Ni saya nak share tips dan jugak cerita masa buat passport Ammar baru-baru ni.
First tempat, saya dan suami ke UTC Keramat, Kuala Lumpur. Kami pergi hari Sabtu. Bertolak daripada rumah pukul 8 (memandangkan jarak Semenyih-KL agak jauh) Sampai je UTC Keramat pukul 9. Dalam hati, seronoknya, sebab kereta kat bahagian parking pun tak banyak lagi. Masuk je UTC, saya baru nak beratur ambik nombor (ambik nombor di bahagian luar pejabat. Kat centre level tu). Pegawai imegresen kat UTC tu kata, dorang dah tutup nombor..Allah.. ingatkan kami dah awal. Sebab UTC bukak pukul 8.30, sekali.. pegawai kat situ kata passport habis pulak..*sighs*
Balikla ke Bentong dengan perasaan yang hampa. Hampa sebab misi nak buat passport tak tercapai.
So, minggu ni, saya dan husband dah decide kena ambik cuti dan buat time weekdays. I guess, it is recommended for those who a have a baby. Sebabnya, kalau bawak baby, nak buat urusan passport ni, makan masa yang lama. Nanti, baby tu nak berehat, tidur, main. Kesian baby tu letih. Parent pun letih jugak kan.
Hari Khamis, kami ke Pejabat Imegresen Putrajaya, Precint 3. Kat Wisma Ikhlas. Sebelah Istana Kehakiman.Punyala semangat nak buat passport, pukul 5 hakak bangun, mandi, solat dan bersiap. Sekali husband tegur. Awalnya kita semayang Subuh. Baru pukul 5.15 ni. Si isteri. " hah?Baru pukul 5 lebih" Makanya, gelak besarla keduanya..hahaha..
Berbalik pada cerita buat passport tadi tu. Ada beberapa perkara penting yang saya nak highlight kat sini.
1) Kena ambik gambar baby siap-siap sebelum datang Imegresen ( tertakluk pada baby/budak bawak
4 tahun sahaja) Kalau tak sempat nak ambik gambar takpe..Jangan risau..Boleh ke bangunan
imegresen di sebelah je bangunan Wisma Iklas ni. Ada kedai gambar kat tingkat 2.Kedai tu
beroperasi awal. Kitorang pergi pukul 8 dah bukak dah kedai tu.4 keping gambar, RM15.
2) Jangan lupa bawak sijil bersalin yang original dan salinan sekali
3) Bawak IC mak, ayah yang original dan salinan (Mykid anak dorang tak mintak pun. Tapi saya just
bawak je).
Bayaran passport pulak:
5 tahun : RM200 (untuk deewasa)
RM100 ( untuk ammar yang bawah 2 tahun)
Ni la rupa passport kitorang,hehehe.. |
Oh ye. Tolong la check nama kat website ptptn sebelum buat passport. Takut nama kita kena blacklist, tak dapat nak ke luar negara * nangis*
Yeay, passport dah setel! =)
No comments:
Post a Comment