Thursday, March 29, 2012

Disebalik redup mata itu


Disebalik redup mata itu,
tiada siapa tahu,
Hatinya sarat dengan seribu kisah,
terkandung bermacam gundah.
Senyuman yang terukir di bibir tidak pernah lekang,
tanda dia cuba mengundang,
Kebahagiaan dalam kepayahan,
kegembiraan dalam tangisan.

Namun mata itu tidak akan pernah serik,
Memancarkan sinar disebalik panas terik.
Kerana dia tahu,
hanya dia yang mampu,
mengubah hari-harinya,
menukar hala tuju destininya.

Dia yakin hari-harinya bakal berubah,
kepada hari yang lebih  indah.
Dia yakin dengan janji Allah
Setiap yang gagah dan tabah,
Pasti beroleh Jannah..
Amin..

Karya asal :;Atikah Zainol::

No comments:

Post a Comment