Friday, June 7, 2013

Murobbi appreciation day

16 Mei yang dulunya aku sambut.
Tarikh yang sama,masa kat sekolah dulu, aku la orang yang paling kerap terlibat dengan persembahan sempena hari guru.
Berbeza dengan 16 Mei 2013..
Aku pula yang diraiikan.
Tak sangka aku sudah pun bergelar seorang pendidik.
Kerjaya yang aku idam-idamkan sejak kecil lagi.

 Bila dah jadi cikgu ni, aku makin menghargai jasa-jasa seorang guru.
Memang bukan mudah.
Semua orang boleh mengajar.Tapi tak semua boleh mendidik.
Apatah lagi menjadi murobbi sebenar.
Murobbi?
Bahasa mudahnya role model.
Memandangkan sekolah yang aku mengajar sekarang sekolah Islam, dorang tak guna istilah ' Sambutan Hari Guru' tapi diganti dengan 'Murobbi Appreciation Day'
Tapi pusing kona baring semua, banda nya tetap sama.
Cikgu.

Aku berdoa dikurniakan kesabaran untuk terus menggalas tanggungjwab yang Allah beri ni.
Semoga semuanya dipermudahkan Illahi.Amin..=)
So pinky la saya.hee

The performance

Pertandingan Masterchef antara cikgu-cikgu

Kemain gelak

The gifts that I received =)

My student's artwork


Saturday, May 11, 2013

A picture is worth a thousand words

Salam..
I just posted one tragic post about my late cat.
It's not like I want to forget Gebu.
I want to sleep without thinking about how sad I am as we no longer has Abu with us.

One of my besties just shared the photo that she took during my engagement day.
Here it is.
I like it a lot =)


Only now I can sleep.
May peace be upon you..

Perginya seekor Abu..

=(
Sedih memang sedih..Abu?Siapa Abu?
Abu bukanlah manusia. Dia kucing yang aku telah pelihara sekian lama.
11/5/2013 Abu pergi tinggalkan kami.

Perginya dalam keadaan yang menyayat hati.
Terbaring kaku di dalam longkang = '(
Abu pada mulanya bergaduh dengan kucing lain.Luka yang kami sangkakan biasa rupa-rupanya petanda Abu nak pergi tinggalkan kami..
Lukanya semakin hari semakin merebak.Tak sembuh-sembuh walaupun dah disapu ubat.
Hampir keseluruhan tubuhnya luka, bulu pun makin kurang..yang paling dasyat badannya mula mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan..
Tak sempat di bawa ke klinik, Abu telah pergi..

Aku rindukan Abu..
Abu memang kucing yang manja.
Dia selalu je masuk rumah. Kadang-kadang tu sampai tidur kat katil aku.
Bila kita baca paper ke majalah ke, mula lah Abu sibuk nak baring atas paper yang kita baca tu.
Even jiran sebelah pun sukakan Abu. Selalu je dia panggil Abu.
"Abu..Abu..."
Habis satu family uncle tu sukakan dan manjakan Abu.
Kini tiada lagi kucing manja dan gebu yang bernama Abu..

Mungkin orang akan cakap "Alah.kucing je pun.."
Tapi Abu bukan sekadar kucing. Dia pelengkap dan penyeri keluarga kami.
Sekarang aku faham kenapa kucing tu haiwan kegemaran Nabi Muhammad S.A.W.
Tapi ada hikmahnya Abu pergi.Tak sanggup dah tengok dia sakit dan terus menderita.

I will miss you Abu...


Sunday, May 5, 2013

Pilihanraya umum 13

Hari ini 5/5/2013 pertama kali aku mengundi.

Bandar Raub

Tekun memandu.hemoh hemoh..

Muka tahan panas

Depan tempat mengundi

Jari kami dah biru.hehe

Lepas ngundi singgah makan sat.hee

Jogging

Kebelakangan ni aku selalu je pi jogging. Teman roommate. hehe..
Lepas je jogging, berhenti solat kat masjid.
Ni antara masjid-masjid yang kitorang singgah solat.



Rehlah

Salam..
Baru-baru ni aku ke Taman rama-rama dengan group usrah sekolah aku.
Aktiviti ni dorang panggil rehlah.
Rehlah?Apa tu?
Rehlah tu maksudnya pergi melawat atau berkunjung ke sesuatu tempat.

Pagi tu sesampai je kitorang kat taman tu, hujan pulak..
Dah cuaca mendung semcam je, aku pun ngantukla.teehee..
Nasib ada anak-anak cikgu ni yang membuatkan aku jadi kurang mengantuk.kih3x..

Mariam yang chomell takut nak pegang rama-rama.hee
Lepas je pi taman rama-rama tu, kitorang pun mencari port nak picnik. Cari punya cari, jumpa jugak kat area Memorial Tun Abdul Razak.



Akhir kalam, aku seronok join rehlah ni.Makanan semua sedap-sedap.Aku sempat bawak sandwich je. Tapi semua habis. Sedapla tu maknanya kan.ngee..=p

Saturday, April 20, 2013

alhamdulillah, I'm engaged =)

Tanggal 13 April 2013 aku selamat dinikahkan..eh, bukan bukan..selamat bertunang la.hehe..
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Rata-rata yang hadir memang berpuas hati.
I've received lots of positive feedback.
The food was awesome and the place was very nice were some of the comments that we got.

Some of the photos:









Alhamdulillah...doakan semuanya berjalan lancar sehingga kami selamat diijabkabulkan..
Special thanks to mak and abah for making the occasion so beautiful. I love both of you so much.
And not to forget to all my siblings.You guys are awesome. Ayong loves all of you.

Doakan kami dapat membina keluarga yang diredhai Allah.Amin =) 

Me and him ^_^

His aunt's status on FB.Teehee
Alhamdulilah..selesai sudah majlis pertunangan Abdul Azim Rahim....tqvm to your fiancee n family..Everything was simply awesome...The food was surprisingly amazing..U made our occasion very pleasant... For Azim..may your love for each other never fade away...And u both grow to understand n respect each other..at last u met your mrs right..congrats...:)