Thursday, August 25, 2016

Mencari kereta sewa murah di Perth

Hai, bertemu lagi kita!
Memang banyak yang saya nak share tips nak ke Perth ni.

Kalau nak pergi dalam group yang ramai macam kitorang haritu, 7 orang it's better if you rent a car. Ramai yang share, public transport kat Perth memang tip top. Siap ada CAT Bus yang free untuk pusing dalam Perth City. Best kan.

Tapi, memandangkan saya pergi bawak baby, nak kurangkan aktiviti berjalan untuk mak dengan abah tersayang, so we decided to rent a car. Encik husband yang gigh dok buat comparison harga syarikat kereta sewa yang mana yang paling murah.

Akhirnya, dia pun booking kat Burswood car rental.
Saya rasa sangat berbaloi harga yang dorang offer. RM985 untuk 3 hari setengah.

Boleh klik kat link ni untuk survey-survey kereta mana yang berkenan di hati:

Burswood Car Rental

Ni la kereta kami booking haritu


Masa mula-mula husband saya booking tu, saya tanya la.
" Eh, Tarago ni keretanya macam mana abang? Sayang nak google la nak tengok macam mana rupanya"
Gelak je suami saya.
" Tarago tu toyota estima la sayang.. Kat sana dorang panggil tarago"
Panjang Ooo saya lepas tu.hihihi..

They prefer the owner of the credit card sendiri yang bawak kereta. Tapi, kalau nak tambah nama driver kedua tak ada masalah. Cuma ada additional fee je la.

Kat sana, memang encik suami yang fully bawak kereta. Dia memang enjoy sangat drive kat sana. Tenang katanya.


Sesampai je kat airport, terus husband saya dapat text, no key lockbox untuk ambik kunci kereta. Sistem dorang, kereta sewa ni dorang akan tinggalkan tak berkunci kat tempat parking airport. So, kita kena bukak la lockbox tu, guna password yang dorang send.

Tapi seriously, no wonder Perth has been granted the title of "One of the isolated capital city in the world" Memang kepadatan penduduk dia tak ramai ke macam mana?

Korang kalau drive kat sini memang takde nak tension hadap2 jem. Jem tu ada. Tapi, not that bad. Takdela samapai berejam-rejam tersekat kat jalan.Pemandu dia pun berhemah je. Takde la yang potong ikut kiri ke, yang drive laju tak tentu hala ke.


Penting ke bawak winter coat kalau nak ke Perth time winter?

Salam Jumaat penuh barakah semua..

Mak aih. Panjangnya tajuk entri. hehe..
Sebelum nak ke Perth, boleh kata hampir time hari dok google soalan-soalan lebih kurang macam ni la.

Masa saya ke Perth baru-baru ni ( 11/8/2016- 14/8/2016) masih lagi dalam musim winter. Sejuknya, mashaAllah..

Saya beli Longjohn, tapi saya bagi pada adik untuk pakai. Kami dua beradik ni sama. Memang tak tahan sejuk. Tapi saya tak beli satu set la. Saya beli bajunya je.

Hari pertama saya di Perth, saya memang tak jangka kan sejuknya sampai macam tu. kebetulan, masa kami sampai Perth Airport, hujan renyai-renyai pulak. Lagila bertambah sejuk kan.

Kat luar tengah hujan
Kalau untuk yang bawak baby atau anak bawah 2 tahun, lagila kena bawak baju tebal-tebal dan long john untuk anak. Kalau tak, kesian dorang sejukk..

Sedikit tips untuk yang nak ke Perth musim sejuk:
1. Beli long john (boleh beli kat Uniqlo kalau nak yang harga berpatutan dan tak mahal sangat).
2. Beli la sarung tangan at least sepasang ( boleh cari kat Daiso. Murah, RM5 aje)
3. Stokin bawak banyak sikit ( Boleh tukar-tukar. Waktu tidur pun saya pakai jugak tau)
4. Bawakla stok maggi, kiub sup, kiub tomyam, bubur nasi instant ke. (Sejuk-sejuk, konfem cepat           lapoo..)
5. Untuk yang bawak baby, jangan lupa bawak ubat-ubatan (ubat demam, alat sedut hingus, baby             vicks balm, topi kait) Syukur sangat..Ammar sihat je sepanjang kat sana.
6. Boleh bawak trenchcoat/puffer/winter coat. Macam saya, bawak trenchcoat.

Baju ni best! Sejuk dan tebal.

Nak cari long john yang macam ammar pakai ni, boleh try usha instagram @kakimelancong. Harganya, RM65 termasuk postage.

Trenchcoat yang kami pakai

Sunday, August 21, 2016

Pengalaman melancong ke Perth- Day 4 (Last Day)

Hai awesome people..!

We have come to the last part of my fun and exciting vacation story.

Pagi tu, sebelum keluar jalan-jalan, kami bergambar sakan luar apartment.hehe.. Kami dah siap packing barang semua, kiranya, keluar pukul 10 pagi tu, terus check out sekali.

Adatla kan, barang masa pergi sikit, nak balik, beg pun tak muat. Barang sampai dah tak tau nak letak mana,hehe..

Kitorang kan ada beli set corelle. Jenuh padatkan dalam luggage. Tawakal je masuk luggage set corelle tu. Alhamdulillah, sampai rumah elok tak pecah pun. Korang isytihar wah isytihar siap..hehe..Korang declare la beg yang mana ada isi corelle tu fragile. InshaAllah, selamat.


Lepas habis bergambar area hotel yang kitorang stay tu, ke Kings Park la pulak lepas tu..hehehe..





Ammar suka sangat kutip batu, main campak-campak batu.


Penat berjalan dalam Kings Park, kitorang decide nak pergi lunch before ke airport. Waze restoran halal, jumpa kedai makan nama Sahara ni. Kedai orang Arab.


Ammar dah bosan dok dalam stroller. Dia nak bebas jalan-jalan.



Memang sedap makanan kat kedai ni. Especiall nasi dengan kambing dia..Memang pehh la..hehe.. Tapi mahai le rege nya..Tutup mata je la kan..

Perut pun da kenyang, kami pun terus menghala ke airport..

Masa on the way nak ke airport tu, puas tatap bandar perth lama-lama. Rasa tak nak balik pun ada. Nak bercuti sebulan kat sana.Amboi.


Pengalaman melancong ke Perth- Day 3

Selamat pagi semua..

Hari ni, nak share hari ke-3 kami di Perth pulak. Pagi tu, kami breakfast nasi lemak siap-siap daripada apartment. Kami keluar lewat setengah jam daripada semalam. Pukul 9 pagi keluarnya. Itinerary harini, kami ke Mandurah yang mengambil masa dalam sejam lebih daripada apartment kitorang.

Sesampai je kat Mandurah tu, terus wow..Mata terpegun dengan kecantikan tempat tu. Dengan pokok-pokok berbunga merah kecil penuh menghiasi tempat bot-bot tu.



See, told ya! Cantikkan kan.

Masa kitorang sampai tu, macam tak ramai sangat orang. Dah tempat cantik kan. Sibuk la jalan sekejap berenti. Jalan sekejap, berenti ambik gambar.hihi..



Lepas tu, saya pun singgahla salah satu kedai kat situ nak tanya kat mana nak beli tiket nak naik ferry. Jumpa pun! Tapi ferry tu, baru je berlepas. Sama timing dengan kitorang sampai.. Tengok je la ferry tu berlalu..wuwuwu.. Tula, ralik sangat bergambar. Sampai terlepas ferry.


Lepas tu, kitorang ada ternampak signboard yang ada tulis contact number ferry tu. Tanpa berlengah lagi, ewah, bahasa buku sangat ni.hehe.. Saya terus call number yang tertera.

Rupa-rupanya, even kitorang sampai awal pun tadi, memang takkan dapat jugak naik feri tu. Sebabnya, dah fully booked sampai ke petang. Moral of the story, kalau nak senang, korang book siap-siap online. Takdela risau tiket habis ke apa kan. Then, mesti lagi murah daripada bayar on the spot.



Saya pun volunteer kat fanily nak tanya lagi pekedai kat area situ. Maukla satu kedai lingerie ni tanya. One of the staffs there, was really friendly. Dia cakap, ada satu lagi tempat untuk naik feri. Kat situ, feri datang setiap sejam sekali. Tapi kata dia, jauh sikit kalau nak jalan kaki. Better naik kereta gi sana.

Dah lama sangat saya ambik masa tanya-tanya dengan matsalleh tu, rupanya encik husband pun dok tanya-tanya kat salah sorang pelancong kat Singapore yang ada kat sana masa tu.





Sempat lagi singgah bergambar sementara nak menuju ke tempat naik bot tu. Padahal, encik suami dah menunggu kat sana.hehe..



Masa pergi Mandurah haritu, matsalleh semua senyum-senyum tengok ammar. Tengok jumpsuit dia yang comel sangat tu kot.hihihi..

Singgah minum air coklat panas
 Finally, dapat jugak naik bot! Terima kasih untuk abang kusayang bersusah payah ke sana sini untuk beli tiket bot.


Bergambar sebelum naik bot =)

Ammar teruja naik bot
Mandurah cruises ni, memang wajib pergi kalau datang Mandurah ni. Kalau bernasib baik, kita akan dapat tengok dolphin melompat-lompat. Tapi time kami pergi, tak bernasib baik. Tak nampak pulak dolphin sekor pun.

Takpela, kami nampak mende yang lagi best. Rumah-rumah besauu.. Saya macam terpegun sangat rtengok rumah sekitar Mandurah tu.





Tengok tu..Dasyat kan rumah-rumah ni
Tak tejangkau dek akal kekayaan empunya rumah-rumah ni. Satu rumah menelan belanja kira-kira 50 juta AUD. Peh.. Siap ada private boat lagi setiap rumah. Kaya tak kaya nya..


Banyak sangat gambar-gambar best kat Mandurah ni. Rasa macam nak upload semua.hihi..


Next destination is..

Fremantle!

Fremantle ni macam bandar lama kat Perth. Seni binanya memang unik. Tempat first yang kami tuju bila sampai Fremantle ialah E-Shed Market!

Ni tempat femes amos dikalangan warga Malaysia membeli belah souvenir.



Kalau korang pi sini, jangan lupa singgah Megabes. Kedai ownernya orang Singapore. Souvenir dia memang murah-murah. Dapatla beli fridge magnet yang ada sepeket tu, dalamAUD2.95. Jatuh, dalam RM9 duit kita. Okla kan =)

Lepas shopping, kitorang solat kat luar E-Shed tu.

=)
Omputih memang akan pandang pelik-pelik kat kita. Tu sebab kan, secantik-cantik tempat orang, kita akan rasa selesa kat tempat sendiri. Kat tempat kita, masjid banyak. Takdela kena solat kat tempat terbuka sebab takde masjid.Tapi seronok juga, tu semua pengalaman kan.

Masa nak solat ni, husband, adik dengan abang saya je nak solat jemaah. Datang lagi 3 pemuda nak join sekali. Orang Malaysia juga. Manisnya ukhuwah kan. Dorang siap ajak kitorang pergi Kailis sekali lepas tu. Tapi kitorang terpaksa menolak.Sebab kan naik kereta.Dorang travel naik public transport.

Ada budak meronta nak berjalan.hihi




Kalau ke Fremantle, takkan lengkap kalau tak singgah ke Kailis ni. Fish and chips dia memang cenggini ha..Sedap! Ikan dia segar dan manis. Tapi portion dia banyak sangat.




Memang ramai sangat kat Kailis ni. Local aussie makan kat dalam kedai. Tiba ke pelancong, semua lepak luar kedai. Makan kat luar kedai, kena berjaga-jaga. Takut makanan kena sambar dek burung.kihkih..


Terpancar riak happy abah =)

Ammar pun enjoy makan kentang.hehe

Nyum nyum

Sedap sangat
Memang berbaloi la harga yang kita bayar dengan makanan yang dorang offer ni. Cuma satu nasihat saya. Bawakla paket-paket cili sos tu kalau nak lagi sedap makan. Mungkin tekak melayu macam saya ni, nak jugak makanan tu pedas-pedas.hehe..

Ada pelancong Indonesian sebelah meja kami haritu, siap bawak botol sos lagi.ihiks!