Alhamdulillah..hari ni Ammar dah berumur 49 hari.ummi curi-curi tulis blog ni masa Ammar tidur.Sebelah tangan dukung Ammar, sebelah tangan tekan keyboard, menaip. Hebat kan ummi.hihi..
Giving birth to a baby is way harder than I thought. Tetapi segala jerih payah tu hilang lepas ummi tengok je Ammar.Tulah kemanisan melahirkan seorang anak.
Flashback sebelum ummi lahirkan Ammar hari tu
17 Oktober 2014 (Jumaat)
Ummi masih lagi bekerja. Tapi masa ni Allah je yang tau..Ummi dah rasa tak larat sangat. Sakit pinggang, perut menegang dan sakit pangkal peha.Kawan-kawan kerja ummi semua dah risau tengok ummi. Sampaikan ada seorang kakak tu cakap ummi tak payahla datang kerja dah. Ambikla MC..
18 Oktober 2014 (Sabtu)
Pagi tu, ummi dengan abi breakfast kat luar. Dekat kedai makan area Tesco. Kedai favourite ummi dengan abi masa hujung minngu =) Lepas je breakfast, ummi ajak abi jalan-jalan area Broga sebab ummi tak pernah lagi masuk dalam-dalam sampai Pekan Broga.
Tengah hari tu, ummi plan nak masak bihun goreng untuk Abi. Abi suka sangat makan bihun goreng ummi. Tapi sebelum zuhur tu, disebabkan ummi dengan abi dua-dua dah kenyang sangat,makan heavy breakfast kan, kami tertidur kejap.
Ummi tidur tak lama.Sebab nak bangun masak bihun kan. Bangun je tidur, ummi rasa nak buang air besar. How surprised I was at that time when I saw some blood coming out from the anal. Dalam hati ummi. Dah sampai tanda nak bersalin dah ni.Ummi pun cepat-cepat kejut abi. Ummi ajak abis solat zuhur berjemaah Tapi abi mengantuk sangat time tu.Abi suruh ummi solat dulu.Bila ummi cakap, dah sampai tanda nak bersalin, terus abi segar. Terus kami solat.Usai je solat, ummi dengan abi bersiap nak ke klinik, buat check up.
Pergi je klinik, sah! doktor kata kepala Ammar dah kat bawah.Bukaan dah 3cm.Berdebar terus ummi.Both ummi dengan abi balik rumah, packing barang nak pergi hospital. Sebelum ke hospital, kami singgah lunch kat kedai mamak. Masa ni kami dua-dua dah tak lalu makan. Nervous!
Sempat lagi snap gamba dalam nervous2 tu |
Di KPJ Kajang
Ummi dengan abi sampai dalam pukul 3 petang. Daftar bagai, pukul 3.30, ummi masuk labour room.Masa doktor jumpa ummi, doktor tanya "macam mana puan rasa sekarang?" Ummi jawab "saya tak ada rasa sakit lagi.Doktor pun jawab "belum lagi puan.."Baru ummi paham maksud doktor tu.
Lepas je doktor pecahkan air ketuban, bermulalah kesakitan yang amat sangat. Bila contraction je, Allah je yang tau betapa sakitnya..Berulang kali ummi baca " lailaha illla anta. Subhanaka inni kuntu minazzolimin.." Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu. Harapan ummi agar semua dipermudahkan.
Sepanjang dalam labour room, abi setia temankan ummi.Dialah sumber kekuatan ummi.Abi tolong urut pinggang dengan kaki ummi. Masa meneran tu..Masya Allah..Tak terkata sakitnya. Baru ummi tau, patutla orang kata melahirkan anak tu macam bertarung nyawa.
labour room tempat ummi lahirkan ammar |
Perjalanan lepas tu, bukanlah mudah. Ummi dengan ammar kena warded 2 hari sebab kuning ammar tinggi.Ummi berpantang di Taman Midah seminggu. Masa balik hospital tu ummi rasa lemah sangat. Satu badan sakit.Terutamanya bahagian jahitan kat bawah tu. Ummi sampai tak boleh nak buang air besar. Makan pun bersiri sebab sakit sangat kalau duduk.
Seminggu lepas tu, ummi balik berpantang rumah opah di Bentong.Kat sini, bermula lagi satu episod dalam hidup ummi. Ummi kena tumpah darah..Kalau boleh, ummi tak nak ingat pun kejadian ni. Perit sangat.. Kali ketiga ummi tumpah darah, ummi sampai rebah kat rumah opah dan hampir hilang nyawa..Ummi dah tak boleh nak bernafas..Masa ni ummi dah mengucap panjang dan mintak opah dan atuk doakan ummi..Sedihnya kalau ingat.Ummi dibawa menaiki ambulan ke bahagian kecemasan Hospital Bentong.
Sampai je sana, terus ummi dimasukkan dengan macam-macam tiub.Tiub ir, tiub darah, oksigen,,Bila doktor diagnosed je, ummi terpaksa dihantar ke Hospital Temerloh sebab Bentong tak cukup peralatan canggih untuk ubatkan ummi.Perjalanan naik ambulan malam tu memang ummi tak dapt lupakan..Kalimah Lailahaillah memang tak lepas daripada mulut ummi.
6 hari ummi kena warded di Temerloh Ammar..=( Perasaan masa tu susah ummi nak cerita. Ummi beruntung dikurniakan orang-orang yang selalu bagi semangat pada ummi masa ummi rasa nak berputus asa.Ummi sedih sangat sebab tak dapat nak jaga ammar.Alhamdulillah, ummi ada abi, opah, mak ngah, dan ramai lagi yang selalu dekat dengan ummi. Abi hampir tiap hari datang melawat ummi.
Ummi takkan lupa wajah abi dengan atok masa datang melawat ummi di ER Hospital Temerloh. Sayu sangat..Malam tu, satu malam yang ummi takkan lupakan sampai bila-bila. Bahagian bawah ummi dikorek-korek oleh ramai doktor. Dorang nak cari punca kat mana darah tu keluar.Sakit sangat sayang..
Alhamdulillah..ummi takkan jemu ungkap kalimah ni.Allah masih panjangkan nyawa ummi.Doa ummi moga diberi kekuatan menjadi ummi terbaik buat ammar dan isteri terbaik buat abi.Dan juga anak terbaik buat opah dan atuk. Semua yang berlaku ada hikmahnya..Allah tu nak duga ummi sayang.Ummi insan terpilih yang Dia nak uji.
Nukilan ni buat tatapan ammar bila ammar dah besar nanti. Doa ummi, ammar membesar menjadi anak yang soleh sayang..Semoga kita bahagia hingga ke syurga.Ummi sayang semua orang sekeliling ummi.
Our little bundle of joy =) |