Sambungan entri yang terdahulu.
Hari ke-2 di Sydney.Pagi tu, saya tolong mak siapkan sarapan. Mak masak sambal telur dengan dengan nasgi goreng. Semua bersiap awal sebab kami nak ke city of Sydney.
|
Bergambar di luar kawasan rumah |
|
Sambal terlur mak yang marvellous |
Di Sydney,kami tak menyewa kereta. Kami menggunakan public transport sepenuhnya.Pagi tu,kami berjalan kaki ke stesen bas yang terdekat dengan rumah kami. Tak jauh pun. Dalam 10 minit jalan kaki, sampaila stesennya.
|
Panas sangat time ni |
Sampai di stesen, dalam 10 minit macam tu, bas pun sampai. Perjalanan dari stesen yang kami naik ke stesen bas Liverpool/ stesen train mengambil masa dalam 20 minit.
Setibanya kami di stesen train, kami naik ke tingkat atas. Kali ni, kami perlu menaiki train pula untuk ke stesen Quay. Semuanya menggunakan kredit kad.Kecuali Along dan Abang Ngah.Kami belikan dorang Opal Card ( card untuk access public transport di Sydney)
Perjalanan naik train mengambil masa dalam satu jam nak sampai ke Circular Quay Station. Kami semua teruja sangat sebab sepanjang laluan train tu, kami dapat menikmati pemandangan kota Sydney.
Terdapat satu masjid besar di stesen Auburn. Pastinya, komuniti Islam di sini ramai.
Yang saya perhatikan sepanjang laluan train, terdapat banyak contengan graffiti di dinding-dinding dan stesen train. Tak terkawal juga vandalisme nya di sini.
Akhirnya, selepas sejam, kami sampai di Circular Quay Station. Turun je train, terus nampak Sydney Opera House.
|
Mak dan abah tersayang |
Masa ni panas sangat Sydney. Cuacanya macam lagi panas dari Malaysia. Ada angin. Tapi anginnya pun panas juga.
Lepas je snap beberapa keping gambar berlatarbelakangkan Sydney Opera House, kami berjalan kaki menuju ke Kings Botanical Garden,Sydney.
Kami pun jumpa satu port yang best untuk berkelah. Kami bawa bekalan makanan. Yang kelakarnya, bila sampai sini, baru kami perasan ada satu beg yang berisi makanan tertinggal.
Saya kan memang sejenis yang akan snap gambar/video sebanyak mungkin. Baru perasan yang kami dah tertinggal beg tu masa turun je dari bas. Masa sampai stesen train tu. Mujur kami ada extra satu lagi beg yang berisi makanan.
Beg makanan yang tinggal, sempatla kami jamah sikit sorang. Yang sedihnya, ayam goreng ada dalam beg yang tertinggal tu. Sekali dengan botol air berstraw Aina yang sekolah hadiahkan. Tapi nak buat macam mana kan. Redho aje lah.
Selesai je makan, kami pun berjalan kaki ke Park.
Masa di Kings Botanical Park Sydney ni, Along mengadu sakit kepala. Saya rasa, mungkin disebabkan cuaca yang terlampau panas. Air pula kurang minum. Tapi Along ni, sakit-sakit kepala pun main berguling dengan Abang Ngah di taman ni.Hahaha..
Lepas ke taman, kami pun berjalan menghala ke Sydney Opera House. Kami masuk nak tengok apa ada kat dalamnya. Masuk dalam Sydney Opera House, sejuk sikit aircondnya. Sempatla Aina tidur kat dalam ni dalam 20 minit.
Kami stay area Sydney Opera House ni lama. Sampai ke malam. Jam masa tu menunjukkan pukul 7 malam waktu Aussie,kami dah mula lapar. Jadi, kami google restoren makanan halal yang terdekat. Jumpala Indian Restaurant.
Makanan di kedai ni memang sedap-sedap, Kami order naan cheese, chili naan, panapuri, chicken curry dan nasi. Crowded kedai ni. Kami ambil dua meja. Masa ni mujur Aina tidur dalam stroller. Along pula disebabkan lapar kot. Duduk je kat meja kami ni menikmati makanan.
Abang Ngahla kena tegur dengan waitress dia. Dia tak bagi berjalan dari satu meja ke satu meja. Dia takut pekerja kedai tu terlanggar budak-budak ni masa tengah sibuk nak serve makanan.
Habis je makan malam, kami lepak-lepak depan area Sydney Opera House makan aiskrim. Ammar dan Akif dah menuntut dengan papa D nya. Tapi tak dapat nak beli sorang satu. Satu ice-cream pun dah RM60 kita. Sobs. Jadi, kami kongsi-kongsi je.