Tuesday, March 9, 2021

Along Ammar dah Darjah 1!

 Diam tak diam, anak sulung aku dah berusia 7 tahun. Kejap je masa berlalu. Tahun ni, Along bermula dengan kelas PdPR di rumah. 1 Mac 2021 baru dia mula bersekolah.

Ammar ni dia dari bulan Januari haritu cakap tak sabar nak ke sekolah.Mungkin bosan dah duduk di rumah. Lama kan PKP.  Jadinya, dia dah rindu nak jumpa kawan-kawan, rindu nak bersekolah macam biasa.

Alhamdulillah abinya ambil cuti untuk uruskan along pada hari pertama persekolahan. Aku pula part menyediakan sarapan pagi. Setakat minggu kedua bersekolah ni, aku memang siapkan bekal tiap-tiap hari untuk Along.



Menteri Pendidikan yang memperkenalkan sistem baru, budak sekolah dibenarkan pakai kasut hitam ke sekolah memang pada aku memberikan sumbangan besar. Budak-budak biasalah kan. Kalau pakai kasut sekolah warna putih, memang macam belacan jadinya. 

Gambar ni diambil sehari sebelum sekolah. Sebabkan umminya tak dapat nak tengok hari pertama Along bersekolah ( aku bertolak ke sekolah pukul 6.40 pagi),makanya wajib try complete baju sekolah awal-awal.hehe..



Seronok ummi tengok anak ummi. Segak bergaya. Moga Along terus bersemangat untuk ke sekolah. Belajar rajin-rajin. Ummi doakan anak-anak ummi sihat walafiat, dihindarkan sebarang perkara yang tak elok. 

2 comments: