Sunday, April 24, 2022

Cincin idaman

Subuh lepas bersahur baru-baru ni, tiba-tiba encik suami datang.Dia kata,abang ingat nak hadiahkan sayang sebentuk cincin. Sempena sayang bersusah payah bangun awal masak dan prepare untuk sahur.Ya Allah,gembiranya rasa hati.

Memang asyik dok scroll instagram gambar-gambar cincin semenjak mengandungkan Aina lagi. Tak sangka pulak en husband tiba-tiba nak bagi hadiah. Bak kata pepatah, 'Pucuk dicita, ulam mendatang' gitu.

Makanya, pergila ke Merchant9 hari Sabtu baru ni lepas buat passport.MasyaAllah, ramainya orang.Sampai pukul 11.30, angka giliran dah 41. Masa tu baru giliran ke 19. Sobs.

Tapi,demi nak membeli cincin yang dihajatkan,tunggula juga. Sementara menunggu, hero-hero sempatlake toilet. Aina sekali menyusu, sekali poo poo.Ummi dan Abang Ngah beratur depan kedai, Along, Aina dan abi menunggu dalam kereta,



Ni la cincin yang aku beli. Bolehla pakai raya nanti.Terima kasih encik suami. Moga Allah murahkan rezekimu.

Passport 2022

 Weehuu!!

Setelah sekian lama tak renew passport, sebab pkp 2 tahun, tak boleh nak rentas border, akhirnya kami ke UTC Keramat untuk renew passport.

InshaAllah, plannya nak ke bumi kangaru sekali lagi Jun nanti.

Kami sampai di UTC dalam pukul 8.30 pagi. Barisan dah panjang.

Rate renew passport

Dewasa: RM200 untuk 5 tahun

Kanak-kanak: RM100 untuk 5 tahun





Sunday, February 6, 2022

Hari ke 7 Aina Medina

 Alhamdulillah, rezeki Aina,hari ke 7 ni dapat minta Ustaz Dusuki Abdul Rani tahnikkan Aina.Cukur rambut pun selesai hari ke 7. Dan tali pusat Aina pun jatuh masa hari ke 7 ni. MasyaAllah, tabarakallah!


Kebetulan hari ke-7 Aina jatuh masa Tahun Baru Cina.Ummi pun pilih pakai baju warna merah.hehe..







The Labour Story of Baby AM

 Salam..

Here I am. Updating my blog. This is the labour story of Aina Medina.

22 Januari 2022

Ummi ke Pusrawi untuk weekly check up.Abi hantar ke Pusrawi. Lepas tu Abi balik dengan anak-anak soleh.

Masa ni check up ke 37 minggu. Doktor pun tanya, awak nak check bukaan tak? Ummi pun terkejut. dalam takut-takut ummi setuju. Sebab dah alang-alang kan.Baik check terus. Rupanya dah buka 1 cm. Doktor tanya lagi." Awak nak admit hari ni tak?" Lagi sekali ummi terkejut. Ummi kata" Kalau saya admit Selasa boleh tak doktor?" Sebab Selasa depan tu kandungan ummi dah masuk minggu yang ke-38. Doktor kata boleh. Jadinya, MC la ummi hari Isnin tu.

23 Januari 2022

Santai-santai di rumah dengan abangah. Ummi sempat kemas-kemas rumah. Exercise turun naik tangga. Ummi nak cepatkan bukaan.

24 Januari 2022

Atok,opah dan Papa sampai rumah ummi.  Tengah malam tu, ummi dah start rasa sakit pinggang yang teramat sangat. Macam berbelah bahagi. Rasa nak cuba tidur, kot hilang rasa sakit  pinggang tu. Tapi abi ajak terus ke hospital. Sebab taut dah sampai masa nak bersalin.Pergila ummi dan abi pukul 12.30 tengah malam ke hospital.

25 Januari 2022

Sampai di bahagian emergency, terus ummi nurse tolak guna wheelchair. Disebabkan contraction selang 10 minit, doktor in charge suruh admit je.Buatla ummi dan abi swab test. RM220 seorang. Fengsann..

Malam tu nurse pasangkan ctg di perut ummi. Memang ada contraction selang 5 minit. Tidurla ummi dan abi di labour room. Esoknya, Dr Asmah datang check dalam pukul 9.30 pagi, contraction ummi dah stop. Bukaan pun baru 2cm. Doktor tanya. Nak kita masukkan ubat tak untuk bantu cepatkan bukaan. 

Ummi dah rasa seriau. Induce ke ni?Ummi pun kata pada doktor. Ummi nak cuba natural birth. Nak jalan-jalan pusing ward bagi cepatkan bukaan.Doktor kata " Awak pasti ke?" Sebab kadang-kadang makan masa 3-4 hari baru ada bukaan. Ummi pun telan air liur. Ummi tetap nak proceed jalan-jalan dulu.

Pukul 5.30 petang,doktor round wad lagi, doktor tanya. Betul ke tak nak masuk ubat ikut bawah?Ummi pun menyerah. Bolehla start augmentation. Bila dah masuk ubat ikut bawah, ummi takut sakit. Sebab orang kata induce tu sakit sangat. Ummi terus request untuk epidural.

Pukul 6 petang, doktor pakar bius, Dr Zul datang cucuk epidural. Ngeri juga. Ummi kena peluk bantal dan dia cucuk bahagian pinggang. Sakit. Tapi tak boleh lawan sakit contraction.

Malam tu, bermulalah episod ummi melayan contraction. Mesin ctg di pasang di perut ummi.Nurse datang check setiap setengah jam. Ummi tak rasa langsung tiap kali contraction tinggi. Sebab ubat epidural dah bertindakbalas.

26 Januari 2022

Keesokan harinya, subuh tu nurse check bukaan dan 7cm. Masa tu, kesan ubat epidural dah beransur hilang. Ummi dah mula boleh gerakkan kaki. Tak kebas langsung dah. Ummi request untuk tambah dos epidural. Sebab ummi dapat rasakan anytime soon ummi akan bersalin.

Pukul 10.20 pagi, ummi dah mula rasa contraction yang amat kuat. Nurse minta izin nurse pelatih berada di labour room masa ummi nak bersalin. Ummi cuma benarkan seorang sahaja. Sebab masa Along dulu ummi rasa macam bahan ujikaji pulak ramai-ramai dok keliling katil ummi.

Ummi ingat lagi, ada seorang nurse namanya Kamariah, memang banyak membantu. Dia banyak ajar macam mana nak push dan dia macam mak-mak sangat. Dia bahasakan diri dia opah dengan Aina.

Setelah 3-4kali push, pukul 10.46 pagi, keluarlah Aina Medina ummi. Alhamdulillah, syukur! Mengalir air mata ummi saat doktor letak Aina atas dada ummi. Lahirlah puteri ummi yang dinanti-nanti.

Ummi terharu sangat. Abi banyak sangat beri semangat dan bantu ummi. I love you husband!


Meet Aina Medina




Alhamdulillah, Allah atur cantik masa tu. Masa ummi lahirkan Aina, ada atok dan opah jagakan Along dan Abangah di rumah. Terima kasih semua! Tak terbalas segala jasa dan kebaikan. Berpantang kali ni pun sangat enjoyable. Ni ummi cerita di next post ok.


Wednesday, December 22, 2021

Menjelang kelahiran puteriku.

 Alhamdulillah, alhamdulillah..

InshaAllah dalam beberapa minggu je lagi, Ammar dan Akif bakal dapat adik perempuan. Aku dan suami memang bersyukur sangat Allah makbulkan doa kami agar kelahiran yang ketiga ni dapatlah kami cahaya mata perempuan pula.

Pertama kali sacn gender semasa kandunganku mencecah 20 minggu di Metro Klinik. Doktor Indianya bagus sangat. Soft spoken dan lama dia scan.Berulang kali dia ucap tahniah sebab aku beritahu dia aku dah ada 2 hero.

Kali kedua scan di My Sonoworld di Ampang. Kali ni aku buat detail scan. Sekali lagi doktor memberitahu aku, aku bakal mendapat bayi perempuan. Alangkah gembiranya rasa hati. Terus bersemangat nak shopping baju baby girl.


Antara goodies yang aku dapat dari Metro Klinik

Bila beritahu anak-anak, Along kata " Alaa.. nak adik boy" Ummi senyum je la. Tapi ni dah lama-lama dia macam seronok pula nak dapat adik girl. Tengok cara dia geram dengan sepupu dia, Aisyah. InshaAllah, keluarga kita akan lebih meriah dengan pertambahan ahli baru nanti.

Shopping barang baby di Manjaku Bangi

Thank you dear

Sambung shopping di Tateh Bangi pula

Dah dekat 4 tahun tak shopping barang baby kan. Jadi memang terkejutla dengan total spending kami hari tu. Di Manjaku Bangi, habis dalam RM380. Di Tateh pula kami spend dalam RM320. Memang barang-barang baby mahal.mahal. Itupun, baju newborn banyak dah aku shopping online. Ada juga yang mak dan kawan-kawan hadiahkan.

Ni la semua barang yang kami beli tu

Cooler bag yang handsome suami belikan. Thank you sayang.

Hasil tangkapan online

Doakan kelahiran kali ni dipermudahkan ya. Bersalin normal, ada suami di sisi semasa di labour room, sekejap je dalam labour room, proses berpantang semua berjalan lancar.Aamiin..aamiin..

Tuesday, December 21, 2021

Sambutan ulangtahun perkahwinan yang ke-8 di Duck Cafe

 Tanggal 1 Disember 2021 baru-baru ni, genap usia perkahwinanku bersama suami yang ke-8 tahun. Pelbagai suka duka kami lalui bersama. Ada masanya pasang, ada masanya surut. 

Tahun ni, aku mengidam nak sambut anniversary kami di Duck Cafe. Lama dok survey cafe tu. Terima kasih encik suami turutkan permintaan kite ni.Tak kisah pun kite yang belanja makan kafe ni.Sebab dalam perkahwinan tu sendiri kan kena ada give and take.hehe..

Paling tak sangka, suami hadiahkan aku sejambak bunga. Ni sejambak bunga pertama yang si dia hadiahkan. Mau tak terharu dan menangis dibuatnya =')


Memang kagum betul dengan interior Duck Cafe ni. Padanan warna unggu dan putih memang menaikkan lagi aura cafe ni. Paling best, cafe ni sekelilingnya ada butik dan spa. Memang port lepak best untuk kaum hawa la kan.hihi..

Couldn't be happier! Happy wife, happy family. Agitcheww..

Bab price range makanan kat sini pula, tak mahal sangat dan dan tak murah sangat. Reasonable.

Kami order roti-roti je since dah makan kenyang-kenyang dari rumah.

Love you hubsy!

Total price: RM50++

Aku pun belikan hadiah anniversary untuk encik suami. Memandangkan kami dah target nak slim dan fit bersama tahun depan ( 2022), aku belikan smart watch pada suami. Kalau ada bajet lebih, teringin nak hadiahkan brand yang lebih ternama macam Huawei/ I-Watch. Tapi bajet tak cukup besar kan, aku belikan smart watch jenama Realme sahaja.


 

Moga perkahwinan yang kita bina sentiasa dalam rahmat Allah. Aku kata pada suami, hadiah utamanya awal tahun depan.InshaAllah zuriat ketiga kami.



Tuesday, March 9, 2021

Along Ammar dah Darjah 1!

 Diam tak diam, anak sulung aku dah berusia 7 tahun. Kejap je masa berlalu. Tahun ni, Along bermula dengan kelas PdPR di rumah. 1 Mac 2021 baru dia mula bersekolah.

Ammar ni dia dari bulan Januari haritu cakap tak sabar nak ke sekolah.Mungkin bosan dah duduk di rumah. Lama kan PKP.  Jadinya, dia dah rindu nak jumpa kawan-kawan, rindu nak bersekolah macam biasa.

Alhamdulillah abinya ambil cuti untuk uruskan along pada hari pertama persekolahan. Aku pula part menyediakan sarapan pagi. Setakat minggu kedua bersekolah ni, aku memang siapkan bekal tiap-tiap hari untuk Along.



Menteri Pendidikan yang memperkenalkan sistem baru, budak sekolah dibenarkan pakai kasut hitam ke sekolah memang pada aku memberikan sumbangan besar. Budak-budak biasalah kan. Kalau pakai kasut sekolah warna putih, memang macam belacan jadinya. 

Gambar ni diambil sehari sebelum sekolah. Sebabkan umminya tak dapat nak tengok hari pertama Along bersekolah ( aku bertolak ke sekolah pukul 6.40 pagi),makanya wajib try complete baju sekolah awal-awal.hehe..



Seronok ummi tengok anak ummi. Segak bergaya. Moga Along terus bersemangat untuk ke sekolah. Belajar rajin-rajin. Ummi doakan anak-anak ummi sihat walafiat, dihindarkan sebarang perkara yang tak elok.