Sunday, January 27, 2013

From Bentong to Banting

From Bentong to Banting.
Catchy je bunyi tajuk entri kan.hee..
Pagi tadi aku sempat ke Banting. Attend kenduri kahwin anak Mak Cik Yah. Siapa Mak Cik Yah? Beliau ialah mak cik yang aku rapat sangat masa praktikal kat Banting dulu. She's so adorable and kindhearted person. Cikyah ni banyak sesangat tolong aku dulu. Dah macam mak angakat aku.Jadinya, bila dapat je jemputan anak cikyah ni nak kahwin, haruslah aku pergi kan.

So off we go to Banting. It takes 2 hours and a half to reach there.

Aku suka kot kad kawen kak ina ni. Simple yet so nice.=)



Siap ada group bale-bale. Best jugak lagu-lagu dorang ni


mak and angah

Comel dow buku skrap kawen kak ina ni!!

Aku sangat-sangat suka design kad kawen kak ina. Buku skrap kawen beliau pun sangat awesome. Aha, aku dah dapat idea dah masa majlis aku nanti. Ceh. Kau kalau tak berangan boleh tak tikah?haha..

Haruslah diconteng sikit buku comel amat ni>hee
Balik dari keduri, aku singgah GM Klang. Atas permintaan makla. Best jalan-jalan sambil cuci mata.Ohoi, hajat hati nak tulis satu lagi entri. Tapi efek panadol soluble yang aku baru telan tadi..peh! Dah berpinar-pinar mata ni ha. Typo memanjang daripada tadi. Tu tandanya aku kena stop dah.

Assalamualaikum semua..
Jaga diri, hiasi peribadi yall.=)


Sunday, January 20, 2013

She's engaged yall!

Assalamualaikum semua..
Semalam aku pergi majlis tunang kawan baik aku, Wan Iliana.
She's engaged! Dia dah melangkah ke satu tahap baru dah pun.
Seorang demi seorang kawan aku menyusul lepas ni. Aku? Biarlah Dia yang tentukan. Korang pun jangan lupa doakan aku sekali okeh. *wink*


Meriah sangat majlis tu. Yela, baru boleh jumpa member-member lama sekaligus. Tapi sayang, izzatie tak dapat join. Tayar kereta beliau bocor sehari sebelum majlis. Sadis.Sob sob. Minah pulak sibuk dengan preparation majlis cukur jambul anak dia sehari selepas majlis tu. Aku tak dapat nak join majlis cukur jambul anak Minah. Ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.Harap dia tak terasa. Tu sebabnya lepas je majlis tunang Wan aku follow pergi rumah Minah. Phew, takla serba salah sangat.

I'm engaged!~ Wan Iliana said

farah atikah
Aku lupa dorang fokus apa time ni

atikah izatti

Aziera macam tak merelakan je farah amik kamera tu.Hahaha.Wan pulak macam nak start nari gangnam style







Monday, January 14, 2013

Kringggg!

The bell ringing in my ears
I can see them running and playing around
I am so touched and glad at the same time I was called with the title
The very title that I dream
I know it may not seems that easy
Worry not, insha Allah I will try my best
To share my knowledge and to lead them to the betterment in life
O Allah, do ease my path =)


Saturday, January 5, 2013

Doploh Lima

Alhamdulillah..4 Januari 2013 baru-baru ni genaplah aku 25 tahun..
Tak sangka, dah suku abad aku rupanya.
Aku dapat birthday wishes mencurah-curah dalam facebook dan twitter. Tak kurang jugak ada yang wish direct terus kat phone aku.Terima kasih semua. Doa-doa kalian amat aku hargai.Aku aminkan semua. Tambah yang doa-doa ada sabit dengan bab jodoh.Hehe..


Aku bersyukur sangat sebab birthday kali ni jatuh pada hari Jumaat. A very bless full day.Dan aku meraikan hari ni dalam keadaan aku sudah pun berkerja.Satu fasa baru dalam hidup aku.
Sesampai je kat ofis, lepas sorang, sorang wish. Mau tak senyum sampai ke telinga kau. Tu belum campur yang sakat-sakat bagi adiah bagai. Walaupun sekadar ceklet (ceh, ayat macam tak bersyukur je dapat ceklet). Tak, jangan salah faham, semua hadiah tu aku suka sangat. Cuma nak bagitau, aku suka sangat sampai tak tau nak describe macam mana perasaan tu.

Antara hadiah-hadiah yang aku dapat:



Mak sangat sweet. Hantar mesej pagi-pagi..Wish birthday.Belikan kek lagi..Mak, I know you will read this post. I want you to know, that I love you so much!*hugs and kisses*=)

Meet Joanne. Kawan kerja aku. Dia ni, pemurah sangat. Selalu je belanja macam-macam.Naik malu aku dibuatnya. She's just so sweet! Gambar ni masa hari kejadiaan. Kitorang keluar lunch sama. Tapi, sehari sebelum birthday aku, dia dah belanja makan dah.Terharu saya taw.=')


I don't look like 25 at all kan kan.Ceh. Kau dah kenapa tikah.haha


Dapat present lagi dah tua-tua ni.Owh, sukanya!hehe


Hadiah daripada one of my best friends, Erna:
Lama tak dapat piala taw. Piala ni paling bermakna sekali dalam banyak-banyak piala yang pernah aku dapat.
It's written :Worlds's Best Friend >> The champion belongs to you.
Tak ke terharu dibuatnya? =')


Tapi dalam pada aku seronok-seronok, aku sedar. Bertambah umur, maknanya bertambahla kita dengan kematian. Bunyi macam ngeri. Tapi ni hakikat. Sebab tu aku doa pada Allah agar sentiasa diberi keberkatan umur. Aku harap, dengan bertambah umur ni, aku bertambah matang. Bertambah amalan. Dan moga amalan-amalanku diterima olehNya.

Sama-sama tarbiah diri agar selalu ingat pada Dia.
Jadikan Allah matlamat hidup kita.
insha Allah..Dia akan bimbing kita sampai ke penghujungnya.
Amin

hop on hop off HOHO


Salam..Baru berpeluang tulih blog.
Sementelahan balik rumah, apo laie. Inilah masanya nak karang cerita. Iye dok?hehe..
So, the very first day of 2013 I spent it with two of my coolest cousins.
Seriously, I'm glad the idea of boarding the 'hop on hop off' bus and tour around KL just came out from my mind.

Do you know  that the bus, has 24 stations altogether??
The first station is at 'Saloma Bistro'.Jalan apa, ntah.Aku tak ingat.
But we waited the bus at KL Central. It's more convenient and easier.
Cuma nak habaq mai, bas paling awal pukul 8.30 pagi.Last bas pukul 8.30 malam.


Hari tu, bazir sikitla masa. Kitorang dapat bas dalam pukul 12 tak silap. Dah bangun pun pukul berapa..Konon nak naik bas paling awal..Haram..Hahaha..

Naik-naik bas je, sumpah tak tahan gelak.We were the only Malaysians in the bus.Lepas tu konon-konon cakap Indonesia. Bajet tourist sangat.LoL.


LOL
1st pit stop : Muzium Negara

Tapi kat sini tak turun pun.Tengok daripada atas bas je.




2nd pit stop : Istana Negara



Kesian abang kat belakang tu..camtu je la tak gerak-gerak
indonesian yang peramah dan comel.Anak akak ni namanya, Nahla =)

Kat sini ada satu incident kelakar. Kitorang mengalahkan tourists. Orang  bagi masa 10 minit je. Ni sampai bas dah hon-hon suruh naik balik.Buat malu je.Hahaha.

Berenti solat zuhur
Kat Masjid ni ada kejadian tak diingini terjadi.Wah, gitew,
Kasut sepupu aku kena curi.Huhu..
Tapi tula. Berkat kesabaran beliau, adalah sorang pakcik ni offer nak tolong hantar kitorang pi Central Market, beli kasut.That pakcik happened to be a taxi driver.He didn't even charged us a penny. Alhamdulillah..Betul la orang kata kan.Kalau kita sabar dengan ujian Allah, pasti ada ganjarannya.



Kesian dia, tak pasal jalan tengah kota raya berkaki ayam,hee




Kena beli selipar pulak..


Pilih, jangan tak pilih..


Dah alang-alang kat CM, kitorang pun singgahla lunch. Makan nasi ayam. Kak Wani belanja..hehehe..


Lepas lunch, kitorang jalan kaki ke Planetarium Negara. Gila rasa macam pelancong.Hahaha..


Padan muka.Tak sape suruh kau pakai kasut tinggi-tinggi tikah.Kan dah jalan tak pakai kasut.haha



Dapat tengok wayang 20 minit. Sepupu-sepupu aku dok sebelah ttdo half way cerita. Bosan kata mereka. Aku je layan cerita saintifik to sorang-sorang sampai abis.hehe

love the movie theater!
anti-gravity room
astronaut sangat ni ha..haha
alien
Aku sebagai anak polis, haruslah bangga ada muzium polis.hee
taktaw bangunan apa.Main amik je gamba.Hewhew
Asar pulak =)
Balik sudah...


Happy, exhausted semua ada.All and all..it was a super awesome day!
Alhamdulillah..