Baru berkesempatan pegang keyboard nak karang cerita melancong ke Perth baru-baru ni. Idea nak melancong pada mulanya idea abah. Abah ajak kitorang satu family ke Makassar, Indonesia sebenarnya. Memandangkan adik lelaki saya belajar kat sana.Abah nak belanja tiket flight. Weehuu!!
Tengok-tengok, adik saya tu cadangkan pada mak dan abah better ke Australia. Sebab abah baru je balik melancong daripada Lombok, Indonesia. Cari pengalaman ke negara lain pulak kan, Kebetulan, Air Asia ada buat promo masa tu. Terus adik lelaki saya book tiket ke Perth, Australia.
Bermula la pengembaraan kitorang ke negara Kangaroo tu..Eceh..
Kami ke Perth pada 11/8/2016 (Khamis) - 14/8/20116 (Ahad). Trip kitorang 4 hari je. Sekejap kan? Kalau tanya cukup ke 4 hari nak ke Perth, memang tak cukup. Tapi, buat permulaan nak merasa ke Ozzie kan, boleh la.hehe.. Mana la tau, dah lepas ke Perth ni, merasa nak berjalan ke bahagian Australia yang lain ke kan. Macam Melbourne, Sydney.
Why do we choose Perth instead of Melbourne or Sydney?
Sebab Perth ni yang paling dekat dengan Malaysia. 5 jam jugak dekat-dekat pun.Kalau kita nak ke Melbourne, ambik masa 9 jam. Since saya bawak baby ke overseas, haruslah pilih destinasi yang tak memakan masa yang terlampau lama.
Kitorang gi sana time Winter.Brr..sejukk..
Saya akan share kan, pengalaman bawa baby ke Perth dan apa tips-tipsnya untuk memudahkan perjalanan dengan anak kecil di lain entry.
Till then, toodles!
| View jalan kampung kat Perth |












