Thursday, August 25, 2016

Penting ke bawak winter coat kalau nak ke Perth time winter?

Salam Jumaat penuh barakah semua..

Mak aih. Panjangnya tajuk entri. hehe..
Sebelum nak ke Perth, boleh kata hampir time hari dok google soalan-soalan lebih kurang macam ni la.

Masa saya ke Perth baru-baru ni ( 11/8/2016- 14/8/2016) masih lagi dalam musim winter. Sejuknya, mashaAllah..

Saya beli Longjohn, tapi saya bagi pada adik untuk pakai. Kami dua beradik ni sama. Memang tak tahan sejuk. Tapi saya tak beli satu set la. Saya beli bajunya je.

Hari pertama saya di Perth, saya memang tak jangka kan sejuknya sampai macam tu. kebetulan, masa kami sampai Perth Airport, hujan renyai-renyai pulak. Lagila bertambah sejuk kan.

Kat luar tengah hujan
Kalau untuk yang bawak baby atau anak bawah 2 tahun, lagila kena bawak baju tebal-tebal dan long john untuk anak. Kalau tak, kesian dorang sejukk..

Sedikit tips untuk yang nak ke Perth musim sejuk:
1. Beli long john (boleh beli kat Uniqlo kalau nak yang harga berpatutan dan tak mahal sangat).
2. Beli la sarung tangan at least sepasang ( boleh cari kat Daiso. Murah, RM5 aje)
3. Stokin bawak banyak sikit ( Boleh tukar-tukar. Waktu tidur pun saya pakai jugak tau)
4. Bawakla stok maggi, kiub sup, kiub tomyam, bubur nasi instant ke. (Sejuk-sejuk, konfem cepat           lapoo..)
5. Untuk yang bawak baby, jangan lupa bawak ubat-ubatan (ubat demam, alat sedut hingus, baby             vicks balm, topi kait) Syukur sangat..Ammar sihat je sepanjang kat sana.
6. Boleh bawak trenchcoat/puffer/winter coat. Macam saya, bawak trenchcoat.

Baju ni best! Sejuk dan tebal.

Nak cari long john yang macam ammar pakai ni, boleh try usha instagram @kakimelancong. Harganya, RM65 termasuk postage.

Trenchcoat yang kami pakai

2 comments:

  1. Assalamualaikum sis. Kiranya trench coat sahaja dah cukup ya untuk cover sejuk tu? Tak perlu bawa winter coat?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam.. Sis kena pakai long john untuk layer pertama, baru pakai trench coat di luarnya. InshaAllah, boleh tahan sejuk =)

    ReplyDelete