Friday, August 12, 2011

Love, Nora


Tadi, sewaktu alat yang dinamakan 'remote control' berada kat tangan, tak semena-mena tertekan channel astro yang tayangkan cerita ' Love, Nora'.hehehe.. Disebabkan aku rasa latar cerita ni menarik, (ditambah pulak pelakon lelaki dia yang hensem) aku pun terusla melekat depan satu kotak yang kita panggil TV.lalala..=P

Tengok punya tengok, sampai habis cerita ni aku ikut. Movie ni mengisahkan Nora (Yasmin Hani) ngan membernya Shila g bercuti ke Italy. Girls-vacation sebelum si Shila (Yana Shamsudin ) ni menamatkan zaman bujangnya..Sesampai di Italy, dorang terjumpa la sorang mamat Italy, Raoul (Will Quah).Yes, I like him! Ala..yang pengacara 'The Breakfast Show' kat ntv7 tu..Dia jugak DJ Red.fm.Ceh, tawu jer kan ko Tikah..haha..



Nak dijadikan cerita, Raoul ni sangat friendly la orangnya..baik hati, sweet..yadda yadda..Aih, mestila, dah dua awek cun tetiba tersesat. Maunya tak nak tolong kan..ahaks! Maka, jatuh chenta la Nora dan Raoul di bumi Italy.* daydreaming~ni yang nak g melancong ni..kot2 terjumpa mamat romeo macam Raoul ni* Tetiba sekeh pale sendiri.Dush2x.Tu cerita je cik tikah oi..

Dipendekkan cerita, maka berkahwin la Nora dan cinta hatinya, Raoul..Mau tak kawin? Sampai KL dicari nya si Nora tu. Nampak la kan kesungguhan dia..Tapi sayang, umur Nora ni tak panjang. Dia ada barah. Jadi, sebelum dia 'pergi' sempatla dia siapkan, email2, dan surat untuk suaminya, Raoul.. Bawah setiap email dia je, mesti dia tulis: Love, Nora.Kiranya, bila dia dah takde nanti, boleh jugak bagi semangat, nasihat pada suami dia yang tersayang tu.Ha..jap2..Perasan tak cerita ni ada kena mengena ngan satu English Movie ni.Yup, that's right! 'P/S I Love You'



Walaupun aku dah tengok versi cerita omputihnya, but still this movie never fails to make me cry.Sobs2.. Pada aku, even the ending is quite predictable. Raoul akhirnya dengan Shila (her ex-wife bestie.Shila pun kebetulan putus tunang), tapi jalan cerita menarik, latar cantik, background songs best, sinematografi pun nice dan pelakon2 dia, memang harus diberi pujian. Kudos to Love, Nora! =)

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa
~Memori tercipta, Shiela OIAM~

Aiseh terover cheesy pulak entry aku kali ni..LOL. Kalo klua TV cerita ni, korang harusla tengok.Penat je taw karang review panjang2 kalo korang tak tengok.Hahaha..Oklah, that's all folks! May peace be upon you.

No comments:

Post a Comment