Thursday, August 18, 2016

Pengalaman Melancong ke Perth 2016 - Day 1

Heyya readers,

I will share our journey to the beautiful Perth in this entry. Just want to remind you. This is an extra long entry.hihi..


Ammar try pakai jumpsuit yang opah belikan sehari sebelum ke Perth


So Day 1 begins,

We booked the flight tickets dated 11/8/2016. Masa berlepas, 9.40 pagi daripada KLIA2. Since my house is not that far from there, my family came to my house one day earlier than our departure date. Kitorang ke airport naik kereta abah je. Oh ye, 7 orang semuanya yang join trip ni. Mak, abah, angah, debab, saya, suami dan anak. Muat ke satu kereta? Muat je. sebab abah bawak Toyota Unser =)

Mula-mula, saya survey jugak rate kalau naik teksi ke KLIA2. Saya ada call a few taxi drivers dan dorang memang tak bagi kalau kita sumbat 7 orang satu teksi. Walaupun kita book MPV pun. So, daripada kena bayar harga kereta sedan (RM70) + MPV (RM100) sehala, better bawak kereta sendiri je.Harga park kereta di KLIA2 sehari ialah RM46 sehari ye.

  
Barang kitorang 3 beranak
At first, my husband refused to bring the stroller. Since he did booked the stroller with the car rental company. Somehow, I manage to coax him to bring our own stroller. Sebab dah terbiasa guna stroller sendiri kan. Nanti saya cerita kenapa pentingnya bawak stroller sendiri bila kita travel dengan anak kecik.


Ahli2 rombongan.hehe..

Ammar seronok dok main travel bag motor dia yang mak ngahnya belikan 
Pagi tu, kami bertolak pukul 7 daripada Semenyih. Sesampai je kat Airport, terus check in luggage. Dah lepas semua immigration check, barula sempat mandikan Ammar.Disebabkan awal sangat bertolak, angkut je ammar masuk kereta. Bucuk2 anak ummi gi airport.hihi..

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, tepat pukul 9.40 pagi, berlepasla kami ke Perth.. Cuak jugak saya.Sebab ni first time Ammar naik kapal terbang, Asyikla dok try nak nyusukan ammar masa mula-mula kapal terbang nak take off. Lega sangat, ammar ok je. Takdela nangis-nangis sebab tekanan kuat dalam telinga ke apa.

Dah sampai airport Perth!


My little Captain Ammar and abi
Sesampai je airport Perth terus tersenyum sampai ke telinga. I can't believe, I'm already here.

Nak habaq mai, kawalan immigration kat Australia memang ketat. Kita kenala declare awal-awal barang atau makanan apa yang kita bawak. Just be honest okay. Macam kitorang haritu, beg kena bukak sebab dorang detect ada bawak kuih koci.Kuih koci?Ye, KUIH KOCI.

Siap pegawai imegresen dia suruh bukak dan buang kulit pisang tu, Kuih, tu lepas.Yela, maybe dorang takut kita selit barang-barang yang mencurigakan dalam kulit pisang tu kan..Hahaha..Lawak je bila pikir-pikir balik.

Tapi one thing that I noticed there, majority of the people are friendly and love to smile. Even pegawai imegresen dia pun suka senyum. Takdela garang ketat je muka.hihi..Siap ada sorang pegawai dia cakap Bahasa Melayu lagi dengan kitorang.

Pegawai omputeh tu : " Ada bawa bawang? ikan? daging?"

Peh, impressed beb. Tapi kat situ dah tunjukkan betapa ramai orang kita yang melancong ke sana. Takpun, dia memang kawin dengan orang Malaysia.kihkih..

List barang makanan yang kitorang bawak:
1. Paket Rendang ayam & sambal ikan bilis Brahim
2. Serunding daging ( Ni patutnya tak lepas ni. Tapi sebab kitorang dah declare kot..Lepas pulak)
3. Maggi cup kari
4.Kiub tomyam, kiub ayam
5. Paket perencah nasi goreng



First thing yang kitorang buat kat airport Perth, mestila pergi beli nombor dulu. Terus je hubby dengan adik saya ke Opus ( kedai rangkaian telefon kat sana)



Fewwit mak =)
Lama jugak menunggu adik saya settle beli nombor. Oh ye. Kitorang book kereta sewa dengan Burstwood Car Rental. Sesampai je kat Perth, terus husband saya dapat text message yang mengatakan kereta sewa dah sedia untuk diguna. Sistem kat sana, kereta sewa dorang akan tinggalkan kat parking lot luar airport. Tak berkunci tau. Ada lock box dalam kereta tu dan suami saya kena buka lock box tu guna password yang company Burswood tu dah mesej tadi.


Suami saya book Toyota Tarago kat sana. Kat sini, kita panggil Estima. hehe.. Muatla kitorang bertujuh.Rules kat sana memang ketat sikit. Sewa kereta, kalau ada baby, wajib sewa car seat sekali tau. Dan wajibla guna  car seat tu.


Kitorang solat dulu sebelum tuju je kereta sewa. Ada prayer room kat airport Perth. Tapi, campur lelaki perempuan ye.

Keluar-keluar je airport, ZUPP..terasa sejuk giler angin dia. Hujan pun tiba-tiba turun..wuwuwu.. Kitorang terus set waze untuk ke Coles. Plan nya, nak mencari beras, minyak masak, telur dan banyak lagi la barang untuk masak.

Selama ni, saya dok tengok ' My Kitchen Rules' depa dok beli barang kat Coles. Sekali dapat jejak kaki kat sana.Seriously, memang bestla market dia. Fresh sangat berries2 dia. Rasa macam nak baking terus.Terbayang buat kek hias dengan strawberi segar.Wuu..Sayur, seafood dia segar bangat.

Dah sampai dah apartment yang kitorang stay tu..Nama nya:

Quest on James Apartment.

Recommended.



Apartment yang kitorang stay ni serious best weh..
3 bilik, 2 bilik air,
Fully furnished
Free wifi
Free parking

Yeay daa sampai apartment!!







Sampai-sampai je terus bersilat kat dapur masak tomyam seafood, sup ikan salmon dan telur dadar. Makan tengah lapar-lapar tu, sekejap je licin pinggan.

Puas hati tau. Dengan AUD50 kitorang dapat beli
seafood (AUD30)
soup starter pack ( yang ni ada bawang, kentang, carrot)
beras ( 2 paket kecik)
strawberry ( AUD5)
Fresh milk ( 1 botol besar)
telur ( sepapan yang 8 biji tu)
Sayur seikat
Pisang



Fresh seafood

start dah keje dia...hehehe..
Menikmati makan malam
Malam tu, tido di Perth dengan nyenyaknya..ZzZ..

Next entry will be Day 2 in Perth *winking*

Nyum2..

1 comment:

  1. Maggi cup tu kena declare jugak ke? Brahim semua?

    ReplyDelete