Friday, March 29, 2013

Tilawah

Salam..
Baru-baru ni aku berkesempatan join pertandingan tilawah Al-Quran.
Kebetulan Angah tengah praktikal dekat Pejabat Agama, makanya tau la aku ada pertandingan ni.
Masa Angah tanya nak join ke tak, laju je aku jawab nak.
Dolu-dolu pernah la masuk pertandingan tilawah ni. Tapi it was ages ago. Masa sekolah rendah kot.hee..


Yang bertanding hari tu, ada 12 peserta sepatutnya. Tapi disebabkan sorang tarik diri, jadilah 11 orang semuanya..Yang tarik diri tu rupa-rupanya imam muda. Peh.Bukan calan-calang orang yang masuk pertandingan ni. Yang aku pulak kemain konfiden bagi nama.haha.

Antara para qari yang bertanding
Hari kejadian tu, Masha Allah..nervous sangat-sangat aku ni. Mana taknya, yang masuk bertanding semua otai-otai.Ada ustazah ni dah 20 tahun masuk. Rata-rata memang pandai bab-bab taranum ni. Kerdil rasa diri.hee,,

adik terchenta
Terima kaseh adek sayang yang sudi temankan ayong dia ni. Adekla yang tolong rakam masa aku ngaji tu, amik gambar bagai =)

Penuh perasaan mengaji
Berdebar masa atas stage ni toksah cakap. Tapi Alhamdulillah, aku masih boleh kekalkan suara yang steady  tanpa ada bunyi shaking. Eceh..

Aku memang tak mengharap langsung untuk menang. Yang penting bagi aku, aku berani mencuba. Keputusan pun diumumkan juri. As I expected, aku tak menang. Sekadar dapat hadiah sagu hati. Tapi aku tetap bersyukur. Aku bersyukur sebab berpeluang turut serta. Aku jugak terharu bila ada mak cik- mak cik yang seronok aku masuk pertandingan ni. Dorang siap ajak aku join lagi untuk next year.Yela, aku peserta yang paling muda join. Yang lain semua baya-baya mak aku je yang masuk.


Masa nak tunggu keputusan keluar tu, ada la ustaz ni terangkan apa maksud tilawah. Katanya:
Tilawah tu meletakkan hak kepada pembacaan Al-Quran. To make it simple, maksudnya, kita baca Quran dengan tertib dan betul..

In sha Allah, ada ruang dan peluang boleh la aku join lagi. Tu pun kena tanya encek suami tercinta dulu..Bole ke wife dia nak balik Bentong, join pertandingan..tehehe..=)

Tuesday, March 26, 2013

Pelangi itu

Bintang-bintang di langit tak akan terus berkerlipan
dan pelangi yang indah pasti akan hilang..
Tapi asalkan kita tahu ia masih ada ..=')

~Quote from the sahabat of mine~

Sahabat,
Aku doakan kau bersangka baik dengan Allah
Redha dengan ketentuanNya
Dia tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia
Pasti tersirat hikmahnya..
Cerita kita bukan semestinya cerita kita
Cerita kita Dia dah susun cantik awal-awal lagi
Moga kau dan aku berjaya dunia akhirat
amin ya rabbal a'lamin...


Saturday, March 16, 2013

Diari Cikgu Atikah =')

Tamat sudah sesi mengajarku di sini.Perasaan bercampur-baur.
Baru je sehari memulakan tugas di sekolah baru, perasaan rindu pada sekolah lama memang tak dapat dibendung lagi.huhu.

Masa hari akhir aku mengajar di Bangi, sempatla aku ambil gambar banyak-banyak untuk kenangan.
Antaranya:

Cikgu-cikgu sekolah kebangsaan bangi =)

Rajin dorang ni

comel kan

Mahfuz yang sweet

Dengan bebudak 1 Alamanda

Happy cikgu bagi hadiah!

Rindu mereka ni

Cakap apa sayang. " Terima kasih cikgu" =)
Memori yang tercipta di sini takkan aku lupakan.
Thank you Allah.
Thank you.
I love you.
Yes you =)

Friday, March 8, 2013

Diari Cikgu Atikah (macam-macam)

Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya Isnin depan dah hari last aku mengajar kat sekolah tu.
Mesti aku rindu sekolah tu. Budak-budak yang aku ajar tu, environment mengajar sekolah tu, cikgu-cikgu sekolah tu..Pendek kata semua lah pasal sekolah tu.hehe..

Knowing me, I'll never leave the school without capturing the moments. Be it using my phone or my ordinary camera, I managed to take quite a lot of photos there.teehee..

Ni masa sebelum mesyuarat guru start. Menyempat je. Hehe.Sebelah aku tu, Cikgu Farahina. Tapi bebudak sekolah tu panggil dia teacher sebab dia ajar BI. Obviously..hee

Mesyuarat cikgu cikgi
Ni sebab panas terik sangat, makanya perhimpunan kena la buat kat dalam dewan.




Sesak dewan
Kalau tak panas sangat, macam ni la perhimpunan hari Isnin diadakan

Masing-masing khusyu' dengar ucapan penyelia petang
Budak-budak ni memang macam ni. Tangan tak boleh nak duduk diam. Ada je yang terlebih rajin nak padam whiteboard la.haha..

Kawan dia jerit. Woi, aku tak siap lagi la
Ni sendiri cari penyakit. Orang pensel guna untuk menulis, dia main cucuk-cucuk kat kaki. Dah berdarah.

Kat bilik rawatan
Ni menangis sebab bergaduh dengan kawan. Puas nak pujuk. Last-last aku bawak dia pi bilik rawatan je. Biar dia cool down kat sana. Pastu baru je kejap, dia balik kelas dah. Dah ok katanya. Elok je sambung buat kerja.Macam-macam dorang ni.hehe..

Kemain. Semua budak pompuan yang pujuk.hehe..
Ni masa ganti kelas 2 Kekwa.Ajar subjek BI pulek.


Yang aku paling suka bebudak ni..dorang memang rajin sangat-sangat. Mintak je tolong, cepat je datang.=)

Tolong susun file kat kelas
Tadaa...
Jadual kelas yang aku buat. 
Cantik tak.
Mestilah cantik.Blergh.=p


Check kebersihan kelas.hee
nametag pon senget. Macam orangnye..haha..
Sebelum gerak pi sekolah.hee..




Dah la tu untuk setakat ni. Penat hoi.
Till we meet again in sha Allah..
May...
Something special will be happening in that month.
O Allah, do grant my du'a.. =)





Diari Cikgu Atikah (funneh 2)

Ni lagi kerja bebudak ni yang menggelikan hati dan segala organ dalaman aku.
Kalau tengah minum air, confirm tersembur.


kereta unser jadi >> angsa.LoL


Orang suruh letak kata ganti nama diri, diletaknya nama cikgu.Adess..