Well, I'm going to balik kampung soon enough..
You know, Ramadhan will leave us..But then, we're going to meet Syawal, insyaAllah tomorrow..
Do pray my family and I will have a safe journey.*humming balik kampong song=by Sudirman*
Salam..
Diam tak diam, dah tinggal 5 hari je lagi umat Islam berpuasa. Memanglah masa tu bergerak cukup pantas. Cerita bab2 puasa ni.Adala 2 kejadian yang aku nak kongsikan.
Kejadian pertama:
Berlaku dalam kereta masa aku satu keluarga baru balik shopping raya kat jusco Wangsa Maju. On the way balik, abah berenti shell isi minyak.Angah pun turun ngan adik.Plan baik punya, suruh adik belikan air kotak ribena.haha..Lepas tu, kitorang berenti kat R&R Genting Sempah tuk solat Asar ngan tunggu waktu berbuka.Eceh..bajet mat salih la kan bukak pose kat McD. LoL. Masa abah kemas2 kereta sebelum masuk McD, Abah jumpa air kotak kosong.Abah siap tanya," Bila masa ayaq kotak tu ada kat dalam kereta?? Hangpa ni..belengaih la kereta.."Angah pulak buat muka kerang busuk dia sengih2..Ha..KANTOI.. TAK PUASA..hahaha..
Kejadian kedua:
Hmm..bajet puasa penuh tahun ni.*sekeh pale sendiri 2 kali* toksah nak merapu la tikah oi..mana la nak boleh cukup pose..ko bukan budak darjah 4 da.. ok, ok..back to the story.Sementelahan aku diberikan keistimewaan untuk tidak berpuasa, aku pun menjalankan satu misi yang aku rasakan sangat sangat sulit.Iaitu merasa semua serba sikit kuih raya .Ditekankan SIKIT je ok..Aku pun sambil kepit kuih raya 2-3 balang, dengan senyuman yang sampai ke telinga pun bawakla kuih2 raya tadi depan TV. Akibat daripada kealpaanku, balang2 kuih raya aku biarkan terdampar depan TV. Tak lama lepas tu, abah balik..abah pun tanya" Pasai pa kuih2 raya ni ada tang ni?" Aku dengan sengih kambingku mengeluarkan satu jawapan yang memang tak rasional."Err.. Tikah saja ja bah kluaqkan kuih2 tu..Nak tengok design kuih mana hat paling lawa.." * rasa nak tujal pale sendiri pun ada time tu* KANTOI..TAK PUASA...Hahaha..
*Moral of the story*
Cover2 lah sikit kalau korang tak puasa..Kalau kantoi, kan dah malu sendiri..=pLagi satu, janganla terang2 makan depan orang yang berpuasa.Yela, walaupun korang time tu tengah 'uzur' kan.Tak baik..Kena la hormat pada orang yang berpuasa.Tak gitu?
(Reminder: message ni hanya untuk orang yang betul2 dibolehkan tak berpuasa la..) Pada yang saje tak puasa, padahal langsung takde sebab yang membolehkan tak berpuasa. Sambil cekak pinggang, ramai2 goyangkan jari telunjuk pada orang2 macam ni cakap "Shame on you" Haila..budak darjah 3 pun bole puasa penuh kan..
oklah, ni je entry kali ni.. Raya, raya jugak..tapi jangan diabaikan baki hari2 terakhir Ramadhan yang tinggal ni ok.Adios..=)