Salam.. harini dah masuk hari ke 40 aku berpantang. Tak sangka. Diam tak diam lagi 4 hari je nak merdeka.hehe..
Berpantang kali kedua ni aku dah set minda awal-awal tak nak stress-stress. Nak lalui proses berpantang dengan positive minded. And it works. Rasa kejap je dah nak habis pantang. Aku komited pakai bengkung hari-hari, bertungku ( yang ni thanks to abah. Rajin dok panaskan dan balut tungku), mandi lulur herba dan pakai stokin. Jamu, aku try makan 2 minggu lepas bersalin sebab Akif kena kuning. Tapi cirit-birit pulak lepas makan.
Cuma awal-awal aku agak stress sebab Ammar dia nak menempel je. Tak nak langsung opah dengan atok mandikan ke, suap makan ke. Dia jelous kot sebab ummi dok berkepit dengan adik. Tapi lama-lama I'm getting used to it.InshaAllah..
Aku bersyukur.. Allah dengar doaku. Walaupun diuji dengan demam menggigil masa hari ke 8 lepas bersalin ( hari masa aku travel balik Ipoh dari (Semenyih) tapi ujian tu kecik sangat berbanding masa lepas bersalinkan Ammar.
Moga Allah permudahkan segala urusanku. Boleh handle dengan dua anak hero ni. Terima kasih mak abah yang banyak sangat membantu sepanjang proses berpantangku. Tak terbalas jasa-jasa mak abah.