Wednesday, December 3, 2014

Our little caliph,Muhammad Ammar

Salam..
Alhamdulillah..hari ni Ammar dah berumur 49 hari.ummi curi-curi tulis blog ni masa Ammar tidur.Sebelah tangan dukung Ammar, sebelah tangan tekan keyboard, menaip. Hebat kan ummi.hihi..

Giving birth to a baby is way harder than I thought. Tetapi segala jerih payah tu hilang lepas ummi tengok je Ammar.Tulah kemanisan melahirkan seorang anak.

Flashback sebelum ummi lahirkan Ammar hari tu

17 Oktober 2014 (Jumaat)
Ummi masih lagi bekerja. Tapi masa ni Allah je yang tau..Ummi dah rasa tak larat sangat. Sakit pinggang, perut menegang dan sakit pangkal peha.Kawan-kawan kerja ummi semua dah risau tengok ummi. Sampaikan ada seorang kakak tu cakap ummi tak payahla datang kerja dah. Ambikla MC..

18 Oktober 2014 (Sabtu)
Pagi tu, ummi dengan abi breakfast kat luar. Dekat kedai makan area Tesco. Kedai favourite ummi dengan abi masa hujung minngu =) Lepas je breakfast, ummi ajak abi jalan-jalan area Broga sebab ummi tak pernah lagi masuk dalam-dalam sampai Pekan Broga.

Tengah hari tu, ummi plan nak masak bihun goreng untuk Abi. Abi suka sangat makan bihun goreng ummi. Tapi sebelum zuhur tu, disebabkan ummi dengan abi dua-dua dah kenyang sangat,makan heavy breakfast kan, kami tertidur kejap.

Ummi tidur tak lama.Sebab nak bangun masak bihun kan. Bangun je tidur, ummi rasa nak buang air besar. How surprised I was at that time when I saw some blood coming out from the anal. Dalam hati ummi. Dah sampai tanda nak bersalin dah ni.Ummi pun cepat-cepat kejut abi. Ummi ajak abis solat zuhur  berjemaah Tapi abi mengantuk sangat time tu.Abi suruh ummi solat dulu.Bila ummi cakap, dah sampai tanda nak bersalin, terus abi segar. Terus kami solat.Usai je solat, ummi dengan abi   bersiap nak ke klinik, buat check up.

Pergi je klinik, sah! doktor kata kepala Ammar dah kat bawah.Bukaan dah 3cm.Berdebar terus ummi.Both ummi dengan abi balik rumah, packing barang nak pergi hospital. Sebelum ke hospital, kami singgah lunch kat kedai mamak. Masa ni kami dua-dua dah tak lalu makan. Nervous!


Sempat lagi snap gamba dalam nervous2 tu


Di KPJ Kajang
Ummi dengan abi sampai dalam pukul 3 petang. Daftar bagai, pukul 3.30, ummi masuk labour room.Masa doktor jumpa ummi, doktor tanya "macam mana puan rasa sekarang?" Ummi jawab "saya tak ada rasa sakit lagi.Doktor pun jawab "belum lagi puan.."Baru ummi paham maksud doktor tu.

Lepas je doktor pecahkan air ketuban, bermulalah kesakitan yang amat sangat. Bila contraction je, Allah je yang tau betapa sakitnya..Berulang kali ummi baca " lailaha illla anta. Subhanaka inni kuntu minazzolimin.." Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu. Harapan ummi agar semua dipermudahkan.

Sepanjang dalam labour room, abi setia temankan ummi.Dialah sumber kekuatan ummi.Abi tolong urut pinggang dengan kaki ummi. Masa meneran tu..Masya Allah..Tak terkata sakitnya. Baru ummi tau, patutla orang kata melahirkan anak tu macam bertarung nyawa.

labour room tempat ummi lahirkan ammar
Alhamdulillah, sakit bersalin ummi tak lama. Tapi mungkin along the way ummi cam dah tak larat teran, doktor terpaksa guna vakum untuk keluarkan ammar.Pukul 6.33 petang, ummi selamat lahirkan ammar.Allah menitis air mata gembira ummi masa abi azankan di telinga khalifah kecil ummi ni.

Perjalanan lepas tu, bukanlah mudah. Ummi dengan ammar kena warded 2 hari sebab kuning ammar tinggi.Ummi berpantang di Taman Midah seminggu. Masa balik hospital tu ummi rasa lemah sangat. Satu badan sakit.Terutamanya bahagian jahitan kat bawah tu. Ummi sampai tak boleh nak buang air besar. Makan pun bersiri sebab sakit sangat kalau duduk.

Seminggu lepas tu, ummi balik berpantang rumah opah di Bentong.Kat sini, bermula lagi satu episod dalam hidup ummi. Ummi kena tumpah darah..Kalau boleh, ummi tak nak ingat pun kejadian ni. Perit sangat.. Kali ketiga ummi tumpah darah, ummi sampai rebah kat rumah opah dan hampir hilang nyawa..Ummi dah tak boleh nak bernafas..Masa ni ummi dah mengucap panjang dan mintak opah dan atuk doakan ummi..Sedihnya kalau ingat.Ummi dibawa menaiki ambulan ke bahagian kecemasan Hospital Bentong.

Sampai je sana, terus ummi dimasukkan dengan macam-macam tiub.Tiub ir, tiub darah, oksigen,,Bila doktor diagnosed je, ummi terpaksa dihantar ke Hospital Temerloh sebab Bentong tak cukup peralatan canggih untuk ubatkan ummi.Perjalanan naik ambulan malam tu memang ummi tak dapt lupakan..Kalimah Lailahaillah memang tak lepas daripada mulut ummi.

6 hari ummi kena warded di Temerloh Ammar..=( Perasaan masa tu susah ummi nak cerita. Ummi beruntung dikurniakan orang-orang yang selalu bagi semangat pada ummi masa ummi rasa nak berputus asa.Ummi sedih sangat sebab tak dapat nak jaga ammar.Alhamdulillah, ummi ada abi, opah, mak ngah, dan ramai lagi yang selalu dekat dengan ummi. Abi hampir tiap hari datang melawat ummi.

Ummi takkan lupa wajah abi dengan atok masa datang melawat ummi di ER Hospital Temerloh. Sayu sangat..Malam tu, satu malam yang ummi takkan lupakan sampai bila-bila. Bahagian bawah ummi dikorek-korek oleh ramai doktor. Dorang nak cari punca kat mana darah tu keluar.Sakit sangat sayang..

Alhamdulillah..ummi takkan jemu ungkap kalimah ni.Allah masih panjangkan nyawa ummi.Doa ummi moga diberi kekuatan menjadi ummi terbaik buat ammar dan isteri terbaik buat abi.Dan juga anak terbaik buat opah dan atuk. Semua yang berlaku ada hikmahnya..Allah tu nak duga ummi sayang.Ummi insan terpilih yang Dia nak uji.

Nukilan ni buat tatapan ammar bila ammar dah besar nanti. Doa ummi, ammar membesar menjadi anak yang soleh sayang..Semoga kita bahagia hingga ke syurga.Ummi sayang semua orang sekeliling ummi.


Our little bundle of joy =)


Monday, October 13, 2014

Menjelang kelahiran anakku

Salam..
Lama bebenor rasanya tak berupdate belog ni..Cian dia..
Berhabuk bersawang dah,hihi..
Sekarang ni, usia kandungan ayong dah masuk 36 minggu 3 hari..Alhamdulillah..
Dah boleh tarik nafas lega sikit. Sebab berjaya sampai ke tahap ni.

Semakin nak dekat due date ni, hati semakin cepat terusik..
Cepat je nak bertakung air mata ni ha..Terpikir zaman-zaman mak dulu nak besarkan ayong.
Betapa susahnya nak mengandungkan ayong, bawak dalam perut 9 bulan lebih..



Teringat balik masa the first trimester mengandung dulu..Masa tu, selalu sangat loya-loya..
Masakan sendiri pun dah tak lalu makan. Masak tuk cik suami je.
Kadang-kadang tu sampai muntah-muntah..Tapi alhamdulillah tak kerap sangat macam sesetengah orang. Agaknya anak Ummi pun kesian. Yela, umminya berulang jauh..Semenyih ke Ampang..Pukul 6.15 dah keluar rumah. Stuck dalam jem lagi..Walaupun bukan aku yang drive, tapi masa di awal-awal kehamilan memang cukup memenatkan.. Suami pun cakap, balik kerja, selalu je muka monyok..Bukan sengaja, tapi entahla. Agaknya hormon yang buat aku jadi macam tu.

Masuk ke second trimester (4 bulan ke atas) , masa ni ayong rasa badan memang segar dan bertenaga. Siap pergi honeymoon lagi sekali ke Melaka. Nak cerita betapa ada energynya. Muntah, loya semua hilang..



Sekarang dah di hujung trimester ke tiga..Ayong rasa masa ni paling mencabar. Nak nak bila dah masuk 33 minggu ke atas which means dah 8 bulan lebih. Selalu sakit pinggang, jalan pun dah macam itik pulang petang (terkedek-kedek), sakit pangkal peha, rasa sesak nafas..Macam-macamlah..Rasanya kaum hawa yang pernah mengandung je faham. Tapi depends, ada jugak sesetengah perempuan yang steady je masa pregnant pun. Tu semua rezeki Allah..

Tapi aku banyak jugak berusaha nak dapat proses bersalin yang mudah. Alhamdulillah, aku cuba baca surah Maryam hari-hari. Sapu minyak selusuh kat Miss V tu, makan Salindah dan makan bayak buah-buahan..Kita ikhtiar, usaha..Allah yang tentukan semuanya..

Di kesempatan ni, ayong nak mintak maaf pada semua.Doakan ayong selamat melahirkan anak ini dan dipermudahkan semuanya..

Saturday, September 13, 2014

# raya haritu

Dah lama nak mencoret di blog ni. Baru berkesempatan..
Nak share gamba2 raya hari tu..hehe

Raya di Bentong =)



Raya di Cheras


Raya di Rumah Kami di Semenyih

Semangat kerah keringat buat bihun sup/soto
Alhamdulillah, first time handle sendiri open house di rumah kami. Selalu tolong2 mak je masak. Sekarang ni kita yang kena buat semua A to Z. Baru tau letih dia macam mana..

Exhausted yet happy. Indeed very happy. Bila orang makan menambah-nambah. Sedapla tu kan..hehe..







Saturday, August 30, 2014

Preparation for our baby

Hari ni kan cuti. Makanya saya memang takkan lepaskan peluang untuk shopping barang baby..hihi..  In sha Allah, rasanya dah lengkap. Tinggal lagi breastpump dan sikit2 barang yang boleh dibeli kemudian2 sikit nanti.

Actually, saya dan suami dah start survey2 barang baby ni semenjak usia kandungan 5 bulan lagi. Nampak tak excited kat situ? Hehe.. Ni, bila kandungan mencecah 7 bulan, terus je kami shopping barang baby. Ya, kalau dah sarat sangat, kang tak larat nak menyopping ye dak.ihihi..

Kebetulan Manjaku Bangi ada buat sale sempena merdeka , we all apo laie..hii..
Kat sini serious best kalau nak cari barang baby. Lengkap, semua barang newborn ada.
Saya dan suami do far, dah menyopping kat One Baby World (Cheras), Anakku, Pureen Warehouse Sale (ni en somi je yang pi), World Of Baby (dekat Giant Nilai) and lastly Manjaku. Baru tau, bahwasanya sopping barang baby adalah sangat best ye.ahak ahak.







Tuesday, August 19, 2014

Shopping for our future newborn

Baru-baru ni, Pureen ada buat jualan gudang.
Kecewa betul aku, terkena time kerja pulak..
Aku kebetulan kena turun padang time ari Sabtu..Sobsob..
Nasib cik abang volunteer nak pergi.
Aku dah siap senaraikan barang-barang yang dia kena beli.hihi..

Nak tengok hasilnya??
JENG JENG JENG....

Terkejut saya!hehe

Sebelum dikemas


tu diaaa....
Syabas bete!! (bak kata orang hindustan..hehe)
Terer rupanya suami saya ni shopping barang baby.
Even takde dalam list pun, dia beli..hihi..=)

Muka terpaksa kerja time hari Sabtu..kuikui

Jamuan raya di tempat kerja baru

Salam..
Yup, aku dah kembali bekerja.Ni curi-curi tulis belog time lunch.hehe
ada sikit gamba time sambutan hari raya dengan kawan ofisku..=)






Alhamdulillah..Rezeki baby..=)

Ramadan and Raya as a wife

Alhamdulillah, Ramadan dan Raya kali ni sungguh bermakna. Dapat menyambutnya sebagai seorang isteri disamping suami tercinta..cewwah..hehe


Ramadan

Dah mula rindukan Ramadan..
Bestnya..Hampir tiap-tiap malam kami pi terawih..
Balik-balik kerja je singgah bazar.hee

Seronok sangat, berjemaah bersama

tarawih di Masjid Putrajaya






berbuka di muzium kesenian islam
Raya


di Studio

Pagi raya


Tapi dalam manis, ada pahitnya..
Kehilangan opah pada bulan Ramadan kali ni membuatkan sambutan raya tak semeriah yang sebelumnya..

Aku doakan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..~al-fatihah..

Sunday, July 6, 2014

A Meaningful Hijrah

Salam..
Alhamdulillah we have reached the ninth day of fasting in the holy month of Ramadan.
I've been reading a lot about the good transition or hijrah among some of our local artists. They change from not wearing a hijab woman to those who are wearing a hijab now. MashaAllah tabarakallah. Lets pray that they can maintain their current state and transform into a better muslim.

Yet I missed the biggest hijrah done by one of my family members until I witnessed it by my own eyes and ears. The hijrah is so meaningful. It touched my inner side. The changes are so huge. Alhamdulillah, all praise to Allah.. I pray to Allah may he will be istiqamah with the change.
 In Sha Allah..=')

Do click at the link down there below
Kesayangan hati hamba



May we make this Ramadan the best one!
~Ramadan kareem~

Saturday, July 5, 2014

Ramadan nan mulia is here

Alhamdulillah, dah masuk hari ke 8 kita berpuasa.. Ada kat Bentong ni. Seronoknya.. =) Masa hari pertama puasa dah berbuka di rumah mertua tersayang. Kali ni turn berpuasa di rumah family tercinta..Wee.. Ala, tak boleh nak upload gambarla guna ipad ni. Baru je excited nak hapdate banyak citer. Takpela kalau macam tu. Sehingga berjumpa lagi di lain post. Salam Ramadan al - Mubarak..

Friday, June 13, 2014

Survey barang for the little one inside

Hujung minggu baru-baru ni, aku dan suami ke Bangi. Hajat awal nak pi survey hospital Az-Zahra di Bangi. Ada wife sepupu deliver baby dia 2 orang kat situ.Katanya bagus hospital ni. Very islamic.Time nak deliver pun, hospital mainkan alunan zikir dan bacaan al-Quran.This is exactly the hospital that I will choose.
Harap-harap suami pun setuju.

Tapi..on the way nak ke hospital, nampak sale Manjakuc(kedai barang-barang baby dan toddler). Terus bagitau suami.Ingatkan dia malas nak pergi. Sebab tujuan asal nak ke hospital kan.Tengok-tengok dia nak berhenti jap.hehe..




Punyala murah baju-baju newborn kat sini, range harga yang tengah sale dalam RM10-RM20 je.
Terus sambar 2 helai.Suami pulak suruh tambah lagi 2 helai lagi.
Bayangkan, jenama Pureen dapat RM10 aje..hihi..Rasa macam awal sangat lagi beli baju baby.Tapi sebab murah kan, terbeli pulak dah.hihi..


Bila dah round-round kedai barang baby ni, baru tau. Ngupenye, mahal ye barang-barang baby.
Aku dan suami mula la buat checklist apa yang kena beli nanti.


Geram tau tengok barang-barang baby ni. Macam banyak je nak beli.Tapi kena la ikut bajet kan.
For a first time mummy-to-be like me, I definitely want a complete set for my baby. Cuma nya, nak beli mungkin tak boleh beli sekaligus,Kena sikit-sikit.


The stroller that I wish I can buy .Lengkap dengan carrier.
Memang mahal tau harga stroller ni. Dalam lima ratus lebih. Tapi berbaloi. Sebab nak pakai lama kan   
 ( untuk anak yang seterusnya). Biarlah beli yang berkualiti terus.Tak gitu?hee..Lagi satu, dia attach sekali dengan baby carrier. Kira kalau nak pi makan ka, bolehla hangkut je carrier tu. 



Bila dah survey barang-barang baby ni, rasa excited tu datang. Suami pun cakap seronok rupanya jalan-jalan cari barang baby ni. hehe..

Jenjalan with the in-laws

Baru-baru ni aku ke Tesco Ampang.Tempat pertama aku dengan suami pi shopping.
Ingat-ingat balik, seronoknya..Masa tu, kitorang tak bertunang pun lagi.
Shopping cari barang nak duduk rumah sewa.
Punyala baik encik suami masa tu, sampaikan dia sanggup tolong hantarkan barang masa nak masuk rumah sewa.He is so kind. That's why I chose him.hee..=)

Selalu je melalut.Berbalik pada topik asal, haritu sempat berjalan dengan kakar dan adik ipar.
Teman adik ipar beli barang nak masuk U.

Kakak dan adik ipar
ayish yang comel!



Wednesday, June 11, 2014

Our matchmakers are now taken

Today, 12 of June mark the birthday of my beloved husband.
I've so many things planned for him.
Early in the morning, I prepare some breakfast for him.I woke up as early as 5.30 a.m so that I will manage to finish the meal on time.

Well, back to the topic.Hee..
Both our matchmakers, Erna and Fid are just getting married.
So happy for them.
Allah is the great master planner. But He send these two wonderful person as our middleman.
I could not thank Erna and Fid enough for allowing me to meet my awesome husband~Mr Azim.

Here are some moments that I managed to capture during their big day.
Erna





Fid







Thank you soooo much Erna and Fid.
May Allah reward all of your good deeds.
I wish both of you a happy and blessed marriage.
=)