Resepi Sagu Gula Melaka
Selamat pagi semua!
Harini, kite nak share resepi dessert favourite Mr. Hubby. Sagu Gula Melaka!
Sangatlah mudah nak buat dessert ni. Sedap pulak tu.hehe
Kita straight pada bahan-bahannya:
1.Sagu berwarna ( saya suka beli yang warna merah)
2.Gula melaka ( saya beli yang 6 ketul sebab nak buat banyak)
3. Gula kasar
4.Susu cair
5. Daun pandan
Cara-caranya:
Nak masak sagu (Rendam sagu tu dalam 15 minit sebelum rebus)
1. Masukkan 1 liter air ke dalam periuk. Panaskan sehingga air menggelegak.
2. Baru masukkan sagu ( Saya masukkan 2 paket kecil)
3. Kacau sagu tu sehingga warna bertukar jernih ( ala-ala kristal gitu)
Cara nak buat air gula melaka
1.Hiris gula melaka kecil-kecil
2.. Masukkan air sebanyak 3 cawan ( ni depend pada berapa banyak sagu yang kita buat)
3. Letak daun pandan 2 helai ( simpulkan siap-siap)
4. Masukkan gula kasar sesenduk ( ni pun depend pada kita. Kita suka manis takat mana)
5. Kacau sehingga gula melaka dengan gula kasar larut sepenuhnya dalam air.
Topping paling atas
1.Bila dah masukkan sagu dalam bekas, biar sagu tu sejuk sikit
2. Air gula yang kita masak tadi tu pun, kita biarkan jadi sejuk sikit baru tuang atas sagu
3.Last sekali, tuang susu cair atas air gula tadi. Kiranya jadi 3 layer tau =)
No comments:
Post a Comment