Perjalanan nak menyusukan ammar memang bukan mudah.Mula-mula bersalinkan ammar kat kpj kajang, ummi macam teragak-agak.Ada ke susu ni? Macam mana proper latch on nak nyusukan ammar ni. Sungguhla tak reti.hehe..Terima kasih pada abi yang belikan ummi breastpump jenama Spectra M1. Dia siap bawakkan sekali ke hospital. Sangat berguna. Masa ammar kena warded sebab kena Jaundice, ummi pun try2 la guna Spectra. Ingat sangat perasaannya first time pam susu, lepas tu menitik setitik dua sampai dapat 2aun. Punyalah happy! Siap cerita kat kawan sebelah katil lagi.kihkih..Masa tu, susu warna kuning lagi. Penuh dengan colostrum (antibodi terawal yang baby perlukan)
Masa dalam pantang, seronok sangat pam susu. Spectra yang abi belikan ni, double pump. sekali pam, penuh dua-dua botol.Fuh, seronok! Tapinya, yela kan first time mummy. Lebih layankan sakit kena jahit kat bawah tu dengan direct bf ammar, stok macam tak buat sangat, Padahal, susu ounyalah banyak. Sampai bengkak-bengkakla breast.
Daripada dalam pantang sampai start kerja, susu memang banyak. Sekali pam, boleh dapat dalam 10-12aun. Bila ammar dah masuk 5-6 bulan, nampak susu dah makin drop. Tapi stil banyak. Sekali pam, boleh dapat 6-8 aun. Tapi tula. Rugi sesangat rasanya tak buat stok banyak-banyak. Stok ummi untuk 1-2 minggu advance je.Ammar masuk 6 bulan, ummi boleh tarik nafas lega sebab berjaya bf ammar sepenuhnya (adala dalam3-4 hari kena topup fm sebab ummi kena warded).
Lepas tu, struggle lagi untuk nak capai setahun. Masuk je ammar 11 bulan, susu ummi drop teruk. Sekali pam, dapat dalam 1-2 aun je!Wuu..*Nangis* Ummi terus contact master ji yang ummi jadikan bahan rujukan bila mana susu ummi drop, iaitu kak ika.Ummi contact jugak nurse KPJ, Mak Yam. Semua sebab nak cari cara nak banyakkan balik susu.
Alhamdulillah, sampaila ammar setahun ummi berjaya bf ammar. Cuma nya sekarang stok kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Memang kena struggle sangat-sangat nak bagi bekalan untuk pengasuh esoknya.Sob Sob. Selagi mana ummi boleh bertahan, ummi bertahan. Tapi ummi bersyukur sangat sebab berjaya capai ke tahap ni. Terima kasih pada semua orang di sekeliling ummi yang sentiasa meyalurkan sokongan dan aura positif pada ummi.
ummi pakai yang double pump |