Salam..
Hari ni, 9 Ramadhan 1434H.
Aku masih lagi di rumah sewa. Belum boleh menapak ke surau untuk solat teraweh. Sedih ='(
Tapi takpe.Esok, in sha Allah, aku sudah boleh berpuasa..
Sementelahan duduk di rumah. Jari pun laju menari di keyboard laptop.kihkihkih..
Bukak je facebook, penuh orang dok share pasal perkahwinan rahsia kedua sorang artis fofular ni.
Sedih baca puisi isteri pertama dia.
Orang laki, hampir semua sama.Hampir ye. Perhatikan perkataan yang aku guna.Tak semua.
Tapi tula, berbalik pada topik.
Bila jadi je perkara macam tu, senang-senang je cakap suruh perempuan sabar.
Dapat payung emas bagai.Helloooo...
Tak ada dalam mana-mana hadis yang cakap isteri pertama yang redha kalau laki dia kahwin lain dapat payung emas kat akhirat nanti okay.Jangan nak memandai.Phew.Emo sikit di situ.hee~
Janganla kita nak ikut sunnah nabi pada sesetengah perkara je.
Lelaki, bab berpoligami, laju je. Tapi dorang tak sedar, besar tanggungjawabnya.
Nanti nafkah pada isteri terabai, anak-anak kurang dapat kasih-sayang, isteri makan hati..
Banyak lagi kalau nak tulis kat sini.Tapi dorang dok ungkit berpoligami ni sunnah nabi je.
Kalau rasa tak mampu nak pikul tanggungjawab,kalau rasa diri tak boleh berlaku adil, toksah mengada nak pikir ke arah tu wahai kaum Adam...
Akhir kalam, kita doakan yang terbaik buat mereka.Dah dah.Serius pulak post kali ni.
Esok dah boleh puasa balik.yeay!Ops..Alhamdulillah..
Pastikan kita gunakan Ramadhan kali ini sebaiknya..=)
May peace be upon you.