Tuesday, February 28, 2023

Aina Medina Turns 1

 Pejam celik pejam celik, dah setahun anak dara ummi. Ummi pun tak jangka Allah makbulkan doa ummi nak ada anak perempuan lepas dah ada dua hero kesayangan.

Pada 28 Januari 2023,ummi dan abi sempat celebrate birthday Aina yang ke setahun. Jom layan gambar-gambar masa sambutan hari jadi Aina.

Deko yang sempat ummi buat


Kek ummi beli minta dekat baker tak nak ada apa-apa topping sebab ummi nak deko sendiri kek birthday Aina. Ni la hasilnya.



Dalam 50 orang juga tetamu jemputan ummi haritu. Ummi jemput keluarga, jiran dan kawan-kawan. Itu pun ada yang tak dapat nak jemput disebabkan kita letak had tetamu sampai 50 orang je kan.InshaAllah, ada bajet lebih nanti makan-makan lain kali boleh jemput sedara maa yang lain.

Terima kasih Haikal dan Angah sponsor goodies bag


With opah tersayang




Orang kuat majlis



Punyala sibuk tuan rumah,sampai jari kaki tersepak dinding. Tu la pengalaman yang tak dapat dilupakan. Tanda buat majlis adik.hehe..




Terima kasih semua yang hadir memeriahkan sambutan hari lahir puteri ummi yang ke setahun. 



Seronok tengok macam-macam hadiah Aina Medina dapat. Murah rezekimu nak =)

Family Trip to Singapore 2022

 Heyya!

It's been awhile I didn't upload anything to this blog. I want to keep the story here. The story about our trip to Singaporeon June 2022.

Sepatutnya kami ke Aussie. Tapi memandangkan visa kami lambat approve, Haikal cadangkan ke Singapore.

Trip ni seronok sebab semua dapat join.Kami menginap di hotel area JB. Keesokan harinya, kami masuk naik satu kereta. Plan nak berjalan area Singapore dulu sementara menunggu adik habis exam dan Angah, Iwan, Debab dan Adik sampai.

Kami booking transport sekali dengan driver

Pada mulanya, en suami berhasrat nak memandu dengan kereta sendiri je masuk Singapore. Hari pertama,kami memang memasuki Singapore dengan kereta sendiri. Selepas dah melepasi border Singapore,kami diarahkan berpatah balik masuk ke JB disebabkan permit kenderaan kami tak ambil lagi di JB.

Jadi, selepas ambil permit kenderaan, kami terus tukar plan untuk jalan area Johor sahaja.Keesokkan harinya, baru kami ambil kereta sewa sekali dengan pemandu untuk masuk ke Singapore.


Tempat pertama yang kami pergi ialah ke Arab Street. Kami lunch terus di sini kenyang-kenyang sebelum masuk ke Universal Studios, Singapore.


Abang Ngah time ni tak nak jalan pulak

Kami beli tiket USS sejurus selepas sampai di sana. Kami tak beli online.



Seronok berjalan ke USS. Last time datang sini time bujang, 10 tahun yang lepas dengan family Mak Yang, Mak Nyah dan Amy.

Keletihan berjalan seharian