Seronok sangat! Lepas 3 kali cubaan, kali ke 4 akhirnya antara kek kesukaan saya menjadi!
Jom saya share resepi yang diberi oleh sahabat baik saya, Cikgu Farah. Tapi saya ada adjust sikit ikut selera saya.
Bahan-bahan untuk keknya:
1. 375g tepung naik sendiri
2. 1 tsp baking powder
3. 250g gula caster
4. 4 biji telur gred A
5. 100 g air santan
6. 250g butter
7. 140g air pandan + 1/2 tsp pandan paste
Cara-cara
1. Masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga sebati dan rata bersama butter dan esen vanilla. Pukul sebati hingga kembang.
2. Masukkan adunan tepung berselang-seli dengan adunan santan dan air pandan.
3. Pukul perlahan untuk sebatikan adunan.
4. Masukkan ke dalam loyang 10' atau 9'.Adunan tadi boleh dibahagikan ke 2 loyang. Kita nak
bentukkan 2 lapisan.ips
5. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak dengan suhu 160 darjah. Yang ni ikut kepanasan oven masing-masing ye.
6. Sejukkan dan boleh dihias dengan topping.
Swiss Meringue Buttercream
Cara-cara
1. Lap dulu whisk dan bowl dengan tisu dapur yang dibasahkan sedikit dengan cuka. Yang ni tips yang sangat berguna yang dikongsi sahabat baik saya, Izatti Latif.
2. Masukkan putih telur 160g dan gula 160g ( Saya kurangkan jadi 100g sahaja)
3.Kacau dulu bancuhan tadi sampai sebati. Baru kita letakkan atas periuk untuk double boiler.
4.Kacau sampai gula larut. Api jangan besar sangat. Biar air suam je.
5.Putar guna mixer sampai meringue jadi pekat ( 8-10 minit jugak tau)
6.Masukkan butter sejuk 375g dan whisk dengan kelajuan paling laju.
7. Masukkan 1tsp esen vanila dan perlahankan mixer sampai meringue jadi licin dan halus.
Selamat mencuba!

No comments:
Post a Comment