Thursday, July 28, 2016

Persiapan nak ke Perth time Winter

Alkisahnya, bila husband dengan wife cuti time weekdays settlekan passport dan shopping barang nak Perth time Winter. Bestnya! =)

Ada budak tu, dapat belon freee..hehehe..


Selalunya, dok baca kat blog dan dengar pengalaman orang yang melancong ke Perth, Perth ni takla sesejuk negara lain. In fact, kat sana time winter takde salji pun.

Tapi, baru-baru ni, ada contact sorang member yang memang menetap kat sana dengan suami dia. Dia kata, Perth sekarang, sejuk yang amat. Suhu cecah sampai 1 degree. Sejukk tuu.. Sebab saya, suhu air-cond 17 pun tak tahan dah,hihi..

Saya meamang ada survey Long Jon di Universal Travveller. Mahal.. Jadinya, saya decide beli Long John di Uniqlo. Tapi say beli baju je. Legging tak beli pulak. Harap2 boleh tahan nanti.


Harga untuk Long John baju sahaja ye, RM59.90. Kalau beli legging, RM39.90. Quite Pricey kan. Tapi memang pakai nanti. Jadi, tutup mata dan beli aje la.

Plan nak belikan long john satu set untuk ammar. Sebab, priority untuk ammar sebenarnya. Takut dia tak tahan sejuk dan demam. Rupa-rupanya, Uniqlo kat IOI Mall ni dah takde stok untuk budak. Dorang memang tak jual untuk baby. Untuk budak je yang paling kecik.

Lepas tu, saya plan nak beli long john ammar kat insta je. Cardigan ammar, da dah atok belikan satu. Mungkin nak cari winter coat baby kat bundle nanti.

Saya singgah juga Daiso cari sarung tangan dan stokin =)

Hasil tangkapan

Itinerary ke Perth, nanti saya share di post yang lain!
Cheers!



Tips buat passport baby bermula tahun 2016

Hai semua!!
Ni saya nak share tips dan jugak cerita masa buat passport Ammar baru-baru ni.

First tempat, saya dan suami ke UTC Keramat, Kuala Lumpur. Kami pergi hari Sabtu. Bertolak daripada rumah pukul 8 (memandangkan jarak Semenyih-KL agak jauh) Sampai je UTC Keramat pukul 9. Dalam hati, seronoknya, sebab kereta kat bahagian parking pun tak banyak lagi. Masuk je UTC, saya baru nak beratur ambik nombor (ambik nombor di bahagian luar pejabat. Kat centre level tu). Pegawai imegresen kat UTC tu kata, dorang dah tutup nombor..Allah.. ingatkan kami dah awal. Sebab UTC bukak pukul 8.30, sekali.. pegawai kat situ kata passport habis pulak..*sighs*
Balikla ke Bentong dengan perasaan yang hampa. Hampa sebab misi nak buat passport tak tercapai.

So, minggu ni, saya dan husband dah decide kena ambik cuti dan buat time weekdays. I guess, it is recommended for those who a have a baby. Sebabnya, kalau bawak baby, nak buat urusan passport ni, makan masa yang lama. Nanti, baby tu nak berehat, tidur, main. Kesian baby tu letih. Parent pun letih jugak kan.

Hari Khamis, kami ke Pejabat Imegresen Putrajaya, Precint 3. Kat Wisma Ikhlas. Sebelah Istana Kehakiman.Punyala semangat nak buat passport, pukul 5 hakak bangun, mandi, solat dan bersiap. Sekali husband tegur. Awalnya kita semayang Subuh. Baru pukul 5.15 ni. Si isteri. " hah?Baru pukul 5 lebih" Makanya, gelak besarla keduanya..hahaha..


Berbalik pada cerita buat passport tadi tu. Ada beberapa perkara penting yang saya nak highlight kat sini.
1) Kena ambik gambar baby siap-siap sebelum datang Imegresen ( tertakluk pada baby/budak bawak
    4 tahun sahaja) Kalau tak sempat nak ambik gambar takpe..Jangan risau..Boleh ke bangunan
   imegresen di sebelah je bangunan Wisma Iklas ni. Ada kedai gambar kat tingkat 2.Kedai tu
   beroperasi awal. Kitorang pergi pukul 8 dah bukak dah kedai tu.4 keping gambar, RM15.
2) Jangan lupa bawak sijil bersalin yang original dan salinan sekali
3) Bawak IC mak, ayah yang original dan salinan (Mykid anak dorang tak mintak pun. Tapi saya just
    bawak je).

Bayaran passport pulak:
5 tahun : RM200 (untuk deewasa)
               RM100 ( untuk ammar yang bawah 2 tahun)

Ni la rupa passport kitorang,hehehe..
Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan nak buat passport kami haritu. Kalau datang bawak baby, kita boleh request buat passport guna nombor giliran anak tu je. No giliran budak-budak  ni, saya perasan macam cepat sikit daripada nombor kaunter lain.

Oh ye. Tolong la check nama kat website ptptn sebelum buat passport. Takut nama kita kena blacklist, tak dapat nak ke luar negara * nangis*

Yeay, passport dah setel! =)

Open House di Tanah Aina Fareena

Salam Syawal semua..
Dah nak habis dah Syawal. Tinggal 2 hari nak cukupkan puasa enam,
Baru-baru ni, abah belanja satu family kami dan family suami di Tanah Aina Fareena, Benton, Pahang.

Tanah Aina Fareena ni terletak kat jalan lama nak ke Raub. Best sangat event baru ni. Menggamit menori sungguh. Kat sini la mak dengan abah buat majlis aku bertunang dulu. 13/4/2013 tarikhnya =)

Abah semangat nak belanja makan di Tanah Aina memandangkan, ni tahun last mak abah menetap kat Pahang. Hujung tahun ni, mak abah nak berhijrah kat Ipoh dah.huhu...

Berbalik pada cerita Open House tu, seronok sangat. Makanan semua sedap-sedap. Family husband pun hampir majoriti dapat join.

Jom layan gambar sekitar Open House tu:








Wednesday, January 6, 2016

He can walk

Salam..

Ammar dah setahun dua bulan=)
Ammar start boleh berjalan umur setahun sebulan. Seronoknya, indecsribable!
Merata dah berjalan. Confident sangat, sampai tangan ummi pun tak nak pegang dah time berjalan.hehe..Ummi baru celebrate birthday yang ke 28 a few days back.
4/1/2016.

Tengok ammar berjalan belakang ummi tu.hehe

terharu sangat
Masa balik rumah opah, opah buat surprrise. Beli kek untuk ummi. Terharu sangat.. Angah dengan adik pun kemain lagi berpakat ye.hehe

Alhamdulillah atas rahmatNya. Masih lagi diberi kesempatan menghirup udara di bumiMu ini.

Monday, November 30, 2015

2 Years Wedding Anniversary

Alhamdulillah, today mark our 2 years wedding anniversary.

There are ups and downs in our life, but I am happy I embark it with you.
Looking forward for many more great years with you.
I love you abang.
Trully. From the bottom part of my heart.



Wednesday, October 28, 2015

My breastfeeding journey

Pejam celik pejam celik. Tak sangka dapat breast feed (bf) ammar sampai setahun. My breastfeeding journey is not always easy. Sejak pregnant lagi ummi dah giat baca, baca dan baca pasal bf ni. Masa mengandungkan ammar 7 bulan umi ajak abi join seminar menyusu. Best jugak seminar tu. Buat dekat atas butik Mumsdreams, Bangi.Banyak info2 berguna yang ummi dapat. Tak sia-sia join.hihi..Mula-mula abi macam skeptikal jugak. Perlu ke dia pergi?Bukan dia yang nak nyusukan ammar katanya. Lepas pergi, sampai sekarang ingat macam mana nak uruskan ebm ( expressed breast milk), tau apa yang boleh tambah production susu dengan macam-macam lagilah.

Perjalanan nak menyusukan ammar memang bukan mudah.Mula-mula bersalinkan ammar kat kpj kajang, ummi macam teragak-agak.Ada ke susu ni? Macam mana proper latch on nak nyusukan ammar ni. Sungguhla tak reti.hehe..Terima kasih pada abi yang belikan ummi breastpump jenama Spectra M1. Dia siap bawakkan sekali ke hospital. Sangat berguna. Masa ammar kena warded sebab kena Jaundice, ummi pun try2 la guna Spectra. Ingat sangat perasaannya first time pam susu, lepas tu menitik setitik dua sampai dapat 2aun. Punyalah happy! Siap cerita kat kawan sebelah katil lagi.kihkih..Masa tu, susu warna kuning lagi. Penuh dengan colostrum (antibodi terawal yang baby perlukan)

Masa dalam pantang, seronok sangat pam susu. Spectra yang abi belikan ni, double pump. sekali pam, penuh dua-dua botol.Fuh, seronok! Tapinya, yela kan first time mummy. Lebih layankan sakit kena jahit kat bawah tu dengan direct bf ammar, stok macam tak buat sangat, Padahal, susu ounyalah banyak. Sampai bengkak-bengkakla breast.

Daripada dalam pantang sampai start kerja, susu memang banyak. Sekali pam, boleh dapat dalam 10-12aun. Bila ammar dah masuk 5-6 bulan, nampak susu dah makin drop. Tapi stil banyak. Sekali pam, boleh dapat 6-8 aun. Tapi tula. Rugi sesangat rasanya tak buat stok banyak-banyak. Stok ummi untuk 1-2 minggu advance je.Ammar masuk 6 bulan, ummi boleh tarik nafas lega sebab berjaya bf ammar sepenuhnya (adala dalam3-4 hari kena topup fm sebab ummi kena warded).

Lepas tu, struggle lagi untuk nak capai setahun. Masuk je ammar 11 bulan, susu ummi drop teruk. Sekali pam, dapat dalam 1-2 aun je!Wuu..*Nangis* Ummi terus contact master ji yang ummi jadikan bahan rujukan bila mana susu ummi drop, iaitu kak ika.Ummi contact jugak nurse KPJ, Mak Yam. Semua sebab nak cari cara nak banyakkan balik susu.

Alhamdulillah, sampaila ammar setahun ummi berjaya bf ammar. Cuma nya sekarang stok kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Memang kena struggle sangat-sangat nak bagi bekalan untuk pengasuh esoknya.Sob Sob. Selagi mana ummi boleh bertahan, ummi bertahan. Tapi ummi bersyukur sangat sebab berjaya capai ke tahap ni. Terima kasih pada semua orang di sekeliling ummi yang sentiasa meyalurkan sokongan dan aura positif pada ummi.

ummi pakai yang double pump

Tuesday, October 27, 2015

Ammar turns 1 =)

Alhamdulillah, hari ahad yang lepas (18 Oktober 2015), genap setahun usia ammar. Sekejap sangat rasa. Macam baru lagi ummi lahirkan kamu.Oh my little baby =)

Majlis hari jadi ammar, memang dah lama ummi plan. Decoration semua Do-it-yourself (DIY). Masa birthday ammar ni, sekali tunaikan nazar.Buat makan2 sekor kambing. Terima kasih banyak opahnya ammar. Belikan kek, masakkan lauk dengan agar-agar. Ummi is terharu =')

Cantik dan sedap sangat kek yang opah beli ni. Nyum2

Birthday card yang ummi design sendiri.
Majlis, alhamdulillah berjalan dengan lancar. Tapi kesian ammar, demam pulak dia haritu. Jadinya dia tak mau senyum and bermain la. Takpela, yang penting masa ummi menaip blog ni ammar dah sihat alhamdulillah.Tak ada batuk-batuk dan selsema dah.

Syukur juga hampir semua yang ummi dengan abi jemput, datang memeriahkan majlis.

Ummi nak share sikit Ammar punya development

3 bulan : Ammar dah pandai meniarap
4-6 bulan: Ammar pandai bergolek. Mula-mula Ammar pandai bergolek belah kanan je. hihi..
7 bulan: Ammar dah pandai merangkak (mengesot dulu)
 9 bulan: Ammar pandai berpaut untuk berdiri, Gigi pertama tumbuh sepenuhnya (belah bawah)
10 bulan :Ammar pandai meniti sambil berjalan
11 bulan : Ammar pandai berpaut sebelah tangan dan kadang-kadang lepas tangan (2 batang gigi.atas
                 dan bawah)
12 bulan:  Dah 3 batang gigi! Ammar pandai bertateh tapi kena pegang tangan ummi sebelah
                and I'm waiting for your first few steps =)

Takpe, no worries, sooner or later he will eventually walk. Ummi menunggu dengan penuh sabar dan seronok tengok perkembangan ammar.