Thursday, December 10, 2020

Putera-puteraku


 

Duhai putera-puteraku,

Moga kalian sentiasa dipelihara oleh Allah,

Ummi doakan akhlak kalian seindah dan sebaik akhlak sahabat-sahabat Rasulullah,

Jadilah pemuda-pemuda harapan bangsa,

Bawa ummi dan abi ke syurgaNya.

Sekali lagi bergelar seorang pendidik

 Aku mula mengajar di Adni pada tahun 2013. Ketika tu, aku masih lagi bujang. Ingat lagi,Januari 2013 bila aku baru nak masuk rumah sewa yang disediakan untuk cikgu-cikgu di Taman Sri Ukay, encik suamila yang temankan beli barang-barang. Siap belanja lagi tau almari dan sebagainya.hehe..


Tahun 2014, selepas berkahwin aku tinggal di Semenyih, Selangor. Jadi aku sempat berulang 3 bulan dari bulan Januari ke Mac. Bulan 4, apabila usia kandunganku mencecah 3 bulan, kami bersepakat untuk aku berhenti kerja di Adni. Sebabnya? Perjalanan yang aku rasakan terlalu jauh apabila berulang dari Semenyih ke Ampang setiap hari,Aku pula dengan alahan mengandung di awal pregnancy, memang sangat tak larat nak berulang.


Selepas 6 tahun,pada Januari 2020 aku kembali mengajar di Adni. Kali ni dengan tugasan yang berbeza. Kalau sebelum ni aku mengajar subjek Pendidikan Seni Visual (Visual Arts), Pendidikan Jasmani dan Qiraati, tahun ni aku mengajar subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan PJ.





Baru 4 bulan mengajar di Adni,aku diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai koordinator kemanusiaan dan guru kelas 1Ruqayyah. Selepas 3 bulan menjadi koordinator, aku sekali lagi dikejutkan dengan tugasan baru.Aku diminta menjadi koordinator Bahasa Melayu dan setiausaha sekolah.Aku sebolehnya nak menolak jawatan ni. Pertamanya, aku terlalu 'baru' nak pegang jawatan sebesar itu. Keduanya, aku tak yakin yang aku boleh pegang jawatan ni.


Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang pendidikan, dan mengajar khususnya, aku sahut cabaran yang diberi. Padaku, mesti ada sebab kenapa Allah jentik hati orang-orang yang memilihku.Cuma aku sentiasa berdoa Allah beri aku kekuatan dan kesabaran dalam menjalankan tugasku.




Wednesday, December 9, 2020

Anniversary Perkahwinan yang ke-7 tahun.

 Tanggal 1 Disember 2020, genap 7 tahun usia perkahwinan aku dan suami.

Pelbagai onak duri telah kami harungi. Ada pahit, tapi yang pasti pelbagai peristiwa manis yang dikongsi bersama.

Aku sebenarnya dah dapat rasakan yang suami memang tak ingat tarikh anniversary kami kali ni. Hari anniversary tu, aku masih tertunggu-tunggu wish dari si dia. Tapi hampa.Usahkan hadiah, hari pun suami boleh lupa.Hahaha..

Makanya,menitisla juga air mata pagi 1/12/2020 baru ni. Cuma sekejap je la. Sebab encik suami terus ajak makan-makan kat luar.



Kami ke Mini Cameron, di Genting Highlands. Seronok pergi petik strawberi kat sini, sebab lengang sangat.






Selepas tu kami ke Sunway Velocity. Aku belanja Dip& Dip sempena anniversary kami. 


Alhamdulillah, sambutan secara sederhana tetapi seronok. Aku memang terus terang mengharapkan mungkin ada hadiah dari encik suami. Tetapi aku dah boleh menerima. Si dia bukanlah seorang yang pandai membuat kejutan dan romantik.Cuma aku harapkan dia terus menjadi suami yang penyayang, abi yang terbaik buat anak-anak kami.

Moga Allah sentiasa memberi kami kesabaran dalam melayari bahtera rumahtangga ini. Tak sangka. Pejam celik pejam celik, dah 7 tahun usia perkahwinan kami. Buat abang, I love you with all my heart. May Allah bless our marriage.

Thursday, May 7, 2020

Menu berbuka Ramadhan 2020

Jom kita tengok, antara menu yang saya masak sepanjang Ramadhan dan pkp ni.















Resepi Taufufa mudah gerenti jadi

Setakat 14 hari berpuasa ni, baru 2 kali membeli juadah berbuka di kedai makan. Selebihnya, saya masak dari menu utama hinggalah ke pencuci mulut.

Baru-baru ni, saya buat taufufa. Tapi guna resepi shortcut. Bukan guna kacang soya yang pure tau.

Jom, saya kongsikan resepi ni!




Bahan-bahan:

2 kotak air soya besar
2 helai daun pandan
Agar-agar tali 8gram
Air 2 cawan
Gula melaka 1 ketul
Gula pasir 2 sudu makan

Cara-caranya:

1. Rebus agar-agar tali hanya 8gram sahaja. Paket yang saya beli 20g. Jadi saya patahkan agar-agar
    tu pada 2 bahagian.Masukkan daun pandan yang disimpul.
2. Rebus dalam 2 cawan air sampai nampak tali-tali tu semua larut dalam air.
3. Masukkan 2 kotak besar air soya.
4. Kacau adunan sehingga air mendidih dan semua agar-agar telah larut.
5. Tapiskan air adunan tadi dan masukkan dalam bekas.
6. Tunggu sehingga 3 jam sebelum boleh di makan. ( Macam saya, lepas 3 jam, saya masukkan               taufufa tadi dalam peti ais.

Cara buat air gula
1. Masukkan 1 cawan air
2. Rebus bersama 5 sudu besar gula pasir. Ok, kalau nak guna gula melaka, separuh gula melaka tu,      masukkan dalam 2 sudu besar gula pasir.
3. Masukkan daun pandan yang dah disimpul.
4. Masak atas dapur sambil kacau-kacau air gula tadi supaya tak hangus.


Air gula yang dah siap, bolehla dimakan dengan taufufa yang dah membentuk tadi. Mudahkan.


Reward diri sendiri

Harini, 14 Ramadan 2020, buat pertama kalinya saya dan suami keluar berdua. Disebabkan pkp yang hampir 2 bulan, harini jugakla kami berkesempatan keluar dari Cheras.

      Pada mulanya, saya takut juga nak suarakan hasrat nak beli gelang emas. Yela,tengah dalam keadaan ekonomi yang tak berapa bagus ni,membeli barang kemas bukanlah satu prioriti. Tetapi,pada saya membeli emas juga adalah salah satu bentuk simpanan. Sebab harga emas, makin lama makin naik kan.

       Tapi, jangk aan saya ternyata meleset. Suami sikit pun tak membantah permintaan saya untuk membeli emas. Sebenarnya, saya membeli seutas gelang sebagai salah satu bentuk self-reward. Saya dah hampir 2 tahun tak bekerja. Menjadi surirumah sepenuh masa selepas berhenti dari bekerja di Nottingham University. Jadi, bila kembali bekerja sebagai seorang pendidik, sudah tentu saya gembira tak terkata.

      Gelang ni, tanda reward saya. Gaji saya apabila bekerja semula. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah lorongkan untuk bekerja semula.

Gelang coco
   Rate emas hari saya beli ni, RM233 segram ( 7/5/2020). Tujuan saya post entri ni bukanlah nak menunjuk-nunjuk. Blog ni saya rasakan lebih personal dan tak ramai yang tau saya ada blog tau. Jadi, cerita yang saya rasakan saya mahu simpan sebagai sebahagian memori dalam hidup saya, saya kongsikan di sini.

Terpancar sinar gembira tu kan,hehehe..

       Risau memang risau masa keluar tadi.Nak cuba-cuba satu gelang ke gelang lain pun risau tadi. Saya sentiasa bersihkan tangan dengan sanitizer yang saya bawa dari rumah. Kedai emas Merchan9 yang saya pergi pun memang ikut SOP yang kerajaan tetapkan.Saya dan suami kena tulis nama, nombor telefon dan nombor IC sebelum ke kaunter barang kemas.

       Terima kasih pada suami sebab jadi suami yang sporting dan terima kasih jugak Angah, jagakan 2 hero tu sementara ummi dorang beli gelang emas.hihi..


Alhamdulillah, saya bersyukur sangat sebab masih diberi kesempatan untuk jadi wanita bekerjaya semula. Moga Allah permudahkan urusan kita semua. Moga berjumpa penawar covid-19, moga ekonomi kita kembali menaik dan pulih. Moga semuanya baik-baik saja.





Thursday, April 30, 2020

Resepi Kek Pandan Gula Melaka Cik Tikah

Sebelum saya share resepinya, saya share gambar kek saya buat tu dulu.



Seronok sangat! Lepas 3 kali cubaan, kali ke 4 akhirnya antara kek kesukaan saya menjadi! 
Jom saya share resepi yang diberi oleh sahabat baik saya, Cikgu Farah. Tapi saya ada adjust sikit ikut selera saya.

Bahan-bahan untuk keknya:

1. 375g tepung naik sendiri
2. 1 tsp baking powder
3. 250g gula caster
4. 4 biji telur gred A
5. 100 g air santan
6. 250g butter
7. 140g air pandan + 1/2 tsp pandan paste

Cara-cara

1. Masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga sebati dan rata bersama butter dan esen vanilla. Pukul     sebati hingga kembang.
2. Masukkan adunan tepung berselang-seli dengan  adunan santan dan air pandan.
3. Pukul perlahan untuk sebatikan adunan.
4. Masukkan ke dalam loyang 10' atau 9'.Adunan tadi boleh dibahagikan ke 2 loyang. Kita nak
    bentukkan 2 lapisan.ips
5. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak dengan suhu 160 darjah. Yang ni ikut kepanasan oven     masing-masing ye.
6. Sejukkan dan boleh dihias dengan topping.

Swiss Meringue Buttercream

Cara-cara
1. Lap dulu whisk dan bowl dengan tisu dapur yang dibasahkan sedikit dengan cuka. Yang ni tips           yang sangat berguna yang dikongsi sahabat baik saya, Izatti Latif.
2. Masukkan putih telur 160g dan gula 160g ( Saya kurangkan jadi 100g sahaja)
3.Kacau dulu bancuhan tadi sampai sebati. Baru kita letakkan atas periuk untuk double boiler.
4.Kacau sampai gula larut. Api jangan besar sangat. Biar air suam je.
5.Putar guna mixer sampai meringue jadi pekat ( 8-10 minit jugak tau)
6.Masukkan butter sejuk 375g dan whisk dengan kelajuan paling laju.
7. Masukkan 1tsp esen vanila dan perlahankan mixer sampai meringue jadi licin dan halus.

Selamat mencuba!



Ramadan 2020

Alhamdulillah, harini dah masuk hari ke 7 umat Islam berpuasa. Tapi baru masuk hari pertama saya berpuasa. Paham-paham la sebab apa ye.hihi..

Saya berazam, Ramadan kali ni saya nak masak makanan untuk berbuka. Dari lauk-pauk sampaila ke pencuci mulut. Setakat seminggu ni, tak pernah beli lagi,hehe..

Ramadan kali ni memang berbeza. Sebab masih dalam tempoh pkp lagi. Jadi, bazar tak ada, teraweh pun di rumah. Dari satu segi, bila encik suami berteraweh di rumah, seronok juga. Sebabnya, kalau Ramadan yang lepas-lepas, bila dia  ke masjid, saya akan teraweh seorang kat rumah. Kami selalunya akan berteraweh di masjid bila hujung minggu je. Selalunya, kami ke Masjid Putrajaya. Tapi bila pkp ni, inshaAllah kami boleh berjemaah teraweh di rumah.


Popia dengan pencicah
Saya berniat nak sedekahkan makanan sepanjang bulan Ramadan ni. InshaAllah kalau larat dan ada kesempatan masa. Saya tertarik pahala yang Allah tawarkan kalau kita bagi orang yang berpuasa makanan tu.

Ok. Jom saya share makanan yang saya dah masak setakat ni.

Dadih coklat


Murtabak mini dengan pencicah bawang

Cupcakes coklat
Laksam
Kalau rajin, dan ada masa saya akan share resepi setiap masakan ni. Bila kita masak sendiri, kebersihan memang terjamin. Kita boleh juga tokok tambah resepi ikut anak tekak sendiri. Macam popia saya buat, memang penuh isi dengan ayam. Kalau orang jual, penuh taugeh je kat dalam kan,hihi..

Saya tak sabar nak kongsi resepi Kek Pandan Gula Melaka next entri.

Salam Ramadan semua!

Monday, March 30, 2020

Akif Officially 2 years old

Salam semua,

Saya baru je balik dari Ipoh, Khamis baru ni. 26/3/2020. Mulanya hati berbelah bagi. Satunya, bila duduk di Ipoh, ada masa nak beribadah lebih. Akif bila buat perangai, abah cepat-cepat dukung bawak ke buaian luar.Tak pun mak akan suap dua beradik tu makan macam-macam. Sayangnya atok dengan opah pada cucu-cucu ni ha =)

Tapi, walaupun rasa berat hati, tapi memang kena balik. Sedar tanggungjawab hakiki tetap pada suami kan. Lagipun, baru seminggu berjauhan dengan dia, dah rindu.Inikan pula nak berlama-lama.Cia cia cia..hehehe..



Kan best kalau rumah mak dengan saya sebelah taman je. Macam rumah saya dengan mak mertua sekarang. Takdela hati tu sebak,berat nak tinggalkan Ipoh. Beruntung sangat orang yang tinggal dekat dengan mak bapak dorang kan.

Plan asal, nak sambut birthday Akif besar-besaran. Siap nak buat housewarming, sekali dengan birthday celebration dan kenduri doa selamat nak sambut kedatangan Ramadhan.Kita merancang, tapi Allah yang menentukan. Tak sangka virus COVID-19 yang mula-mula kita dengar kat China dah merebak kat Malaysia. Sampai terpaksa buat Perintah Kawalan  Pergerakan (PKP). Jadinya, kami sambut berempat je la birthday Akif.

Kek gigih buat sendiri.hehehe..

Nasib tak tempah banner birthday bagai. Kalau tak, lagi kesian. Haha.. Harapan saya dan semua orang, moga cepatla jumpa penawarnya virus ni. Bila 'terkurung"  dalam rumah sendiri, tak boleh keluar hatta nak beriadah kat taman pun, buatkan kita berfikir.

Macam keadaan penduduk di Gaza, Palestin, macam ni la agaknya hidup dorang. Terkurung dalam rumah sendiri. Bezanya, kita masih ada makanan penuh peti ais, boleh berhubung lagi dengan keluarga guna videocall, whatsapp. Tapi dorang? Sedih kan.

InshaAllah, ada hikmah disebalik semua dugaan yang Allah turunkan ni. Ramadhan tak berapa lama lagi je, Moga kita boleh kembali teraweh di masjid.Amin..


Wednesday, March 18, 2020

Kawalan Pergerakan di Malaysia

Tajuk, kemain seriousnya..hehe..Hari ni masuk hari kedua Kawalan Pergerakan atau Bahasa Omputehnya Movement Restriction.



Kebetulan, hari Ahad baru ni, saya balik ke rumah mak di Ipoh. Hari Isnin, 16/03/2020 PM umumkan 18/3/2020-31/3/2020 akan diadakan kawalan pergerakan. Malam sebelum PM umumkan, orang berpusu-pusu buat pembelian panik.

Orang kita pun tak boleh beza, Kawalan Pergerakan dengan 'Lockdown'. Pasaraya dan kedai runcit masih lagi dibuka.Jadi tak perlu pun sebenarnya nak borong banyak-banyak stok sampai penuh troli.

Berbalik pada cerita saya tadi, saya tak tahu menahu pun yang negara kita akan sampai tahap kes meningkat banyak ni. Sampai terpaksa kerajaan ambil langkah macam ni.

Saya kan dah jadi cikgu semula sejak awal Januari,jadi saya balik Ipoh sebab cuti sekolah seminggu. Nampaknya, cuti bersambung 2 minggu. Tapi husband kat kl, saya dengan anak-anak pulak kat Ipoh. Berjauhanla kami sementara.

Paksarela kena belajar dengan ummi.hihi..



Moga virus covid ni dapat diubati dan dapat dirawat di Malaysia dan di seluruh negara. Tinggal tak berapa lama lagi je ni nak masuk bulan Ramadhan. Sebak bila fikirkan masjid semua kosong.Kaabah pun sama.huhu.. Allah Maha Besar lagi Maha Penyayang. Allah jualah yang mampu menyembuhkan.