Sunday, June 30, 2019

Tips ke Hong Kong Disneyland

Macam yang saya janjikan, kena buat entri khas untuk Disneyland HK ni. Sebab gambar banyakk sangat.hehehe..

Here we go =)

Lepas kami naik ride kat Tomorrowland, saya, suami, angah dengan ammar masuk rumah Star Wars pulak. Ingatkan ada apa. Rupanya bergambar dengan robot & orang utan ke apa makhluk tu.hehehe..


Sementara kami masuk bergambar, abah tolong jagakan akif dalam stroller. Mak dengan haikal (my bro) pulak tengok Jedi Show.hihi..

Usai bergambar dalam tempat StarWars ni kami sebenarnya dah lapar. Masa tu dah nak dekat pukul 1.30 petang gitu la. Oh lupa nak cerita. Kat Hong Kong ni timing dia exactly the same dengan kat Malaysia. Cuma bezanya waktu pagi dia cepat cerah. Pukul 5 pagi dah terang- benderang. Jadi Subuh pun masuk awal.

Belakang ni non-halal restaurant
Dalam HK Disneyland ni, ada 2 tempat je restoren halal. Satu si mystic world. Tempat yang kami makan, Dan satu lagi di Adventure Land.

Show pertama yang kami masuk di Main Street USA, Mickey Mouse's Story. It was the best show ever! Seriously! Sis yang over tengok tau.Mengalahkan anak sis.haha.. Tengok Disney2 punya princesses nyanyi2. Best tak tau nak cakap. Tapi sebab kat hk kan. Jadi mickey dia cakap cina la. Don't worry. Ada subtitle disediakan.hihi..

ni la pentas show dia
 
Lepas kami tengok show ni, plan nak cari kedai makan, Sangkut pulak masuk ' It's a Small World'. Masuk sini, Akif la enjoy sangat. Siap goyang-goyang badan lagi dengar muzik.hehe..

my handsome boyss

Dalam small world tu
Lepas kami tengok show, kami pun mulakan lagi misi pencarian kedai halal. Oh ye. Lupa nak share. Jangan lupa ambik maps free kat entrance tau. Ambikla yang dalam bahasa inggeris punya. Senang nak berjalan dalam tu.


At last jumpa pun kedai makannya. Explorer's Club. Terletak kat Mystic World kalau tengok dalam peta. Kami nak makan kat belah dalam. Sebab ada air-cond. Tapi penuh pulak.Hampir 40 minit jugak rasanya menunggu tempat kosong dengan menunggu makanan sekali.

nak jimat boleh order kids meal
Makanan kalau kat HK ni memang mahal.. Kalau kat dalam Disneyland apatah lagi kan. Kids meal ni pun dah 99hkd. Bersamaan RM45++. Tula kalau boleh, seludup masuk je bekalan nasi2, sekali dengan lauk. Sebab bila berjalan ni kita penat dan cepat lapar.


Lepas makan, kami terus mencari surau. Alhamdulillah, surau rupanya terletak sebelah je restoren ni. Jap saya share gambarnya.

Yang berlangsir tu la suraunya
Tapi terkejut pulak.Surau ni campur lelaki perempuan tau. Telekung dengan sejadah tak disediakan. Jadi kita memang kena bawa sendiri. Yang menariknya, tempat ambik wuduk dia. Jap saya share gambar.

Praktikal jugak tau
Lepas solat, kami teruskan lagi perjalanan pusing dalam Disneyland tu. Makan tengahari pun dah pukul 3 petang. Berkeriuk perut.hehe..


Kami plan nak tengok Lion King Show pukul 4 petang. Sementara nak mengisi masa tu, husband dengan adik-adik ajak saya naik roller coaster. Saya tak nak. Tapi kena paksa.Wuaa..



Tapi tak menyesal naik roller coaster tu. Memang best!! First time naik roller coaster mengundur ke belakang. Macam nak terkeluar jugakla anak tekak menjerit. Lepas tu kena paksa naik lagi sekali.haha..


Lion King Show

Lepas tengok Lion King Show, kami ke Tarzan's House pula. Kat sini tak ada apa sangat. Cuma cantik bergambar je.hehe..

Belakang ni la rumah tarzan tu
Area sini kami lepak lama sikit. Sementara nak tunggu night parade.

Beshe-beshe je rasa popcorn dia

Memang all-out sungguh rasanya. Dari pagi keluar, dekat nak malam ada kat sini lagi.


budak dua tu makan buah
Kami sebenarnya, masa dekat Grizzly Guch tu kan naik roller coaster dua kali, rupanya terlepas spring show. Ala, show yang mascot Disney keluar beramai-ramai  tu. Macam Mickey, Donald Duck. Tapi naik roller coaster tu best jugak. Lagi best bila tak payah menuggu lama. Tak ramai orang. Sebab orang dok pakat tengok show kot.

Kat belakang tu la roller coasternya



with my sweethearts
Malam tu, masa tengok parade, Ammar dah kepenatan. Tertidur dalam stroller akif. Akif pulak, saya dukung. Lenguh jugakla dukung lama-lama. Macam nak tercabut pinggang rasa.hehe..

Mana tak penatnya, masuk pukul 10 pagi. Keluar Disneyland pukul 9 malam.hehe..Show malam tu pun menarik. Banyak kereta berhias lampu-lampu. Show mula pukul 8 malam. Habis pukul 8.20 malam.

Sebelum nak keluar tu, saya sempat lagi ajak angah pergi souvenir shop. Tak boleh nak shopping sangat. Barang mahal.. Saya sempat sambar 1 ye fridge magnet. 75 hkd bersamaan RM42 kita.

muka ada happy
Masing-masing dah kepenatan. Rugi bayar mahal-mahal kalau tak spend masa lama kat dalam ni kan.


In a short, I was really having fun here! Terima kasih pada haikal yang arrange trip kami ke Hong Kong ni!=)

Wednesday, June 26, 2019

Trip to Hong Kong Day 2

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba! Hari ke dua, jadual kami ke Disneyland! Memang kalau ke HK ni saya paling excited nak pergi sini la.hehehe..

Dari hotel, saya dah 'seludup' siap-siap makanan untuk ammar dengan akif.hehehe.. Tau budak-budak ni memang akan kelaparan kalau berjalan.Dari banyak blog-blog yang saya baca, rata-rata share peraturan nak masuk Disneyland memang ketat. Tak boleh bawak makanan langsung.



 
Balik dari sarapan
Pagi tu sebelum ke Disneyland, saya, suami, abah dan ammar pergi sarapan dulu dekat kedai pakistan. Jalan kaki je dari hotel yang kami stay. Memang convenient. Cumanya, makanan dia tak sesedap roti canai atau teh tarik kat kedai mamak kita la.hehe.. Plus, harga berkali ganda mahal.



Kami bertolak pagi tu ke Disneyland, keluar dari hotel dalam pukul 9.30 pagi gitu. Naik tren dari stesen Tsim Tsa Tsui, turun di stesen Tung Chung. Dari Tung Chung tren straight ke stesen Sunny Bay. Da sampai Disneyland! Woohoo!!

ni la tren yang korang akan naik kalau nak ke Disneyland

lepas je turun tren

Sesampai di depan entrance Disneyland tu saya dah cuak. Bukan apa, takut makanan-makanan yang saya bawa untuk anak-anak kena buang.

Kena beratur sini untuk dorang check beg
Rupa-rupanya, pekerja dorang check ala kadar je. Tak korek beg sampai dasar beg pun. Cuma periksa belah atas sahaja. Makanya, selamatla coco crunch, air kotak milo bagai yang saya bawa.hihi.. Kalau tau, dah bawak masuk nasi, sambal itam (sebab sis orang pahang), roti semua la. So ni ada sedikit tis yang plan nak ke sini. Kalau korang plan datang Disneyland weekend, bawa je semua makanan-makanan berat tu. Sebab? Makanan kat dalam  sangat mahal. Dan agak jauh kalau nak berjalan cari kedai halal dalam tu.


Satu lagi tips penting kalau pergi sini masa musim panas, tolongla bawak payung satu sorang. Panas dia memang tak boleh bawak bincang uii..


Menahan terik mentari caption nye.hehe..
Kat dalam ni, semua mende pun jadi berkali ganda mahal. Air mineral botol kecik RM14 duit kita tau. Kalau nak beli payung dah RM94 gitu duit kita. Tak ke naya.

panas lit lit
Baru je masuk entrance ammar dah kata lapar.Terus la umminya bagi makan coco crunch.  Lupa nak cerita, harga tiket Disneyland masa kami oergi, Jun 2019, dewasa RM330. Kanak-kanak RM270. Kalau walk-in, tiket dewasa RM380. Mahal memang tak dinafikan. Tapi rugi sangat rasanya kalau ke HK tak ke Disneyland kan. Tu la pun tarikan utama kat HK ni.hehe..





Kami masuk ke Disneyland ngam-ngam pukul 10 pagi. Disneyland memang buka pukul 10 pagi pun.hehe..

Akif 1y3m masa pergi ni
Ride pertama kami masa tu kat tomorrowland. Ammar yang request nak naik.hehe..

our first ride
Beratur punyala lama.Sekali naik ride la.. Alahai..eh kejapnya. Dah habis dah.haha.. Tapi yang penting, ammar bila ummi tanya dia. Dia kata paling best kat Disneyland ni main ni.

Lepas je nair ride ni, husband terus pergi beli air mineral dalam 4 botol. Haus punya pasal. Mana tak haus, memang terik sangat cuaca masa tu. Pejam mata je la beli air mineral botol kecik RM14 sebotolkan..

 Rasanya macam kena sambung lagi entri ni.hehe.. Next post okay? =)

Trip to Hong Kong Day 1

Ya ampunn.. lama benor tak update blog ni. Sebabnya laptop rosak.hehehe..

Baru-baru ni kami ke Hong Kong. Terima kasih pada adik saya yang rajin arrange dan plan percutian keluarga kami. Ada kawan-kawan yang dah mintak itinerary trip kami ke Hong Kong.

So, here we go =)

Masa di KLIA 2

the mastermind
 Tiket kami dapat pergi balik RM470 je. Murah kan. Mula-mula masa adik saya tanya, Nak tak yong kita pergi Hong Kong? Saya macam. Hong Kong?? Hmm..

Tapi kepala terus terpikirkan Disneyland. Terus on!!hehehe.. Sebab saya memang teringin sangat nak ke Disneyland.


Sebelum berlepas
Mula-mula rasa risau juga. Ni second time ammar naik kapal terbang. Tapi first time untuk akif. Risau dia menangis je ke dalam flight. Tapi alhmadulillah Allah permudahkan. Rasanya ok je penerbangan pergi balik kami.





Ammar dah besar ni dia seronok sangat naik kapal terbang. Teruja dia bila mula-mula nak take off. Dia asyik cakap Waa..hebatnya.. Tu awan awan.

Tertidur along ammar
Memandangkan flight kami pukul 8.45 pagi, pukul 5.30 pagi kami dah keluar rumah. Pukul 4 pagi abi dah mandikan 2 hero tu. Penerbangan ke Hong Kong mengambil masa 4 jam 30 minit.

Sampai pun airport Hong Kong
Sesampai je kami di airport HK, terus ada pegawai HK yang jaga bawak 2 anjing polis yang besar. Saya dahla memang penakut dengan anjing. Control2 je jalan dah.hihi.. Ketat jugak immegresen dorang kan.

Di airport, adik saya, angah terus pergi beli Opus. Opus? Tu ialan modem internet yang kami gunakan sepanjang di sana. Memang laju dan dapat dikongsi beberapa phone dalam satu masa. Janji kena on kan je modem tu.

Tengah tunggu bas nak ke airport

Kami memilih untuk naik bas ke hotel. Kami gunakan kad all in one yang boleh guna untuk semua public transport di sana. Kad tu nama..alamak..ni saya kena tanya adik saya balik,hehe.. Dari airport ke hotel makan masa dalam sejam lebih jugak.




View dari atas bas 2 tingkat yang kami naik

Hotel yang kami stay haritu namanya Taj Mahal hotel. Susah juga mencarinya. Kami turun bas di stesen Tsim Tsa Tsui. Adik saya, Haikal pun menjalankan operasi mencari hotel dengan angah. Tanya-tanya orang. Masuk dalam satu supermarket di mana tempat orang-orang Asia/ Islam meniaga. At last, jumpa pun. 

Kami pun naik lif di tingkat 3. Jumpa dengan pekerja hotel tu. Rupanya, hotel yang kami stay tu takde kaunter reception tau. Kami just berkumpul kat satu bilik. Dan pekerja hotel tu bawak kami ke bilik yang kami stay. 

Tapi ada satu kejadian yang agak menggeramkan jugak. Kami dah bayar booking hotel tu untuk 7 orang. Sesampai kat sana, pekerja hotel tu tengok kamu ada 8 orang, termasuk akif. Jadi, kami kena bayar additional RM350 untuk akif. Geramla jugak sis. Takkan baby 1y3m pun kena bayar diknon... Tapi nak taknak terpaksa bayar since kami dah bayar pun booking hotel tu. Sighs


mahal nau strawberinya punnn
Dah settle check in hotel, malam tu keluar la kami nak beli makanan. Abah dah letih takmau keluar. My husband pulak selsema teruk. Jadinya, keluarla saya, angah, mak, ammar, akif dengan haikal malam tu.