Thursday, March 29, 2012

Senyum

As I was browsing my FB, I found an interesting article
I'd like to share it with you.=)

Rahsia Di Sebalik Senyuman






Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang senyuman:



1-Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.



2-Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.



3-Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.



4-Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.



5-Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.



6-Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.



7-Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.



8-Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .



9-Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).



10-Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.



11-Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.



12-Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.



13-Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.



14-Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

Jadi, jom senyum!! Senyumlah, senyumlah..ahai cik mek molek..hehehe..

Disebalik redup mata itu


Disebalik redup mata itu,
tiada siapa tahu,
Hatinya sarat dengan seribu kisah,
terkandung bermacam gundah.
Senyuman yang terukir di bibir tidak pernah lekang,
tanda dia cuba mengundang,
Kebahagiaan dalam kepayahan,
kegembiraan dalam tangisan.

Namun mata itu tidak akan pernah serik,
Memancarkan sinar disebalik panas terik.
Kerana dia tahu,
hanya dia yang mampu,
mengubah hari-harinya,
menukar hala tuju destininya.

Dia yakin hari-harinya bakal berubah,
kepada hari yang lebih  indah.
Dia yakin dengan janji Allah
Setiap yang gagah dan tabah,
Pasti beroleh Jannah..
Amin..

Karya asal :;Atikah Zainol::

Wednesday, March 21, 2012

When I have a free time...

Assalamualaikum semua penduduk muka bumi sekalian...ehehehe..
Tajuk entri macam tajuk karangan budak darjah tiga kan. Lantaklah.=p
Yes, when I have a free time...
I write. ^_^
It doesn't necessarily in this blog I let out my feelings and share and my thoughts.
It can be everywhere (Tapi takdela sampai tulis  kat dinding bus stand. Bukan , bukan. Tu bukan kerja cik Tikah) Be it on a fancy book (that my bestie>> cik Wan Iliana gave me) or it can be on a piece of shred paper. As long as I can write.


What a nice day. Lab cancel sebab takde air. So here I am. At my Uni Computer Lab, wasting my time. Muahaha.. Actually, I want to finish my assignment. But then, I forgot to bring my pendrive. Pandai kan.. Sigh..
Takpe.. Boleh baca newspaper online. bukak facebook, conteng kat blog...tehehe..

Okeh, perut dah berbunyi. Menandakan tuan punya blog kena berhenti menulis. See you in the next entry InsyaAllah..=)

Saturday, March 17, 2012

The healing power

Have you heard that home is where the heart belongs? For me, home has its own healing power.
You know, after all the restless and chaotic day, you might wanna share it with your family. Perhaps with your mum or your sister. It doesn't matter. As long as you've got the chance to meet and chat with them. It lessen your burdens and problems.

I'm a family-oriented kind of person.Tak boleh nak berjauhan dengan keluarga lama sangat.>>Ceh, manje benorr..hehehe.. Well, it's the truth. So, it explains why am I always balik rumah time weekend.kihkih.. =p


Thursday, March 15, 2012

Am I that strong?

It hurts when you have to pretend that everything is okay
It hurts when you have to hold your tears
It hurts when you have to smile when
all you want to do is cry..

But deep inside you,
you know that you are one
strong person..
Maybe tougher than anyone else
Because you are tested by Him
You know that He tested those He loves



Just remember,
" with hardship, there is relief"
                                              :: ash-Sharh::
                                                  94:5-6

Tuesday, March 13, 2012

A place without boundaries

May peace be upon you..
Yeay! I just got myself another book written by Zabrina A.Bakar!!
Can't wait to start read it! (Though  I still have several books waiting to be read ) My mind started to imagining things.As if the books are waving their hands (hands??) frantically in the air, Tikah pick me first! Read me!! Hahaha..
I know, I've a very pack timetable. But that doesn't mean I can't escape for a little while and sooth myself by reading a book.
Yes. A book is a place without boundaries. It can take you everywhere.

P/S : to Zaty, selamat membaca!hehe..

Saturday, March 10, 2012

Bila Bilah Berdansa

Ececeh..tajuk entry nak dramatik kan..hahaha..
Tade pape..Just nak share, I'm so happy that I can come and watch my dear sista, Nabilah, performing a dance in conjunction of Girls Guides Association Day atau pun, senang citer, Hari Pandu Puteri Sedunia.hehe..

Tak mo citer panjang, biarlah lensa berbicara..Wawawawah..hikhik..=p

Adik is in red.=)
So proud of her ^_^
Adik and her team
Mak & Adik.Abah tengok dari luar dewan je.hehe..

Thursday, March 1, 2012

Lebih baik hujan batu

Sebelum kata menutur bicara, eloklah kiranya saya mendefinisikan tajuk saya di atas.Okay, stop it tikah. Zaman ko berpidato dah lama lepas okeh..*tunjal dahi sendiri*

Straight pada tajuk entry. Actually aku nak tulis perihal entry ni right after entry aku yang ni : family vacation. Tapi entah macam mana entah, tak tertulis pulak.hee.. Aku cuma nak luahkan betapa aku bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia yang indah permai ni.~Ciwwah..~

Pengalaman aku di negara orang (eceh, macam travel jauh sangat je kann..) banyak mengajar aku. Aku berjalan sambil analyze perbezaan negara kita dengan tempat yang aku pergi tu.Sungguhla, sesampai je di airport Malaysia, aku terus tarik nafas lega.. Alhamdulillah..Korang rasa-rasa sebab apa? Ha..ni aku ada listkan sebab musababnya..

  1. Tempat solat memang banyak.(Senang kat Malaysia ni, pergi mana-mana mall pun, memang ada sedia surau.)
  2. Aku jumpa fast food restaurants yang diyakini halal. (Takdela meleleh je air liur masa bercuti tu..Yela, sebab tempat yang aku p tu, memang kirim salam la nak makan mekdonel kan..)


Korang boleh imagine tak, sebesar-besar taman tema dia, tak disediakan ruang solat pun. MasyaAllah.. So, apa maknanya kat sini? Muslims are abandoned. Totally.Alhamdulillah, kat sini aku tengok, mana-mana premis perniagaan pun ada sediakan surau.Okay, nak cakap totally abandoned tu maybe agak keterlaluan. Memandangkan, masih ada lagi masjid-masjid berdiri megah kat sana. Tapi, the question is. How good is good the muslims there are treated? Think about it. Kat hotel, jangankan nak provide sejadah.Tanda arah kiblat pun takde..Sobsob (tips travel lain kali: bawak kompas)

Then, talk about the halal food, it's like you're going to the European country. Sangat-sangat susah nak jumpa. Unless kalo korang pergi area2 yang banyak Malay or Indian Muslim (mamak). Kat food court salah satu shopping mall yang aku p tu, adala dua je restoran yang jual halal food. Owh, disaster..

I've found this junk food at one of the market there. Funny kan nama dia.Kura-kura??haha


But, of course there must be some good sides of the country as compared to us la kan.. To be frankly, aku sangat suka:
  1. The transportation system there. Senang. Pakai satu kad je korang boleh jalan-jalan naik MRT or even naik bas.
  2. The 'fine' city. Pada aku, system yang ni patut diamalkan kat sini. So that Malaysians cannot simply throw away the rubbish sesuka hati, merokok merata-rata. Gila, nak kena saman?*peace-no-war*

Mak aih, banyak pulak dah coretan kau kali ni. Sebelum patik berundur, nah ambik satu perumpamaan:
'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri'

Yep, proud and blessed to be Malaysian. Malaysia, tanah tumpahnya darahku..=)