Thursday, April 30, 2020

Resepi Kek Pandan Gula Melaka Cik Tikah

Sebelum saya share resepinya, saya share gambar kek saya buat tu dulu.



Seronok sangat! Lepas 3 kali cubaan, kali ke 4 akhirnya antara kek kesukaan saya menjadi! 
Jom saya share resepi yang diberi oleh sahabat baik saya, Cikgu Farah. Tapi saya ada adjust sikit ikut selera saya.

Bahan-bahan untuk keknya:

1. 375g tepung naik sendiri
2. 1 tsp baking powder
3. 250g gula caster
4. 4 biji telur gred A
5. 100 g air santan
6. 250g butter
7. 140g air pandan + 1/2 tsp pandan paste

Cara-cara

1. Masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga sebati dan rata bersama butter dan esen vanilla. Pukul     sebati hingga kembang.
2. Masukkan adunan tepung berselang-seli dengan  adunan santan dan air pandan.
3. Pukul perlahan untuk sebatikan adunan.
4. Masukkan ke dalam loyang 10' atau 9'.Adunan tadi boleh dibahagikan ke 2 loyang. Kita nak
    bentukkan 2 lapisan.ips
5. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak dengan suhu 160 darjah. Yang ni ikut kepanasan oven     masing-masing ye.
6. Sejukkan dan boleh dihias dengan topping.

Swiss Meringue Buttercream

Cara-cara
1. Lap dulu whisk dan bowl dengan tisu dapur yang dibasahkan sedikit dengan cuka. Yang ni tips           yang sangat berguna yang dikongsi sahabat baik saya, Izatti Latif.
2. Masukkan putih telur 160g dan gula 160g ( Saya kurangkan jadi 100g sahaja)
3.Kacau dulu bancuhan tadi sampai sebati. Baru kita letakkan atas periuk untuk double boiler.
4.Kacau sampai gula larut. Api jangan besar sangat. Biar air suam je.
5.Putar guna mixer sampai meringue jadi pekat ( 8-10 minit jugak tau)
6.Masukkan butter sejuk 375g dan whisk dengan kelajuan paling laju.
7. Masukkan 1tsp esen vanila dan perlahankan mixer sampai meringue jadi licin dan halus.

Selamat mencuba!



Ramadan 2020

Alhamdulillah, harini dah masuk hari ke 7 umat Islam berpuasa. Tapi baru masuk hari pertama saya berpuasa. Paham-paham la sebab apa ye.hihi..

Saya berazam, Ramadan kali ni saya nak masak makanan untuk berbuka. Dari lauk-pauk sampaila ke pencuci mulut. Setakat seminggu ni, tak pernah beli lagi,hehe..

Ramadan kali ni memang berbeza. Sebab masih dalam tempoh pkp lagi. Jadi, bazar tak ada, teraweh pun di rumah. Dari satu segi, bila encik suami berteraweh di rumah, seronok juga. Sebabnya, kalau Ramadan yang lepas-lepas, bila dia  ke masjid, saya akan teraweh seorang kat rumah. Kami selalunya akan berteraweh di masjid bila hujung minggu je. Selalunya, kami ke Masjid Putrajaya. Tapi bila pkp ni, inshaAllah kami boleh berjemaah teraweh di rumah.


Popia dengan pencicah
Saya berniat nak sedekahkan makanan sepanjang bulan Ramadan ni. InshaAllah kalau larat dan ada kesempatan masa. Saya tertarik pahala yang Allah tawarkan kalau kita bagi orang yang berpuasa makanan tu.

Ok. Jom saya share makanan yang saya dah masak setakat ni.

Dadih coklat


Murtabak mini dengan pencicah bawang

Cupcakes coklat
Laksam
Kalau rajin, dan ada masa saya akan share resepi setiap masakan ni. Bila kita masak sendiri, kebersihan memang terjamin. Kita boleh juga tokok tambah resepi ikut anak tekak sendiri. Macam popia saya buat, memang penuh isi dengan ayam. Kalau orang jual, penuh taugeh je kat dalam kan,hihi..

Saya tak sabar nak kongsi resepi Kek Pandan Gula Melaka next entri.

Salam Ramadan semua!