Tanggal 28/3/2018, hari Rabu, adik ammar selamat dilahirkan. Turun tanda darah jugak macam ammar masa waktu Zuhur. Ummi keluar drive sendiri pergi klinik terdekat tapi doktor tu suruh terus ke hospital since memang dah turun tanda. Jadinya terus call abi dan tunggu kat rumah. sempatla ummi buat solat sunat taubat sementara menunggu tu. Dalam pukul 4 petang abi sampai rumah, terus kami ke sekolah ammar jemput dia. Alhamdulillah pengasuh ammar nak tolong jagakan ammar masa ummi sakit nak bersalin.
Sampai kpj kajang dalam pukul 5.30 petang. Pukul 6 masuk labour room bukaan dah 4cm. Cuma kali ni lambat sikit nak sampai ke bukaan 8 cm. Ummi ingatkan bersalin hari Selasa 27/3 tu. Rupa-rupanya adik ammar keluar 12.33 tengah malam. Vakum jugak last-last macam abangnya.hihi.. Alhamdulillah.. yang penting semuanya selamat.
Ummi dan abi sepakat namakan adik ammar, Muhammad Akif, yang bermaksud orang yang fokus, atau beriktikaf. Moga Akif dan Ammar membesar menjadi anak yang soleh, huffaz Al-Quran jugak macam abi dan berjaya dunia akhirat inshaAllah..
Ummi bersalin hari Selasa ( tengah malam) dan pagi Khamis baru boleh keluar hospital. Atok dan opah datang all the way from Ipoh tolong jagakan ummi masa dalam pantang. Rabu sampai Khamis berikutnya barulah ummi sambung berpantang di Ipoh.
No comments:
Post a Comment