Sunday, August 21, 2016

Pengalaman melancong ke Perth- Day 3

Selamat pagi semua..

Hari ni, nak share hari ke-3 kami di Perth pulak. Pagi tu, kami breakfast nasi lemak siap-siap daripada apartment. Kami keluar lewat setengah jam daripada semalam. Pukul 9 pagi keluarnya. Itinerary harini, kami ke Mandurah yang mengambil masa dalam sejam lebih daripada apartment kitorang.

Sesampai je kat Mandurah tu, terus wow..Mata terpegun dengan kecantikan tempat tu. Dengan pokok-pokok berbunga merah kecil penuh menghiasi tempat bot-bot tu.



See, told ya! Cantikkan kan.

Masa kitorang sampai tu, macam tak ramai sangat orang. Dah tempat cantik kan. Sibuk la jalan sekejap berenti. Jalan sekejap, berenti ambik gambar.hihi..



Lepas tu, saya pun singgahla salah satu kedai kat situ nak tanya kat mana nak beli tiket nak naik ferry. Jumpa pun! Tapi ferry tu, baru je berlepas. Sama timing dengan kitorang sampai.. Tengok je la ferry tu berlalu..wuwuwu.. Tula, ralik sangat bergambar. Sampai terlepas ferry.


Lepas tu, kitorang ada ternampak signboard yang ada tulis contact number ferry tu. Tanpa berlengah lagi, ewah, bahasa buku sangat ni.hehe.. Saya terus call number yang tertera.

Rupa-rupanya, even kitorang sampai awal pun tadi, memang takkan dapat jugak naik feri tu. Sebabnya, dah fully booked sampai ke petang. Moral of the story, kalau nak senang, korang book siap-siap online. Takdela risau tiket habis ke apa kan. Then, mesti lagi murah daripada bayar on the spot.



Saya pun volunteer kat fanily nak tanya lagi pekedai kat area situ. Maukla satu kedai lingerie ni tanya. One of the staffs there, was really friendly. Dia cakap, ada satu lagi tempat untuk naik feri. Kat situ, feri datang setiap sejam sekali. Tapi kata dia, jauh sikit kalau nak jalan kaki. Better naik kereta gi sana.

Dah lama sangat saya ambik masa tanya-tanya dengan matsalleh tu, rupanya encik husband pun dok tanya-tanya kat salah sorang pelancong kat Singapore yang ada kat sana masa tu.





Sempat lagi singgah bergambar sementara nak menuju ke tempat naik bot tu. Padahal, encik suami dah menunggu kat sana.hehe..



Masa pergi Mandurah haritu, matsalleh semua senyum-senyum tengok ammar. Tengok jumpsuit dia yang comel sangat tu kot.hihihi..

Singgah minum air coklat panas
 Finally, dapat jugak naik bot! Terima kasih untuk abang kusayang bersusah payah ke sana sini untuk beli tiket bot.


Bergambar sebelum naik bot =)

Ammar teruja naik bot
Mandurah cruises ni, memang wajib pergi kalau datang Mandurah ni. Kalau bernasib baik, kita akan dapat tengok dolphin melompat-lompat. Tapi time kami pergi, tak bernasib baik. Tak nampak pulak dolphin sekor pun.

Takpela, kami nampak mende yang lagi best. Rumah-rumah besauu.. Saya macam terpegun sangat rtengok rumah sekitar Mandurah tu.





Tengok tu..Dasyat kan rumah-rumah ni
Tak tejangkau dek akal kekayaan empunya rumah-rumah ni. Satu rumah menelan belanja kira-kira 50 juta AUD. Peh.. Siap ada private boat lagi setiap rumah. Kaya tak kaya nya..


Banyak sangat gambar-gambar best kat Mandurah ni. Rasa macam nak upload semua.hihi..


Next destination is..

Fremantle!

Fremantle ni macam bandar lama kat Perth. Seni binanya memang unik. Tempat first yang kami tuju bila sampai Fremantle ialah E-Shed Market!

Ni tempat femes amos dikalangan warga Malaysia membeli belah souvenir.



Kalau korang pi sini, jangan lupa singgah Megabes. Kedai ownernya orang Singapore. Souvenir dia memang murah-murah. Dapatla beli fridge magnet yang ada sepeket tu, dalamAUD2.95. Jatuh, dalam RM9 duit kita. Okla kan =)

Lepas shopping, kitorang solat kat luar E-Shed tu.

=)
Omputih memang akan pandang pelik-pelik kat kita. Tu sebab kan, secantik-cantik tempat orang, kita akan rasa selesa kat tempat sendiri. Kat tempat kita, masjid banyak. Takdela kena solat kat tempat terbuka sebab takde masjid.Tapi seronok juga, tu semua pengalaman kan.

Masa nak solat ni, husband, adik dengan abang saya je nak solat jemaah. Datang lagi 3 pemuda nak join sekali. Orang Malaysia juga. Manisnya ukhuwah kan. Dorang siap ajak kitorang pergi Kailis sekali lepas tu. Tapi kitorang terpaksa menolak.Sebab kan naik kereta.Dorang travel naik public transport.

Ada budak meronta nak berjalan.hihi




Kalau ke Fremantle, takkan lengkap kalau tak singgah ke Kailis ni. Fish and chips dia memang cenggini ha..Sedap! Ikan dia segar dan manis. Tapi portion dia banyak sangat.




Memang ramai sangat kat Kailis ni. Local aussie makan kat dalam kedai. Tiba ke pelancong, semua lepak luar kedai. Makan kat luar kedai, kena berjaga-jaga. Takut makanan kena sambar dek burung.kihkih..


Terpancar riak happy abah =)

Ammar pun enjoy makan kentang.hehe

Nyum nyum

Sedap sangat
Memang berbaloi la harga yang kita bayar dengan makanan yang dorang offer ni. Cuma satu nasihat saya. Bawakla paket-paket cili sos tu kalau nak lagi sedap makan. Mungkin tekak melayu macam saya ni, nak jugak makanan tu pedas-pedas.hehe..

Ada pelancong Indonesian sebelah meja kami haritu, siap bawak botol sos lagi.ihiks!



No comments:

Post a Comment