Flight kami pukul 9.45 malam.hehehe..
Kami pun berjalan keluar hotel menuju kat tempat feri-feri tepi laut.
Pagi tu hujan pulak..Tapi syukur sangat, dah last day di HK baru hujan. Nasib tak hujan masa berjalan Disneyland ke kan.
Bila hujan dah berhenti je kami terus beli tiket untuk naik feri. Tambangnya murah je. Dalam RM5 pergi balik.
Kami sempat singgah kejap kat satu mall kat sebelah side HK yang kami stop naik feri tu. Tandas dia mewah sangat nampak. Cuma makcik cleaner ni mak ai, garang dan rude sangat. Kat HK ni korang akan jumpa majoriti orang dia macam ni. Kurang adab sikit. Tandas dorang kan takde air. Tapi dorang tak bagi jugak kita dok isi air kat sinki luar dan bawak masuk dalam tandas.
Tak selesa la kan kalau membuang tak guna air. Syukurla dok Malaysia.hehe..
Ice-cream RM8 |
Sebenarnya, bila saya travel ke negara orang ni membuatkan saya lebih bersyukur. Bersyukur kerana tinggal di Malaysia tercinta. Orang kita ramah-tamah, tandas ada air.hikhik..Makanan halal semua tempat ada, makanan murah dan sedap. Ish, kalau nak cerita nikmat kita hidup di bumi Malaysia ni memang tak tertulis. Banyak sangat!
singgah solat |
Beli nasi briyani dan kebab |
Pada saya, pengalaman kedua melancong dengan family ni memang best tapi mencabar. Bawak 2 orang hero kecik saya ke tempat yang super crowded macam HK ni memang memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat.hehe..
Tak kisahla ke mana pun destinasi yang saya pergi, asalkan berjalan dengan family tercinta, saya dah cukup bahagia!=)
No comments:
Post a Comment