Salam..
As promised, here it is =)
Mula-mula sebelum nak mekap client, kena pastikan tangan kita bersih. Muka client pun kena bersih. Kalau client ada pakai toner, day cream etc kita kena bersihkan dulu.
Masuk pada step make up:
1. Sembur setting spray pada muka client. Tujuannya nak bagi kesegaran pada muka client. Lepas sembur, tepuk-tepuk sikit kat muka client.
2. Sapukan moisturizer ke seluruh wajah client. Sangat penting untuk kita prep muka client sebelum apply mekap. Moisturizer jangan miss ye sayang-sayang. Sebab foundation tak akan melekat elok kalau muka client kering. Buat surutan ke atas, bila apply moutirizer ke wajah.
3. Sapukan primer ke seluruh wajah client. Primer pun penting. Function primer adalah untuk menyamaratakan tona kulit. Primer juga bertindak sebagai base mekap kita. Primer boleh menutup ruang-ruang pori.
4. Sapukan colour corrector pada lingkaran gelap bawah mata atau eyebag. Colour corrector ada beberapa jenis warna. Warna oren ( eyebag), warna hijau (untuk tutup jerawat/jeragat) ada juga warna coklat yang boleh kita guna untuk tutup jerawat jugak.
5. Tekan dengan lembut atau istilah mekapnya dap dap dengan beauty blender. Bukan tekan kuat-kuat ye. Cukup sekadar dap perlahan tapi berulang kali kat tempat kita bubuh colour corrector sebelum ni tadi.
6. Sapukan concealer di atas colour corrector. Dap dap dengan perlahan juga dengan beauty blender.
7. Sapukan foundation di seluruh wajah. Boleh letak dengan jari dulu, lepas tu baru dap dap dengan beauty blender. Tips untuk mekap tahan tak bercapuk ialah dap seberapa banyak kali foundation dengan bb ( beauty blender).
8. Mula melukis rangka luar kening. Saya prefer menggunakan eyebrow gel. Terserah pada you all nak guna apa. Nak guna eyebrow pencil pun boleh *winking*. Dah lukis rangka luar, baru isikan dalam kening. Jangan lukis rangka luar sampai ke depan tau. Nanti jadi shin can. hehe.. Kita cuma perlu tarik dan blend saja kat bahagian depan kening.
9. Conceal bahagian luar rangka kening menggunakan concealer. Tujuannya ialah untuk bagi bentuk pada kening tu. Dan untuk cover bulu-bulu kening di luar bahagian yang kita lukis tu.
10. Buat strobbing iaitu sapukan concealer dia atas batang hidung dan di tengah-tengah kening atau dia atas dahi. Tujuan strobbing ialah untuk highlight mekap kita,
11. Sapukan loose powder di bahagian bawah mata. Tujuannya ialah untuk elakkan habuk-habuk eyeshadow jatuh pada muka dan rosakkan fiundation. Fuction lain ialah untuk set kan foundation yang kita dah sapu sebelum ni.
12. Sapukan eye primer sebelum letak eyeshadow.Ambil warna putih atau light brown sebagai base eyshadow kita, Ambil warna kedua seperti warna light pink atau light peach sebagai layer kedua eyeshadow kita.
13. Sapukan eyeliner di atas kelopak mata. Kepit bulu mata menggunakan pengepit dan sapukan maskara.
14. Buat shading di bahagian hidung dan tulang pipi.
15. Ketepikan loose powder tadi menggunakan brush besar. Dan ratakan loose powder ke seluruh wajah,
16.Sapukan blusher di bahagian atas pipi. Di atas tempat shading.
17. Pakaikan lipstick menggunakan berus untuk sapuan yang lebih kemas.
18. Sapukan hihglighter di tulang pipi, atas kelopak mata dan atas muncung bibir.
19. Semburkan setting spray.
20. Siap! =)
Boleh hubungi saya di 013-92718986 untuk attend kelas. Atau pun nak booking service mekap =)
Saturday, October 27, 2018
Make Up Artist (MUA)
May peace be upon you..
It's been ages I didn't scribble anything in this blog. You see, I was supposedly working after my end of confinement which was on June this year. After a long discussion with le hubby, I am now a working at home mom.
I've been thinking a lot on how I can earn some money but at the same time I can take care of my kids. I feel like baking, or taking orders for breakfast meal from le hubby's colleagues. At last, I've decided I want to run a service business, that requires skills.
I love make up. So, why don't I just be a make up artist? So, that's the beginning of the story of how I become a MUA. I went for a first lesson of make up from a MUA that stays nearby my house. The class took about 4 hours. It was a basic to advance make up class.
I went to that class with my youngest sister. I got to know step by step what should we apply for a complete make up. I'll share with you what I've learnt in the next entry inshaAllah =)

Saturday, July 14, 2018
Cerita Akif
Alhamdulillah.. akif dah masuk 3 bulan lebih pun. Akif ni dia tak berapa mau tidur buai kalau nak banding dengan abang dia. Kalau nak masuk buai, kena dia betul-betul mengantuk dulu. Kalau tak, akif akan nangis-nangis dalam buai.hehe..
Ummi kalau ikutkan taknak ajar akif tidur dalam buai. Sebabnya nanti susah kalau berjalan confirm kena bawak buai sekali. Tapi disebabkan akif ni antap, kalau nak dukung lama-lama, sakit belakang dan pinggang. Alhamdulilah..sihat dan montel anak ummi.hihi..
Akif ni kadang-kadang, ada masanya, dia meniarap, terus tertidur sendiri sambil hisap jari. Comel je. Masa ummi tulis ni, ummi ada di Ipoh. Ummi tak sure akif ni ada ekzema ataupun akif alah baring dekat cadar. Sebab merah-merah muka akif. Macam ada ruam-ruam sikit. Hopefully bukan ekzema. Huhu..
Moga akif membesar sihat, dan jadi anak soleh ye sayang. Sayang ammar dengan akif ♥️♥️

Sunday, May 6, 2018
Berpantang anak keduaku
Salam.. harini dah masuk hari ke 40 aku berpantang. Tak sangka. Diam tak diam lagi 4 hari je nak merdeka.hehe..
Berpantang kali kedua ni aku dah set minda awal-awal tak nak stress-stress. Nak lalui proses berpantang dengan positive minded. And it works. Rasa kejap je dah nak habis pantang. Aku komited pakai bengkung hari-hari, bertungku ( yang ni thanks to abah. Rajin dok panaskan dan balut tungku), mandi lulur herba dan pakai stokin. Jamu, aku try makan 2 minggu lepas bersalin sebab Akif kena kuning. Tapi cirit-birit pulak lepas makan.
Cuma awal-awal aku agak stress sebab Ammar dia nak menempel je. Tak nak langsung opah dengan atok mandikan ke, suap makan ke. Dia jelous kot sebab ummi dok berkepit dengan adik. Tapi lama-lama I'm getting used to it.InshaAllah..
Aku bersyukur.. Allah dengar doaku. Walaupun diuji dengan demam menggigil masa hari ke 8 lepas bersalin ( hari masa aku travel balik Ipoh dari (Semenyih) tapi ujian tu kecik sangat berbanding masa lepas bersalinkan Ammar.
Moga Allah permudahkan segala urusanku. Boleh handle dengan dua anak hero ni. Terima kasih mak abah yang banyak sangat membantu sepanjang proses berpantangku. Tak terbalas jasa-jasa mak abah.

Saturday, April 14, 2018
Muhammad Akif my 2nd born
Tanggal 28/3/2018, hari Rabu, adik ammar selamat dilahirkan. Turun tanda darah jugak macam ammar masa waktu Zuhur. Ummi keluar drive sendiri pergi klinik terdekat tapi doktor tu suruh terus ke hospital since memang dah turun tanda. Jadinya terus call abi dan tunggu kat rumah. sempatla ummi buat solat sunat taubat sementara menunggu tu. Dalam pukul 4 petang abi sampai rumah, terus kami ke sekolah ammar jemput dia. Alhamdulillah pengasuh ammar nak tolong jagakan ammar masa ummi sakit nak bersalin.
Sampai kpj kajang dalam pukul 5.30 petang. Pukul 6 masuk labour room bukaan dah 4cm. Cuma kali ni lambat sikit nak sampai ke bukaan 8 cm. Ummi ingatkan bersalin hari Selasa 27/3 tu. Rupa-rupanya adik ammar keluar 12.33 tengah malam. Vakum jugak last-last macam abangnya.hihi.. Alhamdulillah.. yang penting semuanya selamat.
Ummi dan abi sepakat namakan adik ammar, Muhammad Akif, yang bermaksud orang yang fokus, atau beriktikaf. Moga Akif dan Ammar membesar menjadi anak yang soleh, huffaz Al-Quran jugak macam abi dan berjaya dunia akhirat inshaAllah..
Ummi bersalin hari Selasa ( tengah malam) dan pagi Khamis baru boleh keluar hospital. Atok dan opah datang all the way from Ipoh tolong jagakan ummi masa dalam pantang. Rabu sampai Khamis berikutnya barulah ummi sambung berpantang di Ipoh.

Subscribe to:
Posts (Atom)