Thursday, January 26, 2017

Kursus Umrah Andalusia 2017

Assalamualaikum..

Tinggal lebih kurang dalam kurang 2 minggu sebelum saya dan suami berangkat menunaikan umrah. Perasaannya, tak sabar sangat.

Minggu lepas, kami ke pejabat HQ Andalusia di Pandan Indah. Pejabat baru. Baru sebulan lebih beroperasi kat tapak baru tu. Lagi besar daripada pejabat yang sebelum ni.


Kami datang kursus hari Sabtu. Pukul 8.15 pagi dah terpacak depan office. Nak cop tempat depan-depan katanya.hehe.. Lepas naik atas tengok dewan, kami singgah breakfast roti canai dulu kat kedai mamak sebaris dengan Andalusia.

Besar dan selesa sangat dewannya.Ramai yang datang kursus haritu. Dalam 450 orang. Kursus ni mula pukul 9.15 pagi . Habis pukul 1.15 petang.


Seat dia selesa
Alhamdulillah, rezeki kami haritu, Dapat dengar ceramah daripada Ustaz Haji Daud, owner Andalusia sendiri. Seronok ceramah dia. Kelakar.hihi..

Saya share sikit antara pengisian penting ceramah ni.

1. Apa hukum mengerjakan umrah?
    Fardhu ain

2. Rukun-rukun umrah

  •     Niat ihram
  •     Tawaf Kaabah 7 pusingan
  •     Saie antara Safa dan Marwa
  •     Bergunting / bercukur
  •     Tertib

3. Wajib umrah

  •     Niat ihram di miqat
  •     Menjaga pantang-larang ihram
4. Sunat umrah
  • Bersedekah sebelum berangkat
  • Mengerat kuku
  • Mengandam rambut dan bulu-bulu lain
  • Memakai ihram bewarna putih
  • Mandi sunat ihram
  • Sembahyang sunat ihram
Saya dah habis baca buku panduan umrah. Tertanya-tanya jugak saya kena baca doa apa masa tawaf. Ustaz kata, tak kisah bacaan apa. Asalkankita ingat yang 7 kalikita tawaf.

Tawaf pertama: Subhanallah
Tawaf kedua : Alhamdulillah
Tawaf ketiga: Allahuakbar
Tawaf keempat: Astaghfirullahalazim
Tawaf kelima: Lahawlawa quatabillahil aliyulazim
Tawaf keenam: Laillahaillallah
Tawaf ketujuh: Selawat

Itula sedikit sebanyak ilmu yang saya boleh share. Pasal bacaan tawaf,  tak fix sebenarnya. Ikut masing-masing. Macam mana nak ingat kita dah buat tawaf sampai 7 kali.



Masa brek kursus tu, kami turun bawah ambik luggage andalusia =) Seronok sangat bila dah collect beg ni. Rasa tak sabar nak kemas barang.hehe..

Lepas tu, suami kite pergi kaunter. Nak mintak flight details, dok hotel mana nanti. Tapi belum ready lagi. Bila tanya kawan-kawan yang pernah pergi umrah dengan Andalusia, memang final details tu lambat sikit dapat. Selalunya dalam seminggu sebelum nak berangkat baru dorang akan bagi.


No comments:

Post a Comment