Disebabkan kitorang sampai awal, saya pun ajakla suami ke kedai paksu nak amik gambar studio. Gambar pre-raya giteww..hihi..Luckily, he agreed. Sporting sungguh suami saya =)
Ni la antara gambar-gambarnya..
Bila bergambar bertiga, masam je muka ammar.Pak Su dengan mak teh jenuh agah. Tak senyum pun dia..Kena ummi dengan abi dia jugak agah, baru nak senyum.kuikui..
Balik Juru pulak, ammar dok cranky pulak dalam kereta. Perjalanan daripada Parit ke Juru makan masa dalam 2 jam setengah. Ammar tidur setengah jam je dalam kereta.Selebihnya dia melasak. Dah penat, dia merengek*kesatpeluh* Memang mencabar travel jauh-jauh dengan baby ni. Kena bersedia mentally and physically nak habaq mai.
Kat Juru, ammar tak banyak tidur sangat.Mungkin sebab cuaca panas sangat.Dia tak selesa. Berpeluh-peluh.Lepas tu, dia dok ralik tengok ramai-ramai orang kan.Balik hotel je, memang melepetla.hee..
Hari last kitorang, hubby last-last minit decide nak singgah Kedah. Katanya, dah alang-alang di Penang. Sempatla ke kenduri akad sepupu di Arau.Ammar pun dapatla jumpa moyang dia dan mak and pak menakan nya..hehe..
Congrats Miera! |
Ammar with his cousin Ammar Daie |
Tapi alhamdulillah sangat-sangat..Ammar tak banyak meragam dalam kereta.Dia banyak tidur je.
To conclude, sambutan raya kali ni, ada pahit manisnya.
Saya dah mula rindukan Ramadhan..Sobs..Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.Amin..
Blog walking...
ReplyDeleteBest baca blog sis... :D
Follow me back
www.paidihasan.com