Thursday, December 10, 2020

Putera-puteraku


 

Duhai putera-puteraku,

Moga kalian sentiasa dipelihara oleh Allah,

Ummi doakan akhlak kalian seindah dan sebaik akhlak sahabat-sahabat Rasulullah,

Jadilah pemuda-pemuda harapan bangsa,

Bawa ummi dan abi ke syurgaNya.

Sekali lagi bergelar seorang pendidik

 Aku mula mengajar di Adni pada tahun 2013. Ketika tu, aku masih lagi bujang. Ingat lagi,Januari 2013 bila aku baru nak masuk rumah sewa yang disediakan untuk cikgu-cikgu di Taman Sri Ukay, encik suamila yang temankan beli barang-barang. Siap belanja lagi tau almari dan sebagainya.hehe..


Tahun 2014, selepas berkahwin aku tinggal di Semenyih, Selangor. Jadi aku sempat berulang 3 bulan dari bulan Januari ke Mac. Bulan 4, apabila usia kandunganku mencecah 3 bulan, kami bersepakat untuk aku berhenti kerja di Adni. Sebabnya? Perjalanan yang aku rasakan terlalu jauh apabila berulang dari Semenyih ke Ampang setiap hari,Aku pula dengan alahan mengandung di awal pregnancy, memang sangat tak larat nak berulang.


Selepas 6 tahun,pada Januari 2020 aku kembali mengajar di Adni. Kali ni dengan tugasan yang berbeza. Kalau sebelum ni aku mengajar subjek Pendidikan Seni Visual (Visual Arts), Pendidikan Jasmani dan Qiraati, tahun ni aku mengajar subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan PJ.





Baru 4 bulan mengajar di Adni,aku diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai koordinator kemanusiaan dan guru kelas 1Ruqayyah. Selepas 3 bulan menjadi koordinator, aku sekali lagi dikejutkan dengan tugasan baru.Aku diminta menjadi koordinator Bahasa Melayu dan setiausaha sekolah.Aku sebolehnya nak menolak jawatan ni. Pertamanya, aku terlalu 'baru' nak pegang jawatan sebesar itu. Keduanya, aku tak yakin yang aku boleh pegang jawatan ni.


Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang pendidikan, dan mengajar khususnya, aku sahut cabaran yang diberi. Padaku, mesti ada sebab kenapa Allah jentik hati orang-orang yang memilihku.Cuma aku sentiasa berdoa Allah beri aku kekuatan dan kesabaran dalam menjalankan tugasku.




Wednesday, December 9, 2020

Anniversary Perkahwinan yang ke-7 tahun.

 Tanggal 1 Disember 2020, genap 7 tahun usia perkahwinan aku dan suami.

Pelbagai onak duri telah kami harungi. Ada pahit, tapi yang pasti pelbagai peristiwa manis yang dikongsi bersama.

Aku sebenarnya dah dapat rasakan yang suami memang tak ingat tarikh anniversary kami kali ni. Hari anniversary tu, aku masih tertunggu-tunggu wish dari si dia. Tapi hampa.Usahkan hadiah, hari pun suami boleh lupa.Hahaha..

Makanya,menitisla juga air mata pagi 1/12/2020 baru ni. Cuma sekejap je la. Sebab encik suami terus ajak makan-makan kat luar.



Kami ke Mini Cameron, di Genting Highlands. Seronok pergi petik strawberi kat sini, sebab lengang sangat.






Selepas tu kami ke Sunway Velocity. Aku belanja Dip& Dip sempena anniversary kami. 


Alhamdulillah, sambutan secara sederhana tetapi seronok. Aku memang terus terang mengharapkan mungkin ada hadiah dari encik suami. Tetapi aku dah boleh menerima. Si dia bukanlah seorang yang pandai membuat kejutan dan romantik.Cuma aku harapkan dia terus menjadi suami yang penyayang, abi yang terbaik buat anak-anak kami.

Moga Allah sentiasa memberi kami kesabaran dalam melayari bahtera rumahtangga ini. Tak sangka. Pejam celik pejam celik, dah 7 tahun usia perkahwinan kami. Buat abang, I love you with all my heart. May Allah bless our marriage.