Wednesday, March 26, 2014

Rumah Kami

Memandangkan tengah cuti sekolah, cikgu pun mestilah cuti. Ahaks.
Sementelahan dok kat rumah, saya pun apa lagi, mengemas satu rumah lah.hehe..
Tukar cadar, basuh kain, lipat kain, masak, sapu sampah luar rumah, vakum dalam rumah, sapu dapur dan macam-macam lagi la.


Lauk tengah hari saya.hee.. Lauk untuk sorang makan..hee


Bila Encik Husband Turun Ke Dapur


Tengok, rajin kan suami saya..=)
Ada sekali tu, dia balik-balik kerja, terus berkawad kat dapur.
"Abang nak masak nasik goreng" katanya dengan penuh semangat. Si isteri hanya tersenyum gembira.

Gambar kat atas, diambil curi-curi. Punyala ralit  tung tang tung tang guna lesung batu, tak sedar wife dia dok amik gambar daripada belakang.kihkihkih..

Ended up, tak jadi nasi goreng seperti yang diimpikan suami..Pastu terus tukar menu. Nasik, lauk telur dadar.Si isteri sebenarnya tak kisah pun..Tengok encik husband bersusah payah untuk dia, dah cukup menggembirakan hati.Terharu..=')

Monday, March 24, 2014

Kakak tersayang dah kawen!

Salam..
Seronoknya cuti! Semalam baru je sampai dari Perak.
Pergi kenduri sepupu saya, merangkap kakak kesayangan saya, Kak Wani.. =)

Petang-petang macam ni terasa tenang sangat. Tak puas rasanya balik kampung 3 hari.
Pape pun, rasa gembira tu sukar digambarkan.I am so happy for you my dear sis!
Selalu cakap dengan Kak Wani, untung sape yang kawen dengan Kak Wani ni. Rajin, pandai masak, baik, pendek kata ciri-ciri yang lengkap la. Pastu Kak Wani mesti gelak je..hihi..


Oh maiii!!! Kak Wani looks so gorgeous!!
Tahniah Kak Wani!
Semoga sabar dalam menjalani alam rumahtangga, hidup bahagia di samping suami tercinta dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. =')

Saturday, March 8, 2014

Pray 4MH370

Sejak semalam lagi, negara kita digemparkan dengan tragedi kehilangan pesawat MAS MH370. Penerbangan yang sepatutnya sampai 6.30 pagi semalam, tak kunjung tiba di Airport Beijing sampailah ke hari ni (9 hb 3 2014).

Memang mengejutkan. Selama ni, aku tengok rancangan Air Crash Investigation kat channel National Geography je. Tak sangka perkara macam ni berlaku di Malaysia. Macam-macam spekulasi sekarang. Apa pun, jom kita sama-sama doakan buat mereka yang terlibat.


Monday, March 3, 2014

Cerita Cinta Kami

video

At last, setelah menunggu hampir 3 bulan, siaplah video kahwin kami..Videographer janji 2 minggu boleh siap.Hehe..Tapi sebab dia sibuk teramat sangat, makanya, kenala kami tunggu..Takpela. Pape pun, video telah pun siap dan hasilnya tidak mengecewakan.

Setiap kali tengok video ni, rasa terharu dan gembira bercampur baur. Alhamdulillah, Allah tu sebaik-baik perancang =)