Thursday, December 10, 2020

Sekali lagi bergelar seorang pendidik

 Aku mula mengajar di Adni pada tahun 2013. Ketika tu, aku masih lagi bujang. Ingat lagi,Januari 2013 bila aku baru nak masuk rumah sewa yang disediakan untuk cikgu-cikgu di Taman Sri Ukay, encik suamila yang temankan beli barang-barang. Siap belanja lagi tau almari dan sebagainya.hehe..


Tahun 2014, selepas berkahwin aku tinggal di Semenyih, Selangor. Jadi aku sempat berulang 3 bulan dari bulan Januari ke Mac. Bulan 4, apabila usia kandunganku mencecah 3 bulan, kami bersepakat untuk aku berhenti kerja di Adni. Sebabnya? Perjalanan yang aku rasakan terlalu jauh apabila berulang dari Semenyih ke Ampang setiap hari,Aku pula dengan alahan mengandung di awal pregnancy, memang sangat tak larat nak berulang.


Selepas 6 tahun,pada Januari 2020 aku kembali mengajar di Adni. Kali ni dengan tugasan yang berbeza. Kalau sebelum ni aku mengajar subjek Pendidikan Seni Visual (Visual Arts), Pendidikan Jasmani dan Qiraati, tahun ni aku mengajar subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan PJ.





Baru 4 bulan mengajar di Adni,aku diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai koordinator kemanusiaan dan guru kelas 1Ruqayyah. Selepas 3 bulan menjadi koordinator, aku sekali lagi dikejutkan dengan tugasan baru.Aku diminta menjadi koordinator Bahasa Melayu dan setiausaha sekolah.Aku sebolehnya nak menolak jawatan ni. Pertamanya, aku terlalu 'baru' nak pegang jawatan sebesar itu. Keduanya, aku tak yakin yang aku boleh pegang jawatan ni.


Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang pendidikan, dan mengajar khususnya, aku sahut cabaran yang diberi. Padaku, mesti ada sebab kenapa Allah jentik hati orang-orang yang memilihku.Cuma aku sentiasa berdoa Allah beri aku kekuatan dan kesabaran dalam menjalankan tugasku.




No comments:

Post a Comment