Wednesday, June 26, 2019

Trip to Hong Kong Day 2

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba! Hari ke dua, jadual kami ke Disneyland! Memang kalau ke HK ni saya paling excited nak pergi sini la.hehehe..

Dari hotel, saya dah 'seludup' siap-siap makanan untuk ammar dengan akif.hehehe.. Tau budak-budak ni memang akan kelaparan kalau berjalan.Dari banyak blog-blog yang saya baca, rata-rata share peraturan nak masuk Disneyland memang ketat. Tak boleh bawak makanan langsung.



 
Balik dari sarapan
Pagi tu sebelum ke Disneyland, saya, suami, abah dan ammar pergi sarapan dulu dekat kedai pakistan. Jalan kaki je dari hotel yang kami stay. Memang convenient. Cumanya, makanan dia tak sesedap roti canai atau teh tarik kat kedai mamak kita la.hehe.. Plus, harga berkali ganda mahal.



Kami bertolak pagi tu ke Disneyland, keluar dari hotel dalam pukul 9.30 pagi gitu. Naik tren dari stesen Tsim Tsa Tsui, turun di stesen Tung Chung. Dari Tung Chung tren straight ke stesen Sunny Bay. Da sampai Disneyland! Woohoo!!

ni la tren yang korang akan naik kalau nak ke Disneyland

lepas je turun tren

Sesampai di depan entrance Disneyland tu saya dah cuak. Bukan apa, takut makanan-makanan yang saya bawa untuk anak-anak kena buang.

Kena beratur sini untuk dorang check beg
Rupa-rupanya, pekerja dorang check ala kadar je. Tak korek beg sampai dasar beg pun. Cuma periksa belah atas sahaja. Makanya, selamatla coco crunch, air kotak milo bagai yang saya bawa.hihi.. Kalau tau, dah bawak masuk nasi, sambal itam (sebab sis orang pahang), roti semua la. So ni ada sedikit tis yang plan nak ke sini. Kalau korang plan datang Disneyland weekend, bawa je semua makanan-makanan berat tu. Sebab? Makanan kat dalam  sangat mahal. Dan agak jauh kalau nak berjalan cari kedai halal dalam tu.


Satu lagi tips penting kalau pergi sini masa musim panas, tolongla bawak payung satu sorang. Panas dia memang tak boleh bawak bincang uii..


Menahan terik mentari caption nye.hehe..
Kat dalam ni, semua mende pun jadi berkali ganda mahal. Air mineral botol kecik RM14 duit kita tau. Kalau nak beli payung dah RM94 gitu duit kita. Tak ke naya.

panas lit lit
Baru je masuk entrance ammar dah kata lapar.Terus la umminya bagi makan coco crunch.  Lupa nak cerita, harga tiket Disneyland masa kami oergi, Jun 2019, dewasa RM330. Kanak-kanak RM270. Kalau walk-in, tiket dewasa RM380. Mahal memang tak dinafikan. Tapi rugi sangat rasanya kalau ke HK tak ke Disneyland kan. Tu la pun tarikan utama kat HK ni.hehe..





Kami masuk ke Disneyland ngam-ngam pukul 10 pagi. Disneyland memang buka pukul 10 pagi pun.hehe..

Akif 1y3m masa pergi ni
Ride pertama kami masa tu kat tomorrowland. Ammar yang request nak naik.hehe..

our first ride
Beratur punyala lama.Sekali naik ride la.. Alahai..eh kejapnya. Dah habis dah.haha.. Tapi yang penting, ammar bila ummi tanya dia. Dia kata paling best kat Disneyland ni main ni.

Lepas je nair ride ni, husband terus pergi beli air mineral dalam 4 botol. Haus punya pasal. Mana tak haus, memang terik sangat cuaca masa tu. Pejam mata je la beli air mineral botol kecik RM14 sebotolkan..

 Rasanya macam kena sambung lagi entri ni.hehe.. Next post okay? =)

No comments:

Post a Comment