Di saat artikel ini ditulis, SPM 2020 masih lagi berlangsung untuk paper addmaths. Aku mula mengambil alih jawatan ni dari September tahun lepas. Masa tu, masuk-masuk aku terus kena handle Trial SPM 2020.
Aku rasakan jawatan ini terlalu berat untuk aku. Tapi, apakan daya. Bagi mengekalkan survivalku di sekolah, aku terima juga walau berat rasanya untuk aku galas.
Mula sangat sibuk pada Januari 2021. Aku dilantik menjadi guru kelas bagi 5 Khawarizmi iaitu kelas yang mengambil SPM. Walaupun pelajar yang mengambil SPM tak ramai, 22 orang sahaja dan 3 orang calon Sekolah Darul Hikmah, tetap mencabar bagi aku. Sebabnya? Kali pertama handle kan.
Hampir tiap-tiap minggu aku terlibat dengan taklimat pengurusan SPM. Sebulan sebelum SPM bermula, banyak benda yang aku perlu sediakan.
1. Jadual Guru Saksi
2. Jadual Guru Bertugas
3. Jadual Pembahagian Makanan
4. Pelan Dewan Peperiksaan
5. File untuk Ketua Pengawas
6. Tanda arah untuk ke Dewan Peperiksaan
7. Label bilik-bilik
8. Print out label meja
9. Print out slip exam untuk beri pada pelajar
10. Beri taklimat SPM kepada calon
11. Minta pelajar sign borang akuan
12. Sediakan nombor Pejabat Kesihatan Daerah ( PKD) untuk dihubungi
13. Sediakan jadual nombor mak ayah calon untuk dihubungi
14. Riso borang deklarasi kesihatan
15. Riso borang hospital
16. Riso borang akuan jika vcalon tak bawa IC
Seminggu sebelum SPM bermula tu memang kemuncak pada stressnya. Tiap-tiap hari ada taklimat, Malam pun ada taklimat oleh En Zaironi dari PPD. Aku join semuanya sebab tak mahu terlepas info-info penting. Sehari sebelum SPM, aku jadi resah-gelisah, jantung berdebar-debar.Punya nervousnya! Sabtu dan Ahad aku datang ke sekolah untuk susun meja, siapkan bilik-bilik peperiksaan dan tampal penanda arah. Ya Allah, memang dugaan hebat buat aku. Sampaikan aku menangis malam sebelum SPM mula. Tewas dek kepenatan.
Dah masuk minggu ke-3 SPM,aku doakan semuanya berjalan lancar hingga ke garisan penamat. Aku tau,Allah takkan menguji hambaNya melebihi apa yang kita boleh tanggung.
Aku tulis cerita ni sebab SPM tahun 2021 ni akan ada 2 kali. Hujung tahun ni, aku terpaksa hadap lagi semua ni. Moga Allah beri aku kekuatan dan ketabahan nak mengharungi semua ni.
Rabbi Yassir Wala Tuassir.
No comments:
Post a Comment