Monday, July 1, 2019

Trip ke Hong Kong Day 3 ( Last Day )

Last day di HK, itinerary kami free and easy. Santai-santai je. Pagi tu, kami kena check out dari hotel pukul 11 pagi. Awal kan? Tapi alhamdulillah my bro dah deal dengan orang hotel tu. Nak tumpang letak barang kat lobi hotel. Kalau tak, jenuh nak usung beg ke hulu hilir.

Flight kami pukul 9.45 malam.hehehe..
Kami pun berjalan keluar hotel menuju kat tempat feri-feri tepi laut.


Pagi tu hujan pulak..Tapi syukur sangat, dah last day di HK baru hujan. Nasib tak hujan masa berjalan Disneyland ke kan.


Kami pergi ke HK Opera House awal pagi tu. Tapi tak buka lagi. Jadi kami tunggu hujan berhenti sebelah jeti feri.

 Bila hujan dah berhenti je kami terus beli tiket untuk naik feri. Tambangnya murah je. Dalam RM5 pergi balik.




Kami sempat singgah kejap kat satu mall kat sebelah side HK yang kami stop naik feri tu. Tandas dia mewah sangat nampak. Cuma makcik cleaner ni mak ai, garang dan rude sangat. Kat HK ni korang akan jumpa majoriti orang dia macam ni. Kurang adab sikit. Tandas dorang kan takde air. Tapi dorang tak bagi jugak kita dok isi air kat sinki luar dan bawak masuk dalam tandas.

Tak selesa la kan kalau membuang tak guna air. Syukurla dok Malaysia.hehe..


Ice-cream RM8
Overall, trip kami ke HK haritu, 4 hari 3 malam memang lebih dari cukup Tak pendek sangat masanya, dan tak la lama sangat.

Sebenarnya, bila saya travel ke negara orang ni membuatkan saya lebih bersyukur. Bersyukur kerana tinggal di Malaysia tercinta. Orang kita ramah-tamah, tandas ada air.hikhik..Makanan halal semua tempat ada, makanan murah dan sedap. Ish, kalau nak cerita nikmat kita hidup di bumi Malaysia ni memang tak tertulis. Banyak sangat!

singgah solat
 Sebelum ke airport kami singgah solat di Masjid Kowloon. Masjid ni berdepan dengan hotel yang kami stay.Kat sini ada orang jual makanan. Murah. Kami pun beli 4 bekas nasi briyani. 2 kebab.Tapi rasa nasi briyani tu saya tak berapa nak boleh telan. Kuat sangat rasa rempahnya. Dan kebab dia banyak sayur dari ayam. Tapi perut dah lapar kan, telan je la.hehehe..
Beli nasi briyani dan kebab
Kami naik bas dari hotel ke airport. Macam perjalanan masa mula-mula sampai tu. Masa tu perut saya dah memulas-mulas. Sesampai je kat airport, saya cerry berry.huhu..


Pada saya, pengalaman kedua melancong dengan family ni memang best tapi mencabar. Bawak 2 orang hero kecik saya ke tempat yang super crowded macam HK ni memang memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat.hehe..

Tak kisahla ke mana pun destinasi yang saya pergi, asalkan berjalan dengan family tercinta, saya dah cukup bahagia!=)


Trip to Hong Kong Day 3

Hari ke tiga kami kat Hong Kong. Pagi tu kami bertolak keluar dalam pukul 10 pagi rasanya. Lewat sikit keluar sebab kepenatan tawaf Disneyland hari sebelumnya tu.hehe..

Ok, balik pada hari ke 3. Destinasi kami ialah ke Ngong Ping 360. Apa tu? Tempat kereta kabel yang katanya masuk top 10 in the world.





Happy sebab staff2 sini semua ok2 bah kalau kau

Cable car sini yang uniknya kami pilih yang lantai bawah jernih tu. So, boleh nampak bawah tau. Gayat ui..

nah..tengok bawah tuu..
Ingatkan ammar dengan akif takut ke nanti naik ni. Tapi dorang steady je.hehe..Tak gayat kot.

Tengok 2 beradik ni.hehehe..
Tiket bayaran Ngong Ping ni dalam RM150 gitu untuk dewasa.Boleh tahan lama juga menunggu turn nak masuk cable car ni. Alhamdulillah pekerja dia bagi saya, abah, suami, ammar dengan akif  beli menunggu dekat area VIP tu.



So kiranya, haikal, angah dengan mak yang beratur beli tiket bagai. Masa menunggu sebelum nak masuk cable car tu, Akif tidur dalam stroller. Lega cek.hehe..


                                


 Best sangat naik cable car ni. Berangin je.. Lama jugak perjalanan nak sampai pit stop kat Ngong Ping Village.

Sesampai je stesen kat atas ni, terus akan ada staff Ngong Ping offer kita. Nak ke tak beli gambar yang dah dorang ambikkan awal-awal masa naik cable car tu. Mahal weh. Dalam seratus lebih duit kita sekeping. Ada jugak dorang cuci gambar kita dan letak dalam bekas kaca yang boleh goncang-goncang tu.

ha..yang macam angah pegang tu


   
             Sesampai je sini, kami terus tertumpu dekat pekan kecil ngong ping ni. Cantik viewnya. Memandangkan masa tu dah nak pukul 1, kami terus mencari restoren yang ada menjual makanan halal.

Alhamdulillah, ada 1 restoren orang Arab yang jual makanan halal. Cuma bila masuk je restoren tu, full house la pulak. Kena menunggu meja kosong. Tapi owner nya baik hati. Dia yang carikan tempat kosong untuk kami.


Sementara tunggu kedai makanan tu ada tempat kosong, suami ajak round pekan tu dulu. Bergambar la kejap.hehe..


Seronok berjalan sini, mungkin sebab kat tempat tinggi kan. Jadinya sangat windy. Kami buat keputusan untuk duduk kat satu tempat. Suami pulak  belikan epal dengan air jus dekat 7eleven dan ajak duduk-duduk santai kat bawah pokok.

ni la kedai makan halal tu
Masa saya pergi 7eleven bawak akif, masa tu suami tunggu depan kedai dengan ammar. Saya terdengar sorang perempuan korean, haramunyi. Kesian nenek tu kena jerit dengan makcik 7eleven tu. Sebab nenek korea tu pergi ambik air panas kat mesin kopi 7eleven. Kot ye pun tak boleh, cakap le eok-elok ye dak. Garang betul orang-orang hk ni.




Lepas je makan berdepan 7eleven tu, plan nak tunggu mak abah semua jalan sekali. Tak tau pulak suami ni kata nak jalan-jalan dulu. Lepas tu, dia pun dah lapar. Dia kata suruh saya jalan dulu dengan family saya. Dia nak pergi kedai arab tu makan dulu. Pulakk.. Mcam-macam.hahaha..


Bila masuk je pintu gerbang Ngong Ping Village ni, ingatkan jauh sangat. Rupanya tak pun.hihi.. Melainkan kalau korang rajin nakmendaki gunung tangga yang macam batu caves tu nak ke patung budha tu.

Ada tokong2 gini la kat dalam tu

Memang idok le kan nak panjat tangga belakang tu


Kita layan la dulu gambar-gambar masa kat sini.hehehe..


Oh lupa nak cerita. Abah tak masuk pun melepasi gerbang tu. Sebab abah ingatkan jauh. Walhal tak jauh pun, Rugi abah tak masuk. Sejuk je kat dalam tu.

Kebetulan masa pergi sini jatuh pada tarikh birthday abah, 16/6/2019, angah dengan haikal pun buat surprise belikan hadiah tshirt Ngong Ping.

Ada sikit pengalaman yang tak boleh dilupakan lepas balik dari Ngong Ping ni. Kami plan nak tengok Symphony of Light. Rupa-rupanya, malam tu penduduk HK nak berkumpul buat riot. Patut dalam tren kami nampak dorang semua sepakat pakai baju warna hitam. Gerun tau tengok. Ramai nau..Disebabkan riot tu, show dibatalkan. So sad..


Apa pun, pengalaman ke Ngong Ping ni memang menarik. Salah satu lagi tempat yang korang wajib singgah kalau ke HK tau =)